Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Pages

Saturday 2 August 2014

Gara-gara ayam tebuk leher, jualan meningkat hingga RM1 JUTA?


l[BERITA BAIK: UMAT ISLAM BERTAMBAH PEKA TENTANG ISU-HALAL]

Terdahulu kita digemparkan sana-sini pada bulan Ramadhan yang lepas dengan tersebar secara meluas posting di facebook oleh seorang pengguna akaun bernama Suzileana Jalil. Gara-gara penemuan ayam yang ditebuk leher setelah membelinya dari Pasaraya GIANT. Suzileana memuat naik 2 gambar penemuan ayam yang ditebuk itu ke laman Facebook.

Melompat terus warga internet masing-masing dari tempat duduk dan seperti biasa  berita-berita hangat dan panas seperti ini mendapat perkongsian 900+ pengguna Facebook. Saya sendiri mendapat berita ini di applikasi watsapp. Lihatlah hebatnya zaman maklumat di hujung jari sekarang ye. Serta-merta berita seperti ini kemudiannya tersebar meluas di dada-dada blog media. Semuanya menanti tindakan dari pihak JAKIM dan pihak-pihak berkuasa yang lain. Jika dilihat secara positif, umat islam di negara kita benar-benar sensitif tentang isu halal.

Kemudian, saya perhatikan pula rata-rata pengguna facebook berpandangan bahawa ini adalah masalah dari pembekal ayam. Bukan penjual. Dalam kes ini penjual adalah Pasaraya GIANT. Ada pula yang berpendapat tiada pemantauan yang tegas dari pihak berkuasa menjadikan pembekal ayam ini sewenang-wenangnya menggunakan jalan pintas untuk mengaut keuntungan

Ish! Ish! Ish! Tidak pasal-pasal. Bertambah pulak tanggungjawab pihak JAKIM nak buat pemantauan berkala ke setiap cawangan pasaraya GIANT. Kita cerita berapa banyak cawangan ni? Sepuluh? Dua puluh cawangan? Pada tahun  1999 sahaja Pasaraya GIANT ada 89 cawangan. Sekarang sudah tahun 2014!  Lepas tu takkan nak pantau GIANT sahaja? Macam mana dengan pasaraya lain? Yakin mereka boleh bekalkan ayam halal setiap masa?

Nota: Hasil siasatan JAKIM pada 12 Julai 2014 di Pasaraya Giant yang didakwa menjual ayam tebuk mendapati tiada penemuan meragukan seperti yang tersebar dilaman sosial. Tambah JAKIM lagi,  semua bekalan ayam adalah dari rumah sembelihan yang mempunyai Sijil Halal yang sah. Susulan itu, pengguna dinasihatkan supaya  tidak ragu dan bimbang terhadap produk yang dijual di pasar raya Giant kerana proses sembelih ayam mematuhi hukum Islam. Terdahulu, pihak JAKIM telah bertindak setelah menerima laporan berhubung penyebaran foto seekor ayam yang tersebar luas di Facebook sejak 11 Julai 2014, yang ayamnya dikatakan ditebuk di bahagian leher dan tidak disembelih mengikut kaedah Islam.

[BANTU SELESAIKAN MASALAH UMAT ISLAM]

Isu halal-haram ini bukan perkara baru. Dah lama dah! Macam-macam berita terbit dan pendedahan dibuat. Tetapi berapa ramai yang tampil memberikan jalan penyelesaian? Masing-masing gebang kuat dari tempat duduk di pejabat memberikan komen itu ini di dinding-dinding facebook (waktu pejabat pula tu!). Apa orang kata? Pahlawan papan kekunci - keyboard warrior. Mencabar sebenarnya nak menjaga keberkatan rezeki makan gaji ini rupanya, kan?  Saya sebenarnya tertarik dengan posting DAO baru-baru ini. Tentang bagaimana usahawan ini beroleh kejayaan kerana berjaya menyumbang penyelesaian kepada permasalahan umat islam iaitu hub yang membekalkan bekalan ayam daging halalan toyyiban. 

