Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Pages

Sunday 20 September 2015

BAKAR LEMAK, BINA OTOT


Kebanyakan orang mendapat persepsi yang salah setiap kali berbicara tentang mengurangkan berat badan atau menurunkan peratusan lemak badan.
Saya tidak terkecuali.
Selama ini saya beranggapan berdiet adalah :


SKIP MAKAN – TERUTAMA SEKALI MAKAN MALAM!

JANGAN MAKAN NASI, NASI ITU MENGGEMUKKAN!

Saya fokus dalam mengurangkan saiz hidangan & kekerapan makan. Sekaligus mengurangkan pengambilan kadar kalori harian dalam pemakanan.

Sebab apa yang saya lihat & baca, hampir semua program diet yang konvensional menekankan perkara yang sama: Pengambilan kalori yang sangat-sangat rendah. Dan hampir semua program seperti ini berjaya menurunkan berat badan pada fasa pertama.

Namun begitu, saya tahu cara ini tidak boleh digunakan untuk jangka masa panjang.

Dalam tempoh sebulan sahaja, berat badan saya statik. Nombor-nombor yang tertera di atas mesin penimbang digital tidak menunjukkan tanda-tanda akan turun lagi. Apabila saya berkongsi situasi ini dalam group alumni di whatsapp , 100% rakan-rakan saya menjawab mereka tersangkut dalam fasa yang sama. Dan mereka telah lama berputus asa. Sudah lama mereka redha dan merelakan lemak menjajah tubuh mereka. Kata mereka,

“Asalkan sihat… selagi boleh makan, makan ajelah puas-puas.”

Namun saya bukan seorang yang senang berputus asa. Saya nekad berpuasa dan memotong lagi kadar kalori melalui pemakanan. Makan lauk pauk sahaja. Nasi pandang sebelah mata seolah-olah kabohidrat yang terkandung di dalam nasi adalah unsur yang sangat jahat pada tubuh saya.

Makan sekali sehari. Selalu skip makan pagi. Jadual makan saya tidak menentu.

Saya ikut jejak teman seperjuangan yang senasib, yang masih gigih meneruskan aktiviti berjoggingnya mengelilingi tasik selepas pulang dari pejabat setiap hari.

Hasilnya? Saya gembira apabila ada penurunan, walaupun sedikit. Orang kata, sikit-sikit lama-lama jadi bukit kan? Namun kusangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Sekali lagi saya berdepan masalah yang sama.

Berat badan saya statik. Tiada penurunan!

Ketika ini, memang saya campak tuala kecil yang digunakan untuk mengesat peluh ketika berjogging dan menggantung kasut.

Cukuplah! Buat apa menyeksa tubuh.

Makan sahajalah… sudah takdir aku gemok!

Kau ni memang mental. Cepat sangat putus asa! Gemuk!

Kau tengok… semua orang puji suami kau nampak muda.

Ini semua ayat-ayat yang sering berlegar-legar dalam minda, buat saya tak senang duduk.

Buat saya rasa sedih melihat tubuh saya di cermin.

Buat saya kesal kerana membiarkan lemak bertepek di punggung, dada, peha dan lengan.

Walaupun suami saya tidak pernah merungut, tetapi saya selalu rasa rendah hati bila kami keluar makan malam atau menghadiri majlis perkahwinan. Semua orang menegur suami saya lebih kurus dan nampak lebih muda. Walaupun mereka tidak komen apa-apa (jaga hati agaknya)

Nak dijadikan cerita, luka kekecewaan di hati saya ini ditabur garam. Dua tiga orang rakan sepejabat saya secara spontan bertanya, samada saya telah mengandung. Bila saya kata, tidak… masing-masing rasa bersalah dan cepat-cepat meminta maaf.

Fuhhh…. Memang rasa pedih dan terkejut, rentung hati macam dipanah petir. Tetapi bolehkah saya menyalahkan mereka?

