Baru semalam sahabat baik aku berkongsi status di dinding facebook, katanya:
"smlm salah teknik angkat baby A, pap! tangkap blkg..sakittt..pagi ni baby A hijack dr blkg dgn walker dia..hilang imbangan nak trjatuh, kaki trsangkut plak kat baby chair, pap!! tangkap lutut sbb kaki terpusing...cita2 nak lari 10k mggu dpn mcm trpaksa dilupakan je.."
Aduhai! Perkara malang seperti ini boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja tidak mengira siapa. Membaca status ini menerbitkan rasa insaf hingga membuatkan aku melihat kembali ke dalam cermin. Puas dibelek wajah sendiri, garisan kedut semakin jelas bermakna usia sudah meningkat. Tubuh pula berlapis-lapis dagingnya di bahagian perut, pinggul, peha dan juga dada. Takkan nak tunggu sakit baru nak insaf kot?
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgZPYJyl1NuBGTh2dXLD2rcQWvnflJjr-3mDPND5qGUuppySzKqipRJb3dt-CZA9n50h5IKYTYi4CpfRapqH8K1mAQKmRrx4EwrdjrNEGidwbfquV7HGLtm0pbmhnam8WsbxxVcRei5viD1/s1600/images4JCP8QM7.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiKpKONtdmsjYlynaDR_hExVUuRkAjQCWmtF53hKKV2KkkvWa0NxpdcRUUQWAxj_dpWLX33LisE96oYyJ22NuzSKNuO6e5A59dFTnJQ0iG7FLyBXZYZkQ2H4f4KccAoCYPnuSZa_gXaiwEh/s1600/images.jpg)
Oleh itu... status dari sahabat baik ku ini buat aku merenung jauh sehingga ke hujung horizon langit tembus ke alam semesta sehingga meluncur keluar dari galaksi bima sakti... sehinggalah terpacul soalan yang akhirnya bergema dan melantun kembali...
Awak... awak boleh ke? Awak-awak boleh ke????
Soalan itu aku tepis kuat-kuat! Aku tahu ini semua tak ubah macam biawak! Biawak-biawak yang berbisik supaya berputus asa...
Aku mesti berusaha! Aku mesti hidup luar biasa... aku mesti buang lemak-lemak yang menempel di setiap lapisan daging pada tubuh aku. Aku mesti sihat dan kurus! Aku mesti...
krik ...
krik-krik ...
krik-krik-krik ....
Ok..ok... tak payah nak lecture atau bersyarah sangatlah. Ye, aku tahu... hasrat begini sudah berpuluh-puluh kali aku canang. Niat sudah berbuih-buih diwiridkan dalam hati. Ini tahun sudah masuk tahun ke-11, sikit tahun lagi aku boleh anjurkan jubli perak! Sihat memanglah sihat, sihat dengan menternak lemak secara cemerlang....
Aku join program NECK
Alhamdulillah, akhirnya program Now Everyone Can Kurus, batch PERTAMA dilancarkan secara rasmi pada 1-Februari-2015.
Aku menawarkan diri untuk menjadi krew program ini sekaligus turut serta bertanding.... Niat aku nak bantu orang lain, dan membantu diri sendiri.
Kenapa join NECK?
Sebab aku tak boleh buat seorang diri.
Aku perlukan buddy! Aku perlukan Jemaah yang mendorong.... yang membakar!!!
Kenapa jadi krew?
Sebab aku nak bantu tim NECK menjayakan program ini. Aku tak nak kurus & sihat sorang-sorang...
Kenapa join NECK?
Sebab aku tak boleh buat seorang diri.
Aku perlukan buddy! Aku perlukan Jemaah yang mendorong.... yang membakar!!!
Kenapa jadi krew?
Sebab aku nak bantu tim NECK menjayakan program ini. Aku tak nak kurus & sihat sorang-sorang...
Lihatlah! Peserta sudah mula berduyun-duyun mendaftar dan dijemput menyertai group telegram.
![]() |
Adoi! Inilah rupa Abang Ketak.. abang sado mentor NECK |
![]() |
Video eksklusif untuk peserta NECK |
Peserta akan dapat menyaksikan video tips dan sharing daripada organizer, Firdaus melalui youtube. Oh! Jangan susah-susah search di you tube, semua video ini adalah UNLISTED video. Hanya mereka yang sertai program dapat tengok. Ini baru sebahagian. Ada banyak lagi video yang akan dikongsikan dengan para peserta selepas ini.
![]() |
Dengar cerita penimbang digital habis disapu peserta NECK... |
Hari ini hari ke-dua! Mohon doa teman-teman supaya aku kekal istiqomah menjaga kadar pengambilan makanan dan bersenam, ok!!
Mohon SHARE jika posting ini dapat memberi manfaat kepada orang yang dekat dengan diri anda. Mudah-mudahan Allah berikan kita pahala agar dapat kita berkongsi saham untuk pencen kubur.
Selamat maju jaya, untuk kau dan aku....
#komiteddemikesejahteraanbersama
~Passionate about wellness, your success is my business
~ Musleha @ muslehaidy@gmail.com
~whatsapp me @ 019-3887848
No comments:
Post a Comment