Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Pages

Tuesday 12 August 2014

Koleksi Kertas Soalan Percubaan UPSR 2014 Peringkat Negeri 1 Malaysia

Assalamualaikum wbt…

Hari ini saya bertugas luar daerah di Pekan Pahang. Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 4 jam. Walaupun jauh dan mencabar kerana menempuh bukit-bukau serta selekoh tajam di lebuhraya Bentong-Karak, bak kata orang alah bisa tegal biasa. Sejak 2 tahun lepas, inilah perjalanan yang sama saya tempuh. Ketika itu saya rasa sangat sukar dan memenatkan. Apatah lagi memikirkan saya terpaksa berjauhan dengan keluarga selama 4 hari seminggu. Tiap-tiap minggu selama 2 tahun. Alhamdulillah, akhirnya sistem ERP di sebuah syarikat pemasangan kenderaan di Pahang agak stabil dan mampu dikendalikan sendiri oleh pengguna-penggunanya. Memang masih ada penambahbaikan yang perlu dilakukan. Tetapi tidak semuanya boleh dilaksanakan sekaligus. Pengguna sistem perlu matang dan benar-benar terlatih dengan proses yang sedia ada, kemudian barulah penambahbaikan itu boleh dilaksanakan.



Perumpamaannya adalah seperti menunggang Ferrari. Mereka perlu membiasakan diri dengan kelajuan. Sebelum mereka boleh menambah aksessori yang meningkatkan tahap kelajuan atau menunggang kereta lain seperti Lamborghini.



Apabila bercerita tentang masa, sedar tak sedar kita sudah berada di bulan Ogos. Bulan depan (September) pelajar-pelajar tahun 6 akan menduduki peperiksaan UPSR.



Mesti ada dikalangan kita anak-anak, cucu, adik, jiran tetangga & anak saudara mahupun anak-anak didik kita sendiri (jika anda seorang guru) akan menempuhi peperiksaan ini.



Oleh itu, dengan rasa bahagia saya ingin berkongsi dengan anda koleksi soalan percubaan UPSR.


KOLEKSI SOALAN PERCUBAAN UPSR 2014 UNTUK SEMUA NEGERI (Sila klik link ini)



Anda boleh gunakan koleksi soalan ini untuk anak-anak anda sebagai latih tubi. Dapatkan bimbingan guru di sekolah, jika ada soalan yang sukar dijawab. Insya’ Allah, jika mereka berjaya menjawab semua soalan-soalan ini mereka pasti dipermudahkan semasa peperiksaan sebenar.



Di samping itu, saya mencadangkan ibubapa yang ingin memastikan fizikal dan mental anak-anak kekal cergas dan aktif, bantulah mereka dengan pemakanan tambahan semula jadi.



Akhir kata, saya mendoakan anak-anak anda tenang menjawab peperiksaan dan menjawab dengan baik. Semoga Allah bantu mereka memperolehi keputusan cemerlang.




No comments:

Post a Comment

 

CONTACT ME

MUSLEHA :: 019-3887848
Your trusted supplement distributor

'Passionate about wellness, your success is my business'

Sample Text

Maju terus...

Sample Text

 
Blogger Templates