Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Pages

Saturday 30 August 2014

Manisnya sebuah perjuangan

Buku biografi Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary sudah lama aku khatamkan. Baru kali ini aku siapkan entry untuknya. Untuk tatapan anda, aku nukilkan sedikit keistimewaan buku ini supaya dapat aku cungkil buat pembakar semangat kamu.



Keistimewaan buku ini pertama pada penulisnya. Aku jamin keseronokan tersendiri pembacaan buku ini kerana kita dapat lihat pandangan berbeza seorang bukan-melayu menulis kejayaan tokoh yang dikagumi ramai ini. Bahagian prolog sahaja sudah cukup membangkitkan rasa teruja. Si penulis, Premilla Mohanlal melahirkan rasa kagum dengan karakter yang sangat kuat dimiliki oleh beliau. Antaranya:-

 1. Temujanji secara tidak formal di lewat malam hingga awal pagi: beliau tidak mahu mengganggu waktu kerja para ketua pegawai eksekutif dan memulakan temujanji pada jam 10pm. Tada briefcase, sut pejabat dan tali leher. Hanya berpakaian kasual dan temujanji yang santai.

2. Sangat-sangat menghargai buku dan ilmu. Dia bukan sahaja memiliki kekayaan bahkan pengetahuan yang banyak menerusi pembacaannya. Penulis merakamkan bagaimana di hujung temujanji sebelum mereka berpisah, mata Tan Sri Syed Mokhtar bersinar-sinar bagai anak kecil yang mendapat permainan baru ketika menunjukkan buku-buku di dalam perpustakaan di Muzum Seni Islam Malaysia.

3. Semangat patriotik: Walaupun beliau mampu memiliki kereta mewah continental tetapi beliau memilih untuk memandu Proton Perdana.

4. Memetingkan keluarga: Beliau ada pilihan untuk terbang dengan jet mewah persendirian dan terbang ke mana-mana tempat eksotik di dunia untuk melancong. Tetapi beliau melilih untuk memandu ke Alor Setar setiap bulan untuk menemui ibunya.

5. Beliau tidak perlukan pen, kertas mahupun telefon pintar untuk merekod butiran penting. Beliau dikatakan mempunyai kemahiran photographic memori.

Seterusnya isi kandungan buku ini memetik secara terperinci perjalanan hidupnya. Tetapi secara ringkasnya aku dapat kumpulkan bahagian-bahagian menarik adalah:

1. Beliau datang dari keluarga yang susah. Bapanya selalu keluar berdagang meninggalkan keluarga. Dan setiap kali bapanya pulang lewat dari biasa dan ibunya kehabisan wang belanja, mereka terpaksa meminjam beras daripada jiran-jiran. Ketika itu jiran-jiran mereka terdiri dari pelbagai kaum India dan Cina. Namun setiap dari mereka sangat ringan tangan dan tidak raguragu memberikan pertolongan.

2. Sungguhpun datang dari keluarga yang susah, adik-beradik Syed Mokhtar dihantar ke sekolah Inggeris. Ibubapa Syed Mokhtar berusaha memberikan pendidikan terbaik.

3. Syed Mokhtar sangat meminati bidang perniagaan dari kecil. Zaman remajanya dihabiskan dengan membantu bapanya berniaga binatang ternakan seperti lembu dan kambing.

4. Ketika perniagaan bapanya jatuh teruk akibat binatang ternakan dilanda penyakit mulut dan kaki, keluarganya dalam keadaan tersepit. Apatah lagi abang dan kakaknya sedang melanjutkan pelajaran di kolej, Syed Mokhtar terpaksa melakukan pengorbanan besar. Dia terpaksa berhenti sekolah.

5. Ketika inilah Syed Mokthar bergerak solo dalam bidang perniagaan dan mula mengenali dunia luar, Kuala Lumpur dan kehidupan kota. Ada zaman gelap yang diceritakan di sini.

6. Bermula dengan syarikat pengangkutan, beliau berusaha memecahkan monopoli perniagaan beras demi melindungi harga pasaran dan bekerjasama dengan rakan-kongsi cina.

7. Pernah dipaksa melepaskan pegangan saham syarikat apabila rakan kongsinya bertindak menaikkan modal. Berjaya menggagalkan usaha itu atas bantuan kawan-kawannya yang sanggup memajakkan harta kerana percaya pada kekuatan beliau. Berikutan dengan itu, beliau mengambil tindakan drastik bagi mengelak cubaan yang sama di masa hadapan.

8. Beliau membeli saham syarikat-syarikat besar yang bernilai kebangsaan pada pandangannya melalui pihak ketiga. Beliau bertindak di belakang tabir sebelum akhirnya beliau dikenali umum.

9. Pernah kerugian lebih 1.8 bilion ringgit kerana mempertahankan saham-saham bumiputera dalam syarikat-syarikat yang dibelinya.

10. Pertemuan pertamanya dengan Tun Mahathir bertitik-tolak dari tohmahan banyak pihak tentang pemilikan syarikat di Johor yang dikaitkan dengan persahabatannya dengan seorang ahli politik tanahair yang terkenal. Beliau menceritakan detik-detik pertemuan dan reaksi Tun Mahathir ketika itu.

 Banyak lagi kisah menarik ada ditulis di dalam buku ini. Setiap satunya memberikan pengajaran berharga. BIla ditanya tentang persaingan dengan kaum cina, beliau mengatakan ‘bekerjasama dengan mereka lebih menguntungkan daripada menjadi musuh’.

Secara kesimpulannya, anda pasti tidak kecewa bahkan semangat juang Tan Sri Syed Mokhtar bertiup kencang ke dalam sanubari. Antara tokoh yang sangat wajar dicontohi.



No comments:

Post a Comment

 

CONTACT ME

MUSLEHA :: 019-3887848
Your trusted supplement distributor

'Passionate about wellness, your success is my business'

Sample Text

Maju terus...

Sample Text

 
Blogger Templates