Lihatlah! Dengan keikhlasan untuk membantu menyelesaikan masalah umat Islam, rezekinya bertambah. Beliau berpegang pada prinsip yang ditekankan dalam banyak seminar DAO iaitu berniaga bukan duit, tetapi untuk bantu menyelesaikan masalah dan menambah nilai hidup orang lain.

Erti hidup pada yang memberi. Dalam mengejar kejayaan, jangan terlalu memikirkan duit, duit, duit! Fikirlah cara untuk membantu. Kerah kepandaian yang ada untuk menyelesaikan masalah orang. Kemudian jaga keberkatan rezeki. Ini juga sebahagian dari usaha. Disusuli pula dengan tawakkal dan amalan.

Dan kemudian insya' Allah. Duitnya ... Rezekinya .... Akan berderet2 masuk.

Membantu dan memberi penyelesaian seperti ini adalah matlamat peribadi saya. Alhamdulillah, ada mentor yang membimbing. Jujurnya, saya tidak pernah mempunyai pemikiran sebegini sebelum ini. Apa yang terlintas hanyalah bagaimana hendak mencari lebih banyak duit-duit-duit. Melepaskan diri dari belenggu kewangan dan hutang-piutang. Tidak pernah berfikir dari sudut yang lain seperti ini. Mungkin pernah terlintas sekali-dua, melalui bahan bacaan yang dibeli secara online. Melalui posting -posting dari usahawan-usahawan terkenal seperti Irfan Khairi. Tetapi hakikatnya saya bersendirian selama ini. Tiada sesiapapun seperti jemaah yang saya sertai sekarang yang mendorong. Berulang-ulang kali memberi peringatan. Sentiasa rapat membimbing memberikan panduan. Yang terbaik, memberikan laluan untuk meniru, duplikasi, mengekori rapat jejak-jejak kejayaan yang mereka tinggalkan.


Seperti mana doa yang selalu saya pohon saban waktu, "Andai ini jalannya, Ya Allah! Andai inilah jalanya untuk aku mendekatkan diriku pada-Mu. Kembali pada-Mu. Berserah pada-Mu. Permudahkanlah urusanku Ya Allah. Permudahkanlah urusan perniagaanku, Ya Allah!"


Berikut adalah posting dari DAO. Pada saya ianya seolah-olah bunyi jam loceng yang mengejutkan saya dari lena yang panjang.


[Nak cakap apo? Alhamdulillah berniaga ayam sahaja pun jualan mencecah 1 juta ringgit]

Jika anda masih tidak faham kesan berniaga dengan ada ilmu dan tindakan yang betul di sertai dengan pergantungan kuat kepada Allah swt. Maka anda perlu... baca kisah kejayaan ini dengan hati yang lapang, bukan iri hari atau dengki. Segalanya dengan izinNya tetapi perlukan ilmu.
Jika anda masih tidak faham kesan berniaga dengan ada ilmu dan tindakan yang betul di sertai dengan pergantungan kuat kepada Allah swt. Maka anda perlu... baca kisah kejayaan ini dengan hati yang lapang, bukan iri hari atau dengki. Segalanya dengan izinNya tetapi perlukan ilmu.
Pn Siti Hajar Ghazali (Pengasas Ayam Hijrah) berjaya mengeluarkan produk halal sendiri kerana berniaga bukan untuk duit tetapi membantu menyelesaikan masalah orang. Puan Siti Hajar menjalankan perniagaan Ayam Hijrah iaitu ayam yang di sembelih dan diproses secara pemprosesan Islamik.
Dengan prinsip perniagaan yang betul, dari pendapatan bergaji hanya RM3,000 kini dengan berniaga, Pada bulan ke 15 perniagaan jualan telah mencecah RM1 juta.

Ikuti kisahnya di Metro hari ini (Ahad 27/7/2014) untuk inspirasi.



Pn Siti Hajar Ghazali (Pengasas Ayam Hijrah) paparan kejayaannya di Harian Metro
 

No comments:

Post a Comment

 

CONTACT ME

MUSLEHA :: 019-3887848
Your trusted supplement distributor

'Passionate about wellness, your success is my business'

Sample Text

Maju terus...

Sample Text

 
Blogger Templates