Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Pages

Saturday 17 January 2015

7 POIN PENTING TUKAR FACEBOOK MENJADI BUKU

Alhamdulillah.. syukur ke hadrat Ilhahi kerana diberikan kesihatan tubuh badan dan kelapangan masa untuk menghadiri majlis ilmu atas inisitif Tuan Zamri Mohamad dan tim beliau. Seminar Facebook Menjadi Buku yang diadakan di Wisma Sejarah berlangsung dari jam 9pagi sehingga 4petang.
Pendek kata pelaburan RM90 itu sangat-sangat berbaloi dengan nilai ilmu yang berganda-ganda kebaikan. Saya doakan Tuan Zamri Mohamad dan rakan-rakan yang lain diberikan kemurahan rezeki yang melimpah ruah, dibukakan peluang-peluang kebaikan dan diberikan kesihatan yang baik supaya dapat terus berkongsi.
Kini jelas pada saya bagaimana penulisan di facebook dapat dimanfaatkan untuk ramai malahan boleh dijadikan buku. Perkongsian dari Aqif Azizan, anak muda berumur 25 tahun yang sangat-sangat mengkagumkan dengan kejayaan syarikatnya melalui penerbitan ebook. Begitu juga pendedahan yang pedih-tapi-benar tim editor PTS yang sangat-sangat membuka mata.
Terima kasih kepada kalian semua. Kami masih memerlukan panduan dan tunjuk ajar dari anda supaya objektif seminar ini dapat direalisasikan.
MENULIS STATUS DI FACEBOOK



pengguna berumur 13-18tahun
Dahulu, saya dan kebanyakan pengguna facebook rata-rata menampal status secara suka-suka. Biasanya mengikut emosi pada waktu itu. Ada pujian, luahan rindu/cinta, eskpresi rasa gembira, perkongsian tips dan juga ucapan selamat hari jadi. Tidak ketinggalan juga perkara-perkara negatif seperti rungutan, rasa sedih atas kehilangan, kritikan dan sumpah seranah.
Jika kita lihat pada imej di sebelah, ianya berdasarkan analisa perkataan yang paling kerap dimuat naik oleh pengguna facebook dari kalangan remaja. 
Hasil dari posting-posting tersebut ada yang mendapat "LIKE". Ada sesetengah tulisan itu sangat-sangat berguna ataupun kontroversi akan disebarkan melalui butang "SHARE" sehingga menjadi viral. Kesan viral pula bergantung pada isi yang disampaikan. Seperti yang kita banyak lihat dan dengar, ada yang positif malahan banyak juga yang negatif.

Dan akhirnya status-status ini tenggelam dalam news feed tanpa ada impak pada sesiapa pun. Seolah-olah masa, idea dan usaha kita itu tinggal sia-sia.
PERKONGSIAN ISI SEMINAR
Alhamdulillah... kini jelas bagaimana kita sepatutnya boleh mengurus idea dan cara untuk menterjemahkan idea itu dengan santai melalui posting di facebook. Dalam masa yang sama kita bina TRIBE dan juga PEMBACA. Cara ini dapat menjamin atau meramalkan samada buku itu akan laku keras jika posting-posting itu sudah cukup matang untuk dibukukan. Sekaligus mengurangkan risiko buku-buku itu dilonggokkan di pesta jualan murah atau dipulangkan kepada penerbit. Yang mana ini bermaksud, royalti yang akan diterima oleh penulis akan terjejas.
Terlalu banyak yang dikongsikan, mungkin sesetengah topik akan saya kupas di artikel akan datang. Antara poin-poin penting yang dibincangkan oleh Tuan Zamri Mohamad:
Tuan Zamri Mohamad
  1. Facebook bersifat focus - CHUNCKING
  2. Adakah penerbit akan menerbitkan buku dari status facebook?
  3. Bagaimana editor mengesan ciri-ciri penulis yang berpotensi? Berdasarkan model 100 markah berdasarkan profil dan evolusi kematangan pemilik akaun facebook itu.
  4. Bagaimana membina status yang mampu menekan Butang Emosi & Butang Logik pembaca?
  5. Mengenali sifat pembaca mengikut kumpulan dan fahami karakter mereka.
  6. Bagaimana mahu menulis di facebook?
  7. Apakah yang perlu dilakukan SEKARANG?
Sesi kedua selepas minum pagi diserikan dengan keletah anak muda berumur 25 tahun bernama Aqif Azizan. Hmm.. kecik jangan disangka anak. Penulis "Write to Wealth | Tip marketing, copywriting dan bisnes" berkongsi bagaimana dia bermula dan apa yang telah dicapai. Antara perkongsian yang dibincangkan:
Aqif Azizan bapak budak yang baik! ;-)

  1. Pelanggan membeli ebook kerana ianya lebih mudah
  2. Artikel blog dihimpunkan jadi ebook, kemudian jual
  3. Faktor kenapa dia memilih untuk menjual ebook berbanding buku fizikal
  4. Jika penerbit / editor perolehan mendekati anda untuk mengkompilasikan artikel-artikel dalam blog anda dan menerbitkan buku fizikal, perkara pertama anda patut buat, jadikan ebook dulu dan jual sendiri. Kenapa?
  5.  Bagaimana mengurus posting di facebook dan apa tujuannya?
  6. GooglePlay vs. Kindle vs. Self Publish
  7. Isu ciplak? Penat-penat posting di facebook ada pihak yang tiru dan jual ebook.
Bersama rakan penulis & Aqif Azizan
Sesi di sebelah petang pula membincangkan faktor-faktor pemilihan facebook status atau blog posting oleh syarikat penerbitan PTS. Tim editor bermurah hati untuk berkongsi case-study buku bestseller "Catatan Mat Lutfi" & Hilal Ashraff. Kedua-dua penulis ini menggunakan blog dan akaun facebook sebagai medium mencurahkan idea mereka dan juga membina TRIBE.
Dewan Aminuddin Baki
Perkara pertama yang ditekankan oleh tim Editor PTS ini adalah soalan yang patut ditanyakan kepada diri sendiri iaitu "KENAPA SAYA MAHU MENULIS?" Misi penulis perlu jelas sebelum mereka bermula.
Jadi, jika anda berminat apa yang perlu dibuat sekarang?
  1. Mula sekarang : jangan bertangguh!
  2. Konsisten menulis di  blog mahupun facebook: boleh guna formula 10/8/2 atau 10/7/3
  3. Tentukan genre & sasaran pembaca
  4. Bina hubungan yang baik dengan editor
  5. Kaji samada buku yang anda ingin tulis ada dalam genre yang akan diterbitkan oleh penerbit itu. Jangan terus buat, validasi itu penting!
  6. Fokus : tetapkan matlamat dan dateline
  7. Bina rangkaian dengan rakan-rakan penulis yang lain


Dr. Norhana & rakan-rakan
Ani Munirah & Anis Munirah.. kembar nama!
Sejujurnya ada juga poin-poin di atas telah dikongsi oleh mentor saya dalam dunia online business. Saya kira ini adalah satu lagi peringatan untuk MULA SEKARANG!!!
FAFR!!!
~ Musleha Nasmian @ 019-3887848
~ Komited demi kesejahteraan


1 comment:

  1. Alhamdulillah, terima kasih kerana kongsikan maklumat ini, puan.
    Salam perkenalan.
    Semoga persahabatan ini saling memanfaatkan. Insya-Allah.

    ReplyDelete

 

CONTACT ME

MUSLEHA :: 019-3887848
Your trusted supplement distributor

'Passionate about wellness, your success is my business'

Sample Text

Maju terus...

Sample Text

 
Blogger Templates