Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Pages

Tuesday 5 August 2014

Manisnya Coke, Pahitnya Panadol




Paparan ini aku garap dari kisah benar seorang sahabat. Kisah cinta sepasang suami isteri biasa-biasa sahaja tetapi menjadi luar biasa apabila bahtera rumahtangga mereka yang sedang lancar meluncur layar di lautan luas tiba-tiba dihempas ombak menggunung tinggi. Bukan sekali. Bahkan berkali-kali. Ombak gergasi seperti tsunami ini menolak bahtera mereka hingga ke pantai lalu tersadai, terdampar di tengah-tengah runtuhan kota. Adakah mereka berjaya mengharungi derita ini? Ayuh! Kita selusuri kisah mereka sehingga ke bait-bait yang terakhir.

Mega-mega merah sudah mula muncul di kaki langit lewat petang itu. Aku baru sahaja tiba di depan pagar rumah setelah puas bersesak-sesak dalam trafik selama hampir sejam ketika mendapat panggilan telefon tanpa ID pemanggil. Walaupun teragak-agak untuk menjawab pada mulanya, aku tekan juga butang hijau. Kedengaran salam diberi di hujung talian. Riang kedengaran. Serta-merta aku mengenali empunya suara. Terbayang sepasang kaca mata yang bertenggek di batang hidung serta raut wajahnya yang ceria dengan kening dan misainya yang hitam lebat. Puas dia membebel di talian kerana aku tidak menyedari yang kami sebenarnya terserempak di persimpangan jalan berhadapan Wisma DRB-HICOM. Katanya dia penat melambai-lambai dan sangat yakin yang aku sudah berjalan menuju ke arahnya. Alih-alih aku hilang dari pandangan ketika dia berpaling ke arah lain. Terlepas peluang untuk kami bersembang dan bertanya khabar setelah sekian lama membawa haluan masing-masing sejak sama-sama berhenti kerja dari sebuah syarikat perabot milik rakyat Kanada di Klang 3 tahun lepas.

Aku mengenali Harris (bukan nama sebenar) lebih sedekad iaitu sejak tahun 2001. Perbezaan umur membuatkan aku lebih selesa memanggilnya Abang Harris. Bertubuh kekar dengan gaya pendekar,  gagah perkasa dan lengkap dengan sifat panas baran. Cocok sekali dengan jawatannya sebagai Safety Officer, Harris juga aktif sebagai jurulatih kursus pertolongan cemas (first aider).

Di sebalik panas barannya itu, dia sangat ringan tulang, peramah dan suka menolong orang yang ditimpa kemalangan. Pernah terjadi suatu peristiwa, kami (aku, suami dan Harris) menaiki kereta ke Kuala Lumpur atas urusan kerja. Tiba-tiba seorang penunggang motorsikal jatuh di lorong kiri Jalan Kuching kerana bergesel dengan sebuah kereta lain dihadapan kami. Mujur suamiku sempat mengelak dari menggilis tubuh penunggang motor itu ketika saat-saat cemas itu berlaku tiba-tiba di depan mata kami. Kemudian suamiku meneruskan perjalanan. Hmmm.. akibatnya, teruk suami aku dimarahi oleh Harris kerana tidak memberhentikan kereta dan memberikan pertolongan cemas. Ralat benar hati Harris kerana tidak dapat membantu orang yang di dalam kesusahan.

Berbalik pada kisah yang ingin disampaikan. Harris mempunyai isteri yang 5 tahun lebih tua darinya. Sudah hampir 2 dekad usia perkahwinan, namun rezeki cahaya mata belum tumpah ke riba mereka. Isteri Harris, Khadijah (bukan nama sebenar) meski lebih berusia namun kekal anggun dengan tubuhnya yang kecil dan penampilannya seolah-olah tidak dimakan usia. Ketiadaan gelak ketawa dan karenah bidadari kecil sebagai penyeri rumahtangga tidak pernah menggugat keharmonian rumahtangga mereka selama ini. Pasangan bahagia ini tidak pernah mempersoalkan apatah lagi mempersalahkan siapa yang menyebabkan rasa kosong dan lompong dalam hidup mereka sehari-hari. Sungguhpun begitu, siapa kata hujan tidak turun di tengah hari?

