Pernah dengar tips kewangan ini? Baca Warren Buffett
Tidak tergambar rasa gembira
bertemu seorang sahabat lama sejak dari zaman kampus 13 tahun yang lalu.
Asalnya mahu menghantar barangan yang dipesan – kambing perap sejuk beku dan
sebungkus sate kebab. Terdetik pula rasa ingin bersembang. Akhirnya pertemuan
yang disangka hanya 10 minit berlarutan sehingga 2 jam. Mujur sahaja suami
masing-masing sudah menelefon bertanya bila akan pulang, kalau tidak pasti kami
masih duduk berbual sehingga lewat malam. Terlalu banyak cerita yang ingin
dikongsi. Terlalu panjang kisah yang ingin diselusuri.
Sebenarnya, sudah tiga tahun kami
bekerja dalam kawasan yang sama. Padahal jika kami ingin bertemu jaraknya hanya
memakan masa 5 minit perjalanan. Tetapi bak kata orang, tiada jodoh agaknya.
Hatta jika berlaga hidung sekalipun, jika Allah tidak izinkan maka kami tidak
akan bertemu.
Kali terakhir kami berkongsi
khabar berita adalah melalui status yang dikemaskini di dinding facebook. Wani
(bukan nama sebenar) nampak begitu ceria di dalam foto bersama suami bercuti di
Jepun. Iskandar suaminya di puncak kejayaan di dalam bidang insuran yang sudah
sekian lama diceburinya. Komisyen, bonus, elaun kereta dan trip melancong memang
sudah acapkali diterima daripada syarikat insuran tersebut.
Masya’Allah! Siapa sangka wajah
ceria yang terpamer di hadapanku ini sebenarnya terkandung duka?
Sejak beberapa tahun yang lalu Iskandar
mula mengalami kemerosotan dari hasil jualan insuran. Banyak pelanggan menarik
diri. Dan antara faktor kemerosotan tersebut adalah kerana syarikatnya tidak
menawarkan produk takaful. Iskandar mengambil tindakan untuk bertukar syarikat
setelah mengambil kira bahawa ramai yang telah mendapat kesedaran untuk
mengutamakan urusniaga islam dalam kehidupan. Malangnya, risiko bertukar
syarikat adalah Iskandar terpaksa bermula sekali lagi daripada bawah dan
bersaing dengan ejen-ejen insuran yang lain. Pun begitu, ianya tidak menjadi
halangan. Namun yang membuatkan Iskandar tawar hati adalah kerenah birokrasi yang
lambat dan kadar komisyen yang kurang lumayan.
Oleh itu, apabila seorang teman
mencadangkan sebuah pelan perniagaan baru berbentuk sewa beli hartanah,
Iskandar tidak membuang masa dengan menandatangani kontrak dan menyuntik
pelaburan. Hampir kesemua wang simpanan yang dikumpul berdikit-dikit sejak
beberapa tahun dipertaruhkan.
Perniagaan itu pada mulanya nampak
begitu memberangsangkan sehingga meraih pendapatan sebanyak RM60K sebulan.
Namun pada bulan keempat, masalah mula timbul. Dan demi melindungi pelaburan yang
telah dibuat, Iskandar dan Wani mengepam lebih banyak wang daripada baki
simpanan mereka. Tidak cukup dengan itu, mereka mengadap adik-beradik
masing-masing dan ahli keluarga merayu bantuan dan berhutang dengan mereka
sehingga berpuluh-puluh ribu ringgit. Namun begitu, semua suntikan modal seolah-olah
dicurah ke dalam sungai. Pelaburan setengah juta ringgit dan suntikan modal beratus
ribu ringgit tidak memberikan apa-apa kesan.
Subhanallah! Cekalnya hati
sahabatku ini ketika berkongsi pengalaman yang sangat mahal harganya. Tidak
setitis pun air matanya mengalir. Katanya dia sudah puas berendam air mata,
kolam pun sudah kering kontang. Ada suatu ketika, Wani terpaksa berpuasa kerana
ketiadaan wang untuk membeli makanan. Tekanan perasaan yang ditanggung hampir-hampir
membuatkan mereka suami isteri hilang pertimbangan. Mujur Allah masih memegang
hati mereka dengan kuat. Tidak diizinkan berputus harap.
Wani berkongsi lagi, katanya
ujian ini memang benar-benar memberi keinsafan. Puas dia meneliti entah dimana
silap yang dilakukan. Sedangkan tiang agama teguh dipelihara, bahkan sedekah
tidak dilupa. Puas diingat-ingat, rupa-rupanya ada satu tuntutan yang mereka
belum penuhi iaitu kewajipan menunaikan zakat pendapatan.
Menyedari hal itu Wani berusaha
menunaikan kewajipan membayar zakat dan tidak putus-putus memanjatkan doa. Wani
juga mula istiqamah melaksanakan solat dhuha.
Akhirnya, ribut meteorit yang sarat mengitari orbit kehidupan mereka mula berarak pergi.