Akhirnya, saya luahkan kesedihan dan kekecewaan saya pada rakan baik yang akhirnya berkongsi maklumat penting tentang isu menurunkan berat badan. Ingat tak dalam artikel saya yang lepas berkenaan tips kejayaan? Jika hendak berjaya, kita mesti mencari mentor. Kita mesti ikut jejak langkah orang-orang yang telah terbukti berjaya sebelum ini. Rupa-rupanya rakan baik saya ini yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang sukan telah mengamalkan segala rahsia yang dikongsikan oleh Tom Venuto, seorang jurulatih bina badan bertaraf dunia.

Dan maklumat yang dikongsikan benar-benar membuka mata.

KORANG TAU TAK?

Sebenarnya, secara psikologi adalah MUSTAHIL untuk menurunkan berat badan dengan menahan lapar. Bahasa kasarnya.. KEBULURAN.  Tubuh manusia sangat-sangat “bijak” untuk tidak membenarkan perkara ini berlaku.

Mengapa?

Hakikatnya, apabila anda cuba menahan lapar bagi membuang lemak, anda juga membuatkan otot-otot kebuluran. Otot-otot anda kehilangan nutrien yang diperlukan untuk kekal ataupun membina. Apabila ini berlaku, metabolisma tubuh anda akan merundum jatuh kadar potensinya lalu memasuki fasa “KEBULURAN”.

KORANG TAU TAK, apa yang berlaku ketika tubuh anda “KEBULURAN”?

Apabila tubuh anda beralih dan beradaptasi dengan fasa KEBULURAN,  maka usaha membuang / mengurangkan lemak akan menjadi lebih sukar kerana tubuh anda melawan demi menyimpan tenaga yang ada. Oleh itu, bilamana sepatutnya tubuh membakar lemak sebaliknya tubuh memilih untuk menggunakan dahulu daging-daging licin iaitu otot.

Dan apabila berat anda statik di atas penimbang, enggan turun lagi maka anda akan berputus asa.

Ataupun dalam kes lain ada dikalangan kita terus bersemangat waja meneruskan usaha dengan memotong lebih banyak kalori pemakanan (walhal sebenarnya anda membuatkan tubuh anda merasa lebih LAPAR!). Lebih ekstrim, anda berpuasa dan selalu menjolok tekak supaya muntah demi mengeluarkan apa yang anda telah makan.

Kali ini, berat anda mungkin turun sedikit.

Tetapi anda kemudiannya melihat semula angka digital yang tertera di atas mesin penimbang kembali statik dan tidak bergerak-gerak lagi setelah sekian banyak usaha yang dibuat.

Sebenarnya, anda telah membuatkan kadar metabolisme anda semakin turun dan jatuh merundum. Dan usaha anda untuk menurunkan berat badan menjadi sia-sia. Anda pun mencampakkan tuala, kasut, tali skipping mahupun dumbell kerana mustahil anda dapat menurunkan lebih banyak kalori melalui pemakanan. Ini adalah situasi yang sangat jelas!

KORANG TAU TAK, anda tidak akan MENANG!

Selagi anda masih mengamalkan diet tidak sihat yang mencantas keperluan kalori anda sehingga tahap yang paling minima, di bawah paras keperluan kalori anda.

KORANG TAU TAK, anda tidak akan KURUS!

Selagi anda berusaha sendirian tanpa kumpulan sokongan dan juga dorongan keluarga. (Kes malu dan isytihar ‘saya sedang berusaha menurunkan berat badan’ & ‘I want to lose weight”.

KORANG TAU TAK, anda tidak akan BERJAYA!

Selagi anda bersikap EGO dan tidak mahu mencari MENTOR yang terbukti berjaya. MENTOR yang akan berkongsi dengan anda strategi kejayaan untuk anda ikut dan buat!



KORANG TAU TAK, anda tidak akan KEMANA-MANA!

Selagi anda berlagak pandai dan kononnya tahu semua benda.  Nak KURUS perlu ada ILMU & EMOSI. BIG WHY – faktor untuk terus berusaha.

KORANG TAU TAK, anda tidak akan SLIM & SIHAT!

Selagi korang tidak ambil tindakan, kekal dengan sikap ‘TAK APA’ & ‘TAK KISAH’







 

No comments:

Post a Comment

 

CONTACT ME

MUSLEHA :: 019-3887848
Your trusted supplement distributor

'Passionate about wellness, your success is my business'

Sample Text

Maju terus...

Sample Text

 
Blogger Templates