DIAGNOSIS CYST DI OVARI

Ujian sebenar bermula apabila Khadijah menyedari kesihatannya semakin merosot dengan sakit kepala yang melampau (migrain) disusuli dengan peredaran haid yang tidak teratur. Harris tidak senang duduk melihatkan keadaan isterinya, terus bergegas membawa Khadijah ke klinik kesihatan. Kes Khadijah akhirnya dirujuk kepada doktor pakar. Doktor pakar kemudiannya mengesahkan terdapat ketumbuhan (cyst) di ovarinya yang berisiko kanser dan perlu dibuang. Bermulalah episod duka dalam hidup mereka apabila Khadijah terpaksa melalui pelbagai pemeriksaan kesihatan yang lebih menyeluruh. Dan bagaikan jatuh ditimpa tangga, doktor menemukan pula ketulan-ketulan asing di payu daranya.

Menyedari isterinya mula kemurungan akibat berita yang tidak disangka-sangka itu, Harris sentiasa memberikan sokongan dan kata-kata semangat buat isterinya yang tercinta. Setiap kali temujanji dengan doktor, Harris tidak pernah ketinggalan menemani isterinya. Setiap kali Khadijah menerima rawatan, Harris setia berdamping. Seboleh-boleh dia cuba meringankan beban yang ditanggung Khadijah.

Rupa-rupanya, ujian untuk mereka tidak berhenti setakat itu sahaja. Selang beberapa bulan, doktor menyampaikan satu lagi berita duka. Hasil pemeriksaan, mereka mengesan ketumbuhan di otak Khadijah. Patutlah Khadijah selalu mengadu sakit kepala yang teruk. Doktor mengesahkan ketumbuhan ini turut mengganggu keseimbangan hormon dalam tubuh Khadijah. Tubuh Khadijah mengeluarkan hormon yang biasa dirembeskan oleh ibu-ibu yang menyusukan anak di mana hormon ini membantu menjarakkan kelahiran. Bezanya, Khadijah menghasilkan 10 kali ganda berbanding paras normal.

Khadijah merasakan seolah-olah kesalahan sebesar gunung dicampak ke bahunya. Butir-butir perkataan yang keluar dari bibir doktor bagaikan belati tajam yang dicucuk-cucuk ke jantungnya. Walaupun pelukan Harris erat melingkari tubuhnya, Khadijah merasakan dirinya kosong. Fahamlah Khadijah bahawa dirinyalah punca mereka tidak berupaya mereka tidak dapat menimang cahaya mata. Pecah segala kesabaran dan derita yang dibendung, Khadijah meraung dan menangis semahu-mahunya. Sudahlah bermacam-macam ketumbuhan bersarang di dalam tubuhnya. Kini Khadijah merasakan seolah-olah malaikat maut dekat benar berdamping dengannya.

Sedaya-upaya Harris cuba menenangkan Khadijah. Ada ketika lahar derita menggelegak bagaikan mahu meletus dari dadanya, Khadijah akan mengunci diri di dalam bilik berjam-jam. Emosinya senang benar terusik. Habis segala yang ada di depan mata terbang melayang dilemparkan. Pantang mereka bertentang mata, kolam air mata yang bergenang tiba-tiba bertukar menjadi deruan ombak lantas bibir Khadijah pantas pula menghamburkan kata-kata nista pada suaminya, Harris. Tidak mengira siapa di depan hatta ibu mertua yang tinggal bersama. Sakit hati ibu Harris melihat anak lelakinya diperlakukan seperti gombal. Sehingga hilang rasa kasihan timbul pula rasa benci.
Kecelaruan emosi yang menghantui Khadijah seringkali menguji kesabaran Harris. Pernah suatu ketika, Harris sedang memandu ke Bandar Klang dan memberhentikan kereta di lampu isyarat, Khadijah membuka pintu kereta dan terus lari keluar. Hilang berhari-hari. Kelam kabut Harris ke hulu ke hilir tidak keruan mencari isterinya di rumah teman-teman lama mereka. Meski tebal rasa kulit di wajah apabila bertalu-talu soalan ditanyakan, Harris bertahan demi isterinya. Apatah lagi, Harris tahu benar yang isterinya tiada saudara-mara terdekat di semenanjung kerana Khadijah anak kelahiran negeri di bawah bayu. Pun begitu Harris tidak berputus asa dan tetap cekal memujuk isterinya.

Sehingga sampai satu tahap, Khadijah mula meninggikan suara kepada ibu Harris pula. Perkara itu sampai ke pengetahuan abang dan kakaknya kerana Harris anak lelaki bongsu. Sudahnya, mereka memanggil Harris dan menasihatkan Harris supaya melepaskan sahaja Khadijah. Abang dan kakak-kakaknya mahu mencarikan perempuan lain untuk dijadikan isteri.
Harris dengan tenang memohon maaf kepada ibu dan adik-beradiknya. Harris merayu supaya mereka faham dan meminta belas kasihan. Kepada ibu dan adik-beradiknya Harris berkata, cuba kita terbalikkan keadaan. Cuba letakkan Harris di tempat Khadijah dan Khadijah di tempat Harris. Apakah mereka akan menasihatkan Khadijah perkara yang sama? Adakah mereka akan menasihatkan Khadijah supaya meminta talak dari Harris dan mencari lelaki lain yang sihat walafiat untuk dikahwini?

Bagaikan kampung yang dilanggar burung garuda, suasana menjadi sepi. Tiada sesiapa mampu menyangkal mahupun mempersoalkan Harris lagi.

Alhamdulillah, sejak daripada itu ibu dan adik-beradik Harris bersikap lebih positif. Malahan, mereka sama-sama memahami dan berusaha membantu Khadijah.

Semasa Harris meluahkan isi hatinya di depan kami berdua suami isteri 6 tahun  lepas di rumah kami, tiada kata-kata yang tepat dapat kami berikan bagi melahirkan rasa simpati mahupun rasa kagum. Aku dan suami hanya mampu berpandangan sesama sendiri mengakui hebatnya dugaan yang mereka tempuh.

Harris berkata dia faham kenapa Khadijah bertindak sedemikian. Selain kecewa dengan penyakit yang dihidapinya, Khadijah tidak mahu menjadi penghalang pada Harris untuk mendapatkan zuriat. Namun naluri seorang wanita yang sarat dengan rasa cemburu, Khadijah tidak sanggup bermadu. Oleh itu, Khadijah sengaja buat Harris membencinya sekaligus meninggalkan Khadijah untuk berkahwin dengan perempuan lain.

Hati aku berdetik, mujur benar Harris ini seorang yang tabah dan sangat memahami.

Namun begitu ada satu kejutan lain yang turut dikongsi oleh Harris.

MANISNYA COKE, PAHITNYA PANADOL




Jika mengikut sejarah genetik, tiada sesiapapun dalam keluarga terdekat Khadijah yang menghidap penyakit-penyakit kronik seperti ketumbuhan atau kanser. Khadijah anak kelahiran Sabah berketurunan Bajau Laut dan keluarganya masih mengekalkan kehidupan tradisi kaum Bajau. Maksudnya, mereka sangat dekat dengan alam dan unsur semulajadi. Sedangkan Khadijah yang merupakan anak sulung, merantau demi mencari penghidupan yang lebih baik di tanah semenanjung. Oleh itu, sedikit sebanyak berlaku perubahan cara hidup yang dipengaruhi oleh kesibukan dunia pekerjaan. Harris berkenalan dengan Khadijah semasa isterinya ketika itu masih bekerja di sebuah kilang elektronik di Perlabuhan Klang. Apabila mereka bersatu dalam sebuah ikatan perkahwinan, Khadijah terus bermastautin di Semenanjung.

Harris berkongsi satu tabiat lama Khadijah semasa muda ketika masih bekerja di kilang elektronik dulu. Harris yakin tabiat inilah yang menjadi penyumbang kepada penyakit isterinya. Mula-mulanya ia hanya bertujuan melegakan sakit senggugut yang teruk yang dialaminya seperti yang disyorkan oleh teman-teman sekerja. Tetapi malangnya tabiat ini terus berkekalan sehingga berkahwin. Khadijah mengambil 2 biji pil Panadol dan sebotol minuman Coca Cola sebagai ubat penahan sakit yang bertindak seperti painkiller dan ponstan. Itu belum dikira jika datang sakit kepala, selsema dan demam. Memang ubat-ubatan berbentuk pil paracetamol menjadi teman setia. Pendek kata, sikit-sikit telan ubat. Sikit-sikit panadol.

Menurut Harris, peti sejuk di rumah mereka tidak pernah keputusan bekalan minuman soda tersebut samada Coca Cola atau Pepsi. Selain menjadi minuman kegemaran, Khadijah lebih selesa mengambil Coke bersama panadol untuk menghilangkan sakit senggugutnya.

FAKTA mengejutkan. Rupa-rupanya ramai gadis-gadis dan wanita mempraktikkan kombinasi yang membinasakan ini. Tidak kurang juga yang mengambil ubat-ubatan penahan sakit (painkiller) seperti ponstan secara berkala – iaitu tetap setiap bulan. Kemudiannya, kita terdengar satu-persatu pendedahan tentang penyakit kronik yang dihadapi pesakit adalah berpunca daripada gaya hidup kurang sihat seperti pengambilan pil-pil secara kerap.

Antara penyakit yang dikait rapat dengan masalah ini adalah kegagalan buah pinggang sehingga menyebabkan pesakit perlu melakukan dialisis seumur hidup.

KEMBALI PADA ALAM, BERTUKARLAH KEPADA BAHAN SEMULAJADI.

Jika anda adalah pengguna tetap paracetamol seperti kisah di atas, saya sarankan anda bertukarlah kepada herba, bahan-bahan organic atau pil-pil yang dihasilkan dari sumber semulajadi. Alternatif untuk anda adalah makanan tambahan dari Shaklee yang dikenali sebagai GLA Kompleks. Bahan makanan tambahan yang diekstrak dari sumber semulajadi, diuji secara klinikal dan terbukti berkesan pada ramai pengguna.


Apakah yang terkandung di dalam makanan tambahan ini? Bagaimana ia dihasilkan?
GLA dihasilkan dari kombinasi minya borage yang kaya dengan asid gamma linolenik (gla), asid linolenik (la), minyak bunga matahari (satu lagi sumber asid lemak omega-6) dan vitamin E (membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara integriti sel). Komposisi bahan ini bukan sekadar sebagai penawar masalah senggugut tetapi juga manfaat berikut:

1.       Membantu mengawal kitaran haid

2.       Meningkatkan tahap kesuburan dan potensi hamil

3.       Mengurangkan kemurungan dan menangani masalah PMS (Pre-menstruation Syndrome)

4.       Membantu menghadapi menopous

5.       Menguatkan kuku dan rambut

6.       Melambatkan proses penuaan dengan menjadikan kulit lebih anjal, sihat dan berseri-seri

7.       Membantu menangani ekzema, symptom gatal, kulit mengelupas, bengkak dan kering

8.       Mengimbangi hormon insulin

9.       Menurunkan paras kolestrol

10.   Membantu menguatkan dinding arteri (mengandungi vitamin E)

11.   Membantu mengatasi masalah darah beku (blood clot) yang menyebabkan serangan jantung

12.   Mengawal kencing manis

13.   Membantu mengatasi masalah prostat (untuk lelaki)

GLA kompleks ini bukan diadun khusus untuk wanita sahaja bahkan memberi manfaat untuk lelaki dan kanak-kanak.

Keburukan penggunaan paracetamol yang terlalu kerap ini disokong dengan kajian oleh Ketua Penyelidik, Dr, Roland Walter (beliau juga seorang pembatu profesor di bahagian hematologi). Dakwa beliau pengambilan paracetamol (atau nama lain acetaminophen) yang terlalu kerap akan meningkatkan risiko kanser darah yang tertentu.

Katanya lagi, isu ini ada kaitan rapat dengan peningkatan insiden 'hematologic malignancies' hampir dua kali ganda. Nota: merujuk kepada jenis-jenis kanser yang berlaku dalam tulang sum-sum, limpa dan darah.

Kajian beliau turut menyatakan pengambilan acetaminophen sekurang-kurangnya 4 hari seminggu selama 4 tahun telah terdedah kepada 2 kali ganda risiko untuk menghidap kanser darah termasuk myeloid neoplasms, non-hodgkin lymphomas dan gangguan plasma sel. Namun pendapat bahawa penggunaan acetaminophen seperti ini mempunyai kaitan dengan risiko peningkatan penyakit lukemia ditolak.

Sungguhpun begitu, ramai pakar berpendapat demi merungkai kesan sampingan sebenar acetaminophen kajian harus diteruskan.


Ingin mendapatkan pendapat dan nasihat yang terbaik untuk pemakanan tambahan bagi masalah kesihatan anda. Hubungi saya.

Mohon like dan share artikel ini jika anda berpendapat ianya akan mendatangkan manfaat buat orang-orang yang terdekat.

TERBAIK DARI ALAM, TERBAIK DARI SAINS DAN TEKNOLOGI. PRODUK SHAKLEE YANG DIJAMIN BERKESAN, MENGGUNAKAN SUMBER ALAM SEMULAJADI DAN SELAMAT.

Hubungi kami, Musleha Aidy untuk khidmat nasihat cara pemakanan terbaik dan juga peluang menambah pendapatan.

Hp / Watsapp / Telegram: 019-3887848


No comments:

Post a Comment

 

CONTACT ME

MUSLEHA :: 019-3887848
Your trusted supplement distributor

'Passionate about wellness, your success is my business'

Sample Text

Maju terus...

Sample Text

 
Blogger Templates