Semoga anda dilapangkan
lorong-lorong rezeki, diberikan kemudahan untuk memilih dan diterangi dengan hidayah
dari Allah s.w.t. Selalu peringatan diberikan kepada saya bahawa Allah itu akan memberi mengikut sangkaan hambanya.
"Setiap apa yang kita fikir, perkataan kita cakap, apa yang kita rasa, tindakan yang kita buat... semuanya adalah DOA."
Oleh itu, dengan rasa rendah hati saya mendoakan anda pembaca budiman.
Anda kaya dan berjaya.
Anda adalah hartawan yang dermawan.
Anda beroleh kemenangan di dunia & akhirat.
7 AUTA & FAKTA GST YANG WAJIB ANDA KETAHUI
Pada 21 Disember 2014 yang lalu,
saya telah menyertai tim Jamaiah Trading
menghadiri taklimat GST di Kompleks
Kejiranan Putrajaya, Presint 16. Turut bersama dalam taklimat tersebut adalah
wakil-wakil dari Persatuan
Penjaja-Penjaja Kecil Putrajaya. Taklimat telah disampaikan oleh Tuan Khairul Anuar Saimun dari Jabatan Penerangan Malaysia.
Alhamdulillah… Bak kata orang,
kalau dah gelap tu, bukak suis lampu. Bila dah terang tak nampak juga, moh leee
kita bersuluh. Mujur ada tim yang mengambil berat masa depan ejen-ejen di
bawahnya. Berusahalah pihak pengurusan Jamaiah
Trading memberikan pendidikan dan mendapatkan khidmat yang pakar untuk
memberikan penjelasan tentang GST.
Jadi tidaklah kita senang-senang buat andaian, ikut-ikut berdemo tanpa ilmu.
DAHULU…..
Tak payah tuduh orang
lain. Saya sendiri masa membaca pengumuman GST pun melatah. Secara ‘instant’
masing-masing bertukar menjadi Pahlawan Papan Kekunci (keyboard warrior). Dan
ketika itu puaslah dapat melihat dikalangan kita bertempik dengan rasa amarah
yang membuak-buak di dada… DIMANAKAH
KEADILAN???? Habis segala dinding di facebook dipenuhi dengan komen-komen yang mengikut perasaan….
Namun bila kita selami kemarahan
mereka…. Wajarlah juga mereka melenting…
Sudahlah miskin bandar…. (Rujuk: Pendapatan RM3000 ke bawah dikategorikan sebagai MISKIN BANDAR) dikenakan cukai
pula.
Semasa
taklimat ini, Pegawai Penerangan, Tuan Khairul Anuar Saimun
pula berkongsi statistik terbaru yang telah dikeluarkan melalui
kajiselidik. Kerajaan telah menggariskan semula mengikut kadar semasa,
pendapatan penduduk yang mendiami kota-kota besar sebanyak RM4500 ke bawah telah dikategorikan
sebagai MISKIN BANDAR!
Masya’ Allah… ramainya orang
miskin….. (terasa peluh dingin mengalir kat dahi). Sana sini hujan turun, tapi
harga rumah & harga barang tak turun-turun. Walaupun harga petrol dan
turun, belum nampak pula tanda-tanda yang lain nak ikut turun.
STOP….
Cerita pasal harga barang dan
taraf hidup, sampai jumaat minggu depan tak habis aku ketuk papan kekunci ni.
Moh le kita kembali kepada perkara pokok artikel ini … iaitu GST
7 PERSEPSI TENTANG GST ; FAKTA ATAU AUTA?
Taklimat ini lebih berupa pada
pengkongsian santai yang sekali-sekala hangat dengan soalan-soalan panas. Pembukaannya
berkisar tentang persepsi masyarakat tentang GST. Sesuailah dengan aku kan???
Hahaha… sentap!
PERTAMA: GST adalah cukai baru yang akan dikenakan bersama-sama cukai SST
sedia ada.
KEDUA: SST hanya dikenakan kepada syarikat-syarikat besar. BUKAN
RAKYAT!
(dalam kata lain, wajarlah cukai tu dikutip
dari ikan-ikan besar? Mak Jah ni ikan bilis je, nak oiii…)
KETIGA: GST akan membebankan rakyat.
RAKYAT terpaksa menanggung CUKAI BERTINDIH sehingga 24% atau lebih!!!
KEEMPAT: GST akan
menyebabkan HARGA BARANG MENINGKAT
KELIMA: GST akan menggalakkan peniaga menaikkan HARGA sewenang-wenangnya
(fenomena PROFITEERING)
KEENAM: GST akan membebankan PENGILANG DAN
PEMBORONG
KETUJUH: GST akan menyusahkan
PENIAGA-PENIAGA KECIL
7 FAKTA VS. AUTA TENTANG GST
Baiklah! Sekarang kita periksa fakta disebalik auta iaitu persepsi kebanyakan orang tentang GST. Sudah menjadi lumrah manusia susah untuk berubah. Senang takut pada perkara baru, malas pula mengkaji dan membaca.
Baiklah! Sekarang kita periksa fakta disebalik auta iaitu persepsi kebanyakan orang tentang GST. Sudah menjadi lumrah manusia susah untuk berubah. Senang takut pada perkara baru, malas pula mengkaji dan membaca.
PERTAMA: GST adalah cukai baru yang akan dikenakan bersama-sama cukai SST
sedia ada.
Hakikatnya, tahukah anda CUKAI JUALAN telah dilaksanakan pada tahun 1972? Manakala CUKAI PERKHIDMATAN telah diperkenalkan
pada tahun 1975. Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan
dikenali sebagai Cukai SST.
Ramai sebenarnya tak
sedar akan hal ini. Cerita pasal cukai, apa sebenarnya tergambar kat minda kamu
semua?
Saya pasti kebanyakan dari anda
semua hanya pernah dengar cukai-cukai yang dinyatakan di atas sahaja bukan? Ini
adalah cukai tahunan yang biasa kita kendalikan.
KEDUA: SST hanya dikenakan kepada syarikat-syarikat besar. BUKAN
RAKYAT!
(dalam kata lain, wajarlah cukai tu dikutip
dari ikan-ikan besar? Mak Jah ni ikan bilis je, nak oiii…)
Soalannya: Di manakah anda nampak CUKAI JUALAN & CUKAI PERKHIDMATAN ini dikenakan ke atas pengguna? Ada tak tertera di resit, invois atau mana-mana dokumen?
TAHUKAH ANDA! Selama ini (sejak
tahun 1972 & 1975) anda telah membayar Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan
dalam setiap harga barang-barang yang telah anda bayar.
KETIGA: Berbanding SST, GST akan
membebankan rakyat. RAKYAT terpaksa menanggung CUKAI BERTINDIH sehingga 24%
atau lebih!!!
TIDAK BENAR!
Dalam perlaksaan Cukai Jualan dan
Cukai Perkhidmatan (SST), harga yang telah dibayar pengguna sebenarnya telah
termasuk elemen cukai jualan. Kerajaan memungut 10% cukai jualan diperingkat
pengilang sahaja
Sama juga dengan Cukai
Perkhidmatan. Nilai perkhidmatan contohnya dari perkhidmatan guaman, servis
kenderaan, rawatan di klinik/hospital swasta telah diserap masuk ke dalam
lain-lain kos seperti pengangkutan, khidmat nasihat dan lain-lain seperti caj
telekomunikasi.
IMPAK: inilah kelemahan
Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST),
yang dikatakan sebagai CUKAI BERTINDIH di mana pengguna menjadi
terpaksa membayar disebabkan mekanisma cukai yang tidak jelas.
KEEMPAT: GST akan
menyebabkan HARGA BARANG MENINGKAT
IMPAK +1%: Kenaikan 1% pada barangan yang
sebelum ini dikenakan SST 5%.
Barangan bercukai jualan 5% seperti makanan & minuman yang diproses
seperti mentega, mi segera, biskut, kacang tanah, Tea 3 dalam 1, Nescafe 3
dalam 1, Serbuk kari, serbuk perasa dll.
IMPAK -4%: Penurunan 4% pada barangan bercukai
jualan 10% seperti pakaian (baju, seluar, kasut, beg dll.), minyak pelincir, Kenderaan
(kereta, bas, lori dan alat gantinya), Perabut rumah (set sofa, kerusi, meja,
almari), kelengkapan dapur (pinggan mangkuk, periuk dll.)
IMPAK 0% : Tiada perubahan cukai jualan 6% pada
perniagaan berbentuk perkhidmatan seperti: Restoran, Hotel, Perkhidmatan Profesional,
Pusat Servis Kenderaan, Kawalan keselamatan & Tempat letak kereta.
KESAN GST: 56% TURUN HARGA.
354 JENIS BARANG NAIK HARGA TIDAK MELEBIHI 5.8%
KELIMA: GST akan menggalakkan peniaga menaikkan HARGA sewenang-wenangnya
(fenomena PROFITEERING)
MENCATUT : Membuat keuntungan tinggi yang
tidak munasabah.
(Haaa… perkataan baru ni. Korang jangan salah sebut. Mak Jah tampor mulut
korang nanti… hahahah)
Akta 723 : AKTA KAWALAN HARGA DAN
ANTIPENCATUTAN 2011.
Rujuk dokumen berkaitan akta ini di website KPDNKK
Soalan cepu emas dari peserta : Sejauh mana masalah kenaikan barang ini
dapat dibendung, dengan kapasiti penguatkuasa dan mekanisma sedia ada?
SHOPPER’S GUIDE (dikeluarkan
3 bulan sebelum dan 3 bulan selepas pelaksanaan GST)
Jawatankuasa
Khas menangani kos sara hidup rakyat (penghulu, sukarelawan berdaftar etc.)
KEENAM: GST akan membebankan PENGILANG DAN
PEMBORONG
TIDAK BENAR! GST akan membolehkan pemborong
menuntut kembali cukai-cukai yang telah dikenakan oleh pengilang/pembekal ke
atas barang. Sekaligus menghalang pengilang dan pemborong menyerap cukai GST ke
dalam harga barang yang akan dijual kepada pengguna. Inilah mekanisma yang
digunakan untuk mengelakkan CUKAI BERTINDIH.
KETUJUH: GST akan menyusahkan
PENIAGA-PENIAGA KECIL
TIDAK BENAR! GST hanya dikenakan kepada syarikat atau perniagaan yang
berpendapatan RM500 ribu setahun. Namun begitu, perniagaan yang berpendapatan
kurang dari RM500 setahun digalakkan mendaftar.
KESIMPULAN
- GST bukanlah sejenis cukai baru yang diperkenalkan untuk menyusahkan rakyat.
-
GST
adalah transformasi daripada sistem percukaian bersifat analog (70-an) ke era
digital
GST dengan kadar 6% akan menggantikan SST yang berkadaran 5%, 6%, 10% dan spesifik - Hasil mahsul dari kutipan GST akan disalurkan kembali kepada rakyat untuk manfaat negara.
Sebenarnya masih banyak persoalan
tentang GST yang masih dalam perdebatan. Perbincangan kami berkisar samada
peniaga-peniaga kecil ini patut atau tidak mendaftarkan perniagaan mereka untuk
GST. Artikel akan datang akan mengupas lebih lanjut tentang hal ini beserta
pelaburan yang patut mereka buat jika mereka ingin mendaftar.
Ada PELABURAN?
Betul, wahai pembaca budiman para
usahawan sekelian. Ada pelaburan yang terpaksa dibuat untuk sistem dan
applikasi (hardware/software) yang merekod setiap transaksi ke dalam akaun GST
yang dibuat sekiranya anda berhasrat untuk menuntut kembali cukai input 6% yang
dikenakan oleh pembekal ke atas stok barangan yang anda beli.
Tanpa sistem/applikasi pembekal
yang mendaftar dengan Jabatan Kastam Malaysia, anda peniaga tidak layak
menuntut kembali cukai input.
Samada berbaloi atau tidak
pelaburan, bergantung kepada jumlah cukai input yang dikenakan ke atas anda.
Anda perlu melakukan sedikit analisa ROI (Return of Investment) bagi membantu
anda membuat keputusan.
DILEMA USAHAWAN ONLINE YANG BERNIAGA SECARA KECIL-KECILAN??
Jika saya tidak mendaftar GST:-
- Saya tidak layak menuntut cukai input dari Jabatan Kastam Malaysia
- Saya terpaksa menyerap semua cukai-cukai input yang dikenakan oleh pihak pembekal kepada saya. Kos bahan dan operasi akan meningkat.
- Saya tidak layak mengenakan cukai GST pada pelanggan saya
- Jika saya terpaksa menaikkan harga jualan produk saya
- pelanggan akan marah.
- jika ada aduan dari pelanggan yang tidak puas hati, saya akan berdepan dengan penalti dan tindakan KPDNKK
- saya terpaksa bersaing harga dengan peniaga yang mendaftar GST dan menjual lebih murah.
Jika saya mendaftar GST, saya perlu membuat pelaburan untuk mendapatkan
sistem yang patuh GST.
- Berapakah pelaburan terendah untuk sistem patuh GST (Software/Hardware)?
- Bilakah saya akan mendapat pelaburan saya kembali?
Mohon SHARE jika posting ini dapat memberi manfaat kepada orang yang dekat dengan diri anda. Mudah-mudahan Allah berikan kita pahala agar dapat kita berkongsi saham untuk pencen kubur.
Selamat maju jaya, untuk kau dan aku....
#komiteddemikesejahteraanbersama
~Passionate about wellness, your success is my business
~ Musleha @ muslehaidy@gmail.com
~whatsapp me @ 019-3887848
No comments:
Post a Comment