Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Pages

Monday 10 November 2014

Nak kaya luar biasa? Periksa dulu amalan kita, luar biasa tak?

Semalam, seorang kenalan sahabat saya pergi ke SEMINAR MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI di Melaka anjuran SEK REN i-MUSLEH bagi mengutip dana pembinaan sekolah. Hamba Allah ini bersusah-payah menulis perkongsian ini untuk disebar-sebarkan pada ramai.

Pn.Areena Ahmad Jurulatih dijemput sebagai penceramah dalam Seminar Mudahnya Menjemput Rezeki manakala jurulatihnya adalah USTAZ FATHURI SALEHUDDIN.

Secara tegasnya, kita perlu berbalik pada AL-QURAN & AS-SUNNAH..Hubungan kita dengan ALLAH, atau yang selalu disebut-sebut NETWORKING mestilah luar biasa. Apabila network dengan Allah luarbiasa, rezeki yang datang pun ikut luar biasa. Berduyun-duyun. Melimpah-ruah.

Umumnya beliau berkata, kita dikelilingi oleh orang biasa-biasa. Jarang-jarang kita kenal atau jumpa yang luar biasa. Sudah menjadi norma kehidupan, kita ini sanggup berpenat lelah membanting tulang untuk mencari rezeki. Tapi bila disentuh tentang amalan menjemput rezeki, ciput benar. Tak penat pun. Sembahyang yang fardhu je, doa pun nak cepat-cepat kejar masa. (itu kalau tak tersangkut meeting, kalau tak yang fardhu pun selamba dijamak).

Oleh itu, beliau suka nak kongsi formula luar biasa menjemput rezeki:

1.      NETWORK utama adalah DHUHA. Ramai yang dah mula solat dhuha… kebanyakannya 2 rakaat. Sekarang kita UPGRADE, tambah rakaat..makin lama makin meningkat. Selesai Solat Dhuha bacalah surah Al-Waqiah. Surah yang dikatakan keberkatannya akan menghindari kemiskinan untuk selamanya.Waktu DHUHA itulah kita rasa getarannya. Kita berdoa sungguh2. Jika ingin jadi JUTAWAN, berdoalah untuk menjadi JUTAWAN MULIA. JUTAWAN BERKAT.


2.      TAHAJJUD! Tahajjud… Bangunlah menunaikan solat ini setiap malam. Tambahkan juga bilangan rakaat tahajjud ni. Muhasabah diri dan mintalah pertolongan Allah sebulat-bulatnya.



3.      Membaca Al-Quran. Sangat-sangat disarankan,bangun pagi jangan buka hp atau rancang nak buat apa dulu..Teruslah mandi dan ambil wudhuk, kemudian baca Al-Quran & terjemahan walaupun 1 ayat. Ini kerana apabila kita melakukan ini..Allah akan bagi kecukupan masa yang melampau pada kita untuk 1 hari. Jadi tiada istilah "TIADA MASA".

4.      Berzikir.. Selama 7 hari, basahkan bibir dengan menyebut Ya Wahhab 40,000 kali setiap hari. Ini adalah latihan kita bersama dengan Allah. Jika tiada perubahan lanjutkan sehingga 40 hari.

5.      Solat Berjemaah. Terutama lelaki,,solat berjemaah di surau atau masjid. Pergi awal 10 minit awal sebelum azan. Orang lelaki diminta telefonlah ibu 1 hari 5 kali atau lebih.

6.      Bersilaturrahim..Janganlah kita memecahkan silaturrahim. Maafkan mereka yang pernah sakiti anda dengan hati yang yang lapang dan tenang




7.      Bersedekah. Ini amalan yang sangat dititikberatkan oleh Puan.Areena kerana sedekah satu power yang luar biasa. Nak sakit sembuh,nak anak dengar cakap kita,nak kaya perlu kita sedekah. 1 kali memberi..Allah gandakan 10 & boleh digandakan lagi 700 kali.

Contoh yang dia beri semalam..Jika inginkan pendapatan bulan ini RM5000..10% daripada RM5000 yang kita inginkan..RM500 perlu kita sedekahkan pada bulan ini. Bila bersedekah terang-terang kita minta dengan Allah.

Testimoni 1: Seorang peniaga online secara konsisten bersedekah RM120,000 setiap bulan. Agak2 berapa pendapatan dia sebulan? RM600,000.

Testimoni 2: Seorang kawan bertugas luar daerah selama 7 hari. Seperti kelazimannya, kawan dia melunaskan pembayaran 'INSURANS' sebelum pergi. Bukan insurans prudential atau takaful tapi insurans SEDEKAH. Dia sedekah 3 tempat anak yatim. Nak dijadikan cerita, salah seorang ahli keluarga beliau terlupa nak tutup suis sterika. Dan Alhamdulillah… selama 7 hari tiada apa yang berlaku pada rumah dia..sterika itu hanya panas sahaja. SUBHANALLAH…

8.      BerSOLAT di AWAL waktu. Seruan ALLAH lebih penting dari segala-segalanya. Contoh : Jika anda sedang menyusun 40 batu-bata.Tiba-tiba pada batu yang ke 39 azan pun berkumandang, agak2nyalah kita sambung batu terakhir atau tidak?? Beliau berpesan, tinggalkanlah pekerjaan itu dahulu. Sambunglah batu terakhir selepas solat..

9.      Serahkan diri, sepenuh pergantungan kita kepada ALLAH. Jangan mengharapkan manusia di luar sana.

10.  Tawakal dan Usaha. Yang selalu kita dengar, usaha dulu baru tawakal. Betul? Tapi Puan Areena mengatakan ..TAWAKAL DULU BARU USAHA..minta bulat-bulat pada Allah..baru kita usaha. Ini selari dengan LUA (Law of Universal Attraction – formula FAR – Faith – Ask – Receive). Kita beriman dan percaya kepada Allah, kemudian kita berdoa meminta padanya. Insya’ Allah…. Kita akan menerima apa yang kita percaya!

4 amalan surah setiap hari.

● Setiap solat fardhu: Surah Yaasin
● Waktu Dhuha : Surah Al-Waqiah
● Waktu Asar : Surah Ar-Rahman
● Sebelum tidur : Surah Al-Mulk

Tambahan: Amalkan selawat barakat makiyyah setiap hari

AMALAN LUAR BIASA AKAN MERUBAH HIDUP ANDA 360 DARJAH! SEMUANYA KINI BERGANTUNG KEPADA DIRI KITA. TETAP TEGUH MEMEGANG PADA AL-QURAN & AS-SUNNAH



Kredit pada : Abang Long Man dan Tim MFMS yang sentiasa memberikan dorongan kejayaan dan menghangatkan ruang diskusi.


1 comment:

 

CONTACT ME

MUSLEHA :: 019-3887848
Your trusted supplement distributor

'Passionate about wellness, your success is my business'

Sample Text

Maju terus...

Sample Text

 
Blogger Templates