Kebanyakan orang mendapat
persepsi yang salah setiap kali berbicara tentang mengurangkan berat badan atau
menurunkan peratusan lemak badan.
Saya tidak terkecuali.
SKIP MAKAN – TERUTAMA SEKALI
MAKAN MALAM!
JANGAN MAKAN NASI, NASI ITU
MENGGEMUKKAN!
Saya fokus dalam mengurangkan
saiz hidangan & kekerapan makan. Sekaligus mengurangkan pengambilan kadar
kalori harian dalam pemakanan.
Sebab apa yang saya lihat &
baca, hampir semua program diet yang konvensional menekankan perkara yang sama:
Pengambilan kalori yang sangat-sangat rendah. Dan hampir semua program seperti
ini berjaya menurunkan berat badan pada fasa pertama.
Namun begitu, saya tahu cara ini
tidak boleh digunakan untuk jangka masa panjang.
Dalam tempoh sebulan sahaja,
berat badan saya statik. Nombor-nombor yang tertera di atas mesin penimbang
digital tidak menunjukkan tanda-tanda akan turun lagi. Apabila saya berkongsi
situasi ini dalam group alumni di whatsapp , 100% rakan-rakan saya menjawab
mereka tersangkut dalam fasa yang sama. Dan mereka telah lama berputus asa.
Sudah lama mereka redha dan merelakan lemak menjajah tubuh mereka. Kata mereka,
“Asalkan sihat… selagi boleh
makan, makan ajelah puas-puas.”
Namun saya bukan seorang yang
senang berputus asa. Saya nekad berpuasa dan memotong lagi kadar kalori melalui
pemakanan. Makan lauk pauk sahaja. Nasi pandang sebelah mata seolah-olah
kabohidrat yang terkandung di dalam nasi adalah unsur yang sangat jahat pada
tubuh saya.
Makan sekali sehari. Selalu skip
makan pagi. Jadual makan saya tidak menentu.
Saya ikut jejak teman
seperjuangan yang senasib, yang masih gigih meneruskan aktiviti berjoggingnya
mengelilingi tasik selepas pulang dari pejabat setiap hari.
Hasilnya? Saya gembira apabila
ada penurunan, walaupun sedikit. Orang kata, sikit-sikit lama-lama jadi bukit
kan? Namun kusangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari.
Sekali lagi saya berdepan masalah yang sama.
Berat badan saya statik. Tiada
penurunan!
Ketika ini, memang saya campak
tuala kecil yang digunakan untuk mengesat peluh ketika berjogging dan
menggantung kasut.
Cukuplah! Buat apa menyeksa tubuh.
Makan sahajalah… sudah takdir aku gemok!
Kau ni memang mental. Cepat sangat putus asa! Gemuk!
Kau tengok… semua orang puji suami kau nampak muda.
Ini semua ayat-ayat yang sering
berlegar-legar dalam minda, buat saya tak senang duduk.
Buat saya rasa sedih melihat
tubuh saya di cermin.
Buat saya kesal kerana membiarkan
lemak bertepek di punggung, dada, peha dan lengan.
Walaupun suami saya tidak pernah
merungut, tetapi saya selalu rasa rendah hati bila kami keluar makan malam atau
menghadiri majlis perkahwinan. Semua orang menegur suami saya lebih kurus dan
nampak lebih muda. Walaupun mereka tidak komen apa-apa (jaga hati agaknya)
Nak dijadikan cerita, luka
kekecewaan di hati saya ini ditabur garam. Dua tiga orang rakan sepejabat saya
secara spontan bertanya, samada saya telah mengandung. Bila saya kata, tidak…
masing-masing rasa bersalah dan cepat-cepat meminta maaf.
Fuhhh…. Memang rasa pedih dan
terkejut, rentung hati macam dipanah petir. Tetapi bolehkah saya menyalahkan
mereka?
Akhirnya, saya luahkan kesedihan
dan kekecewaan saya pada rakan baik yang akhirnya berkongsi maklumat penting
tentang isu menurunkan berat badan. Ingat tak dalam artikel saya yang lepas
berkenaan tips kejayaan? Jika hendak berjaya, kita mesti mencari mentor. Kita
mesti ikut jejak langkah orang-orang yang telah terbukti berjaya sebelum ini.
Rupa-rupanya rakan baik saya ini yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang
sukan telah mengamalkan segala rahsia yang dikongsikan oleh Tom Venuto, seorang
jurulatih bina badan bertaraf dunia.
Dan maklumat yang dikongsikan
benar-benar membuka mata.
KORANG TAU TAK?
Sebenarnya, secara psikologi
adalah MUSTAHIL untuk menurunkan berat badan dengan menahan lapar. Bahasa
kasarnya.. KEBULURAN. Tubuh manusia
sangat-sangat “bijak” untuk tidak membenarkan perkara ini berlaku.
Mengapa?
Hakikatnya, apabila anda cuba
menahan lapar bagi membuang lemak, anda juga membuatkan otot-otot kebuluran.
Otot-otot anda kehilangan nutrien yang diperlukan untuk kekal ataupun membina.
Apabila ini berlaku, metabolisma tubuh anda akan merundum jatuh kadar potensinya
lalu memasuki fasa “KEBULURAN”.
KORANG TAU TAK, apa yang berlaku ketika tubuh anda “KEBULURAN”?
Apabila tubuh anda beralih dan
beradaptasi dengan fasa KEBULURAN, maka
usaha membuang / mengurangkan lemak akan menjadi lebih sukar kerana tubuh anda
melawan demi menyimpan tenaga yang ada. Oleh itu, bilamana sepatutnya tubuh
membakar lemak sebaliknya tubuh memilih untuk menggunakan dahulu daging-daging
licin iaitu otot.
Dan apabila berat anda statik di
atas penimbang, enggan turun lagi maka anda akan berputus asa.
Ataupun dalam kes lain ada
dikalangan kita terus bersemangat waja meneruskan usaha dengan memotong lebih
banyak kalori pemakanan (walhal sebenarnya anda membuatkan tubuh anda merasa
lebih LAPAR!). Lebih ekstrim, anda berpuasa dan selalu menjolok tekak supaya
muntah demi mengeluarkan apa yang anda telah makan.
Kali ini, berat anda mungkin
turun sedikit.
Tetapi anda kemudiannya melihat
semula angka digital yang tertera di atas mesin penimbang kembali statik dan
tidak bergerak-gerak lagi setelah sekian banyak usaha yang dibuat.
Sebenarnya, anda telah membuatkan
kadar metabolisme anda semakin turun dan jatuh merundum. Dan usaha anda untuk
menurunkan berat badan menjadi sia-sia. Anda pun mencampakkan tuala, kasut,
tali skipping mahupun dumbell kerana mustahil anda dapat menurunkan lebih
banyak kalori melalui pemakanan. Ini adalah situasi yang sangat jelas!
KORANG TAU TAK, anda tidak akan MENANG!
Selagi anda masih mengamalkan
diet tidak sihat yang mencantas keperluan kalori anda sehingga tahap yang paling
minima, di bawah paras keperluan kalori anda.
KORANG TAU TAK, anda tidak akan KURUS!
Selagi anda berusaha sendirian
tanpa kumpulan sokongan dan juga dorongan keluarga. (Kes malu dan isytihar
‘saya sedang berusaha menurunkan berat badan’ & ‘I want to lose weight”.
KORANG TAU TAK, anda tidak akan BERJAYA!
Selagi anda bersikap EGO dan
tidak mahu mencari MENTOR yang terbukti berjaya. MENTOR yang akan berkongsi
dengan anda strategi kejayaan untuk anda ikut dan buat!
KORANG TAU TAK, anda tidak akan KEMANA-MANA!
Selagi anda berlagak pandai dan
kononnya tahu semua benda. Nak KURUS
perlu ada ILMU & EMOSI. BIG WHY – faktor untuk terus berusaha.
KORANG TAU TAK, anda tidak akan SLIM & SIHAT!
Selagi korang tidak ambil
tindakan, kekal dengan sikap ‘TAK APA’ & ‘TAK KISAH’