Entah bagaimana, Allah dorong
mereka untuk menceburi bidang perniagaan online yang sedang galak
bercambah-biak. Bidang yang mendapat tentangan kuat dari Iskandar pada mulanya.
Melihat kesungguhan Wani, ibu Iskandar yang mempunyai pengalaman luas di zaman
mudanya dalam bidang jualan langsung menawarkan diri untuk turut serta.
Langsung tidak kekok menyinsing lengan membantu Wani mendapatkan pelanggan
secara offline.
Pada masa yang sama Wani masih
tidak putus asa memujuk, mendorong dan meyakinkan suaminya supaya bangkit
semula sehingga berjaya membuatkan hati Iskandar mulai lembut. Wani sedar
Iskandar memang mempunyai bakat jurujual yang semulajadi yang diwarisi dari
ibunya dan juga berdasarkan pengalamannya menjadi ejen insuran sebelum ini. Oleh
itu, Wani mahu memanfaatkan kemahiran Iskandar sepenuhnya.
Alhamdulillah, berkat kegigihan
mereka pada bulan kedua sahaja mereka sudah meraih pendapatan 4 angka secara
offline. Kini mereka gigih menyusun strategi dan menggandakan usaha untuk
mengembangkan sayap. Bergerak secara offline tiada masalah buat mereka, tetapi
menyedari potensi online Wani giat membuat penyelidikan sendiri.
BAGAIMANA MAHU MEMULAKAN BISNES ONLINE?
Wani sudah memulakan langkah pertama iaitu menjual produk orang lain. Langkah seterusnya adalah strategi menjual secara online. Tetapi bagaimanakah caranya membuat pemasaran produk dengan betul terutama sekali apabila pemasaran produk melalui facebook berdepan dengan pelbagai cabaran.
Dan adakah facebook sahaja pilihan sebagai medium pemasaran?
Alhamdulillah, saya bersyukur kerana dibimbing dalam menjalankan bisnes secara online oleh team MFMS. Jadi saya kongsikan dengan Wani sebahagian daripada ilmu yang telah diturunkan. Oleh itu, saranan saya pada Wani adalah formula Dr Azizan ~ MESTI!
BAGAIMANA MAHU MEMULAKAN BISNES ONLINE?
Wani sudah memulakan langkah pertama iaitu menjual produk orang lain. Langkah seterusnya adalah strategi menjual secara online. Tetapi bagaimanakah caranya membuat pemasaran produk dengan betul terutama sekali apabila pemasaran produk melalui facebook berdepan dengan pelbagai cabaran.
Dan adakah facebook sahaja pilihan sebagai medium pemasaran?
Alhamdulillah, saya bersyukur kerana dibimbing dalam menjalankan bisnes secara online oleh team MFMS. Jadi saya kongsikan dengan Wani sebahagian daripada ilmu yang telah diturunkan. Oleh itu, saranan saya pada Wani adalah formula Dr Azizan ~ MESTI!
- M- Minat, mentor, matlamat.
- E – Elmu, ilmu tentang emosi diri dan memahami emosi diri serta ilmu untuk bertindak.
- S – Sistem dan strategi.
- T -Tindakan luar biasa, terus-terusan untuk tolong orang lain.
- I – Intention (Niat) dan impian yang jelas dunia akhirat.
Tanpa mentor, Wani perlu mencipta sendiri sistem & strategi sebagai jejak yang boleh ditinggalkan untuk tribe atau pasukan yang sedang dibina. Sebelum dapat mencipta formula atau sistem yang terbaik, Wani perlu menimba ilmu melalui kursus dan membuat penyelidikan sendiri. Wani mesti bersedia untuk menghadapi kegagalan dan bangkit semula. Atau bahasa lainnya, kena langgar dinding dulu.
Sebaliknya, jika Wani memilih mentor yang sesuai maka Wani hanya perlu ikut sahaja. Tak percaya tak apa, buat saja. Insya'Allah.
Akhir sekali, cara terbaik untuk membuat pilihan ialah solat istikharah. Mintalah petunjuk dari Dia yang Maha Mengetahui segala yang ghaib. Dialah sahaja yang mampu menetapkan kebaikan pada agama, natijah dan kehidupan seseorang.
Wallahualam....
"ERTI BAHAGIA PADA YG MEMBERI"
#N3M
#MFMSTheMostHappeningTeamInMalaysia
Musleha Aidy
watsapp/telegram: 019-3887848
Email: muslehaidy@gmail.com
MESTI..?? Bagusnya, sgt berinformatif. Thanks Impian Daniswara berkongsi cerita hebat!!
ReplyDeleteCerita yang best.tqvm for sharing:-)
ReplyDeleteMESTI mesti guna.. akak dah langgar macam2 jenis dinding dah...benjul2 tu kira sikitlah..kalau patah2 tu kita okaylah..so far yang paling teruk pun pengsan jap...hehehehe...Alhamdulillah..Allah gerakkan lagi jantung dan hati kita untuk cuba lagi kan...MESTI kena buat...
ReplyDeleteGood sharing, MESTI!
ReplyDeleteWaahhh..terima kasih kamu semua...
ReplyDelete