Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Pages

Saturday 30 August 2014

Manisnya Isthikarah

Ya Allah aku beristhikarah dengan dengan ilmuMu
 Ku mohon kekuatan dengan kekuatanMu 
Dan ku mohon keagungan kurniaanMu 

Degup jantungnya bagai gendang dipalu , tiba-tiba deras mengepam darah sehingga naik ke setiap pembuluh urat darah yang berselirat di wajahnya. Sinar mentari pagi yang menembusi tingkap kaca feri dirasakan begitu panas membakar. Bahang tiba-tiba meruap di wajahnya menjadikan kulit putih yang mulus itu menjadi kemerah-merahan. Nafasnya menjadi kencang apabila iris yang polos itu menangkap lirikan matanya ketika dia cuba curi-curi memandang. Sungguh dia tidak berupaya membalas. Setiap kali pandangan mata mereka bertembung, Marianna merasakan rohnya terbang melayang ke angkasa meninggalkan tubuh. Terawang-awang di langit biru.

Ya Allah jika ini baik bagiku, agamaku dan kehidupanku
Juga natijahku selepas ini, 
Maka tetapkanlah, 
Kau mudahkanlah 
Dan berkatilah aku padanya 

Beberapa kali dia mengisarkan punggung, tidak selesa direnung. Tubuhnya rasa teroleng-oleng dibuai  ketika enjin motobot bingit menderu membelah arus sungai. Padahal sungai ini sudah bertahun-tahun ditempuh. Bermudik dengan perahu ke hulu mengikut ayahnya mencari ikan. Kalau tidak pun habis diangkut adik-adiknya bermain sampan. Lahirnya pun di dalam bot feri kecil seperti inilah 26 tahun yang lalu. Terbayang omelan ibunya mengungkit-ungkit masa silam.

“Kau ni tak sabar-sabar hendak sampai ke hospital. Baru saja aku bangun dari bangku, enak-enak sahaja kau meluncur keluar dari pintu rahim. Mujur ayah kau sempat menarik kain batik ibu. Kalau tidak, kepala lembik kau tu sudah terhempas ke lantai bot.” Suara ibunya terngiang-ngiang kedengaran begitu lucu, sehingga dia tidak menyedari senyuman besar merekah di bibirnya.

 Namun rekah senyuman itu kembali mengendur. Debarnya memuncak dan nafasnya menjadi kencang. Rasa sebak yang menggoncang membelah retak pada empangan air mata, saat Marianna terkenang kasih seorang ibu yang tidak bertepi meski anak gadis sulungnya menongkah arus. Meski sekian banyak cacian dan tohmahan yang dilempar ke atas keluarganya. Ibu yang tidak pernah berputus asa cuba menarik kembali anak gadisnya pulang ke pangkuan. Pulang kepada anutan ibubapa dan nenek moyang.

Ya Allah! Seribu dugaan yang berikan padaku. Semata-mata ujian untuk aku kecapi nikmat cinta-Mu. Setelah kutemu jalan ini, kau balikkan hati si penunjuk arah. Membiarkan aku sendirian untuk beberapa lama. Betapa aku telah berdiri benar-benar di pinggir jurang, yang menghalangku dari terjun hanyalah sehelai benang merentang sebagai pagar, menghalang aku dari jatuh. Keluh-kesah Marianna bergelodak di dalam hati.

Ya Allah jika ini buruk bagiku, agamaku serta kehidupanku 
Juga natijahku selepas ini,
Maka jauhkannya dariku, 
juga jauhkan aku darinya, 

“Kau jangan ganggu aku lagi! Antara kita sudah tiada apa-apa hubungan,” Bagai halilintar perkataan yang keluar dari mulut Zainuddin menyambar hati Marianna. Bulat mata Marianna enggan mempercayai butiran yang terbit dari bibir lelaki itu. Terpaku dengan sergah amarah, lidah Marianna kelu.

Melihatkan reaksi Marianna, Zainuddin pula dirundung rasa gelisah dan bersalah. Jelas kelihatan mata gadis itu berkaca-kaca. Namun rasa ego menguasai kelelakