Assalamualaikum pembaca budiman....
Alhamdulillah... cabaran kurus 100 hari sudah masuk hari ke-48 bagi batch pertama yang bermula pada 1-Feb.
Ada 52 hari sebelum tarikh tutup pertandingan.
Tahukah anda?
Salah satu tips untuk turunkan berat badan adalah dengan memastikan tidur yang cukup.
Namun berapa jam tidur yang diperlukan?
Minimum 6-7 jam satu malam.
Kalau tidur tak cukup ia akan menyebabkan kelesuan dan mengganggu usaha kita untuk meningkatkan tahap metabolisma.
Pendek kata, dandang yang beroperasi membakar lemak kita selama ini secara aktif akan merosot. Makin lama makin sejuk.
Silap-silap haribulan terpadam terus.
Sia-sia kita bersenam dan mengawal makan, lemak makin naik bertimpa-timpa. Otak hantar signal yang salah kerana masalah tidak cukup rehat disebabkan kurang tidur.
Akibatnya, berat badan kita naik secara perlahan lahan.
Oleh itu, kalau nak turunkan berat badan.. Pastikan kita tidur dengan cukup yer.
Saya doakan anda kurus dan sihat.
p/s: Syukur ada tim dan mentor yang tidak putus-putus berkongsi tip-tip yang berguna. Lebih bagus lagi, mentor hantar reminder samada secara terbuka mahupun personal (pm) dengan para peserta NECK.
p/s: Syukur ada tim dan mentor yang tidak putus-putus berkongsi tip-tip yang berguna. Lebih bagus lagi, mentor hantar reminder samada secara terbuka mahupun personal (pm) dengan para peserta NECK.
"N.E.C.K"
"Now Everyone Can Kurus"
No comments:
Post a Comment