Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Pages

Wednesday 3 December 2014

#TripSepupuSepapat : Jalan-jalan cari makan di Melaka

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

JALAN-JALAN CARI MAKAN

Perkongsian kali ini berkisar tentang trip perjalanan berkonvoi yang dianjurkan oleh sepupu-sepapat keluarga kami ke Melaka pada 28-Nov sehinggalah 30hb Nov 2014.

Trip 3 hari 2 malam ini dimeriahkan dengan 5 kenderaan dengan jumlah rombongan seramai 15 orang dewasa dan 7 orang kanak-kanak. Perhentian R&R Dengkil menjadi pusat pertemuan kami sebelum memulakan perjalanan ke Melaka. Target, makan tengahari di Bukit Katil. Restoran Hjh Rahmah Asam Pedas Melaka.



Perghhh.. memang terbaik. Tak payah cerita pasal menu utama penambat selera Si Asam Pedas. Sambal Melaka memang terbaik tak kira lah sambal belacan ke, sambal tumis petai…. Memang pemangkin untuk tambah nasi berganda-ganda.

Meh.. aku belanja gambar sikit.


Tu dia sambung 4 meja. Lauk bersusun dari hujung ke hujung. Masakan istimewa mestilah asam pedas ikan dan kari ikan. Jemput.. jemput tengok.


Selesai makan, bil pun datang. Alhamdulillah.. harganya sedang-sedang aja. Sesuai dan berpatutan. Mujur kami dah buat kutipan tabung dana sejak 3 bulan lepas, jadi apalagi bendahari JJCM Melaka kali ini dengan senang hati mengeluarkan peruntukan untuk membayar harga makanan.


Check in di Homestay Kuala Sungai Baru.


Selesai makan, kembali ke destinasi utama. Kami berlima kereta berkonvoi gerak ke arah Masjid Tanah untuk ke Kuala Sungai Baru. Masing-masing tak tahu jalan jadi salah seorang sepupu sukarela jadi marshall dengan berpandukan applikasi waze.

Aduhhh! Jauhnya nak tiba ke destinasi. Dari Bukit Katil kami berpatah balik masuk ke Jalan Air Keroh menuju ke Bukit Beruang dan Batu Berendam. Semasa tiba di satu simpang, sempatlah aku intai google map. Pulak dia duk suggest amik kanan, ikut jalan Durian Tunggal. Masa tulah baru aku nak teringat, aku pernah guna jalan tu untuk ke Pengkalan Balak.

Tapi dah terlambat, 3 buah kenderaan dalam rombongan cik kiah dah melepasi lampu isyarat. Jadi aku dan suami ambil keputusan, kami ikut sahaja rombongan cik Kiah a.k.a. kepala marshall untuk perjalanan kali ini.


Kalau dari Kuala Lumpur, nak exit mana?

Aku sarankan korang exit ke Pedas Linggi dan tuju ke arah Masjid Tanah. Tapi ikutlah signboard ke Kuala Sungai Baru untuk sampai ke sini.

Kalau dari Johor, sama je. Nak jalan-jalan exit ke Ayer Keroh pun ok.


Taklimat keselamatan dan peraturan asas homestay:

Setelah puas aku duk terlentok tidur dalam kereta sedangkan suami aku berhempas pulas memandu dalam kekenyangan (uisshhh! Gigih dia menahan ngantuk!) akhirnya kami tiba juga di Homestay Kuala Sungai Baru, Melaka.


Belanja gambar lagi…..





Homestay ini memang beraromakan suasana kampong. Tuan rumah mengekalkan keunikan rumah tradisional Melaka yang dinamakan rumah ibu, rumah anak dan rumah limas.



Aktiviti malam pertama:

Tahlil dan bacaan Yassin:
Demi kasih pada insan yang tiada, walaupun hidup diteruskan namun kiriman doa tetap menjadi tanda ingatan.

Alunan ayat suci gemersik berkumandang diiringi dengan bacaan dari makmum.

Alhamdulillah...  semoga dilapangkan ruang mereka di alam barzakh sementara menanti hati akhirat kelak.



Barbeque!!!

Enaknya hidangan yang disediakan. Meh, jemput-jemput tengok gambar nih!







Aktiviti hari kedua:

Permainan ULAR: 
Sebelum turun air, kami pun sempat main permainan yang memerlukan tahap kerjasama sepasukan yang tinggi... Aktiviti ini memerlukan pasukan mencari barang dengan mata yang tertutup dan berkomunikasi tanpa suara. Hanya menggunakan sentuhan mengikut kreativiti ahli.

Caranya - kumpulan dibahagi dua dengan 5 orang anggota dalam satu kumpulan. Ahli yang berdiri di belakang sekali menjadi ekor dan bertindak sebagai mata ular. Satu-satunya ahli yg tidak memakai penutup mata.

Manakala ahli yg berdiri di hadapan sekali sebagai kepala ular perlu bergerak mengikut arahan yang disampaikan oleh ekor ular kepada ahli yang kedua, ketiga, keempat dan seterusnya ahli kelima iaitu kepala ular.

Contoh: Jika arahan tepuk bahu ke kanan bermakna ahli mesti bergerak ke kanan.

Tengok... habis kena sakat dengan tukang kacau!!! Main permainan ni memang buat gelak habis!

Cara menentukan kemenangan: pasukan pertama berjaya mencari barang dan meletakkan barang itu ke dalam besen/baldi yang disediakan dikira menang!

MENCARI KEPAH::
Keunikan homestay ini adalah pada keseronokan mencari kepah.

Hasil pencarian di hari pertama.



Hasil berganda-ganda di hari kedua.


Otai-otai yang duduk tepi pantai melihat anak menantu mencari kepah. Hmmm.. lama-lama mereka pun tak tahan tengok aje.


Memasak hasil tangkapan...



Aktiviti hari ketiga: Jalan-jalan cari makan di Port Dickson

Bersiap-siap untuk pulang!!!




Makan tengahari di Restoren Mak Mah, Port Dickson. Terbaik hidangannnya….




Singgah bergambar di Bagan Lalang, Morib Gold Course.



Perjalan pulang kami ke Klang melencong sebentar ke Kilang Kerepek Banting untuk membeli kudap-kudapan.

Alang-alang sudah berada di Banting, kami singgah ke Homestay Orkid, Banting. Tuan punya Homestay ini sahabat keluarga kami. Terpegun sebentar melihat landskap orkid yang menghijau di sekeliling rumah.

Mampu memuatkan 40 tetamu dalam satu-satu masa, tuan rumah sangat peramah dan begitu gembira bertemu kami.

Last pit stop krew Jalan-Jalan Cari Makan berakhir di Restoren Khulafa, Seksyen 7, Shah Alam.

Besoknya, masing-masing hantar laporan di watsapp. Ada yang keletihan, ada yang ambik MC. Letih gile. Letih tapi puas!!

Aku punya kes, aku dah apply cuti setengah hari. Tapi, bila tengok sistem aduiii… boss tak approve lagi. Berat gilaaaa makcik nak bangun pagi dengan mengantuk tak hilang sakit badan lagi. Gara-gara kepah! Gigihlah makcik memandu ke ofis walaupun mengantuk giler cadbury!!!


No comments:

Post a Comment

 

CONTACT ME

MUSLEHA :: 019-3887848
Your trusted supplement distributor

'Passionate about wellness, your success is my business'

Sample Text

Maju terus...

Sample Text

 
Blogger Templates