Setitik
hujan yang besar, sebesar syiling sepuluh sen terhempas di atas dada cermin
hadapan kereta. Kemudian setitik lagi. Rintik hujan menyusul semakin deras
menghempas bertalu-talu. Tidak ubah seperti kata-kata tajam penuh nista yang
pernah dilemparkan oleh Sandra kepada Raihana. Desakan soalan yang bertubi-tubi
menukar lidah Sandra menjadi belati menoreh hati dan perasaan. Tidak berhenti
setakat itu, Sandra menyimbah torehan luka dengan cuka. Jelingan penuh benci di
wajah jelita Sandra serta-merta berubah menjadi jelmaan Medusa. Perempuan
terkutuk berambut ular dengan dendamnya terhadap kaum adam.
Alhamdulillah... sifu Az cukup mendorong. Cabaran meladeni kekangan masa untuk menulis aku tempuh jua. Bak kata sifu, redah saja. Tak sangka juga rupa-rupanya banyak penambahbaikan aku dapat buat dengan saranan sifu. Begitulah kata orang. Belajar biar berguru.
Jalan-jalan ke blog penulis, aku temukan tips-tips menarik:
- Kesabaran dan ketabahan
- Khayalan dan sifat rasional mesti seimbang
- Bagaimana merangka plot, nama-nama watak, lokasi
Amin, semoga dipermudahkan.
No comments:
Post a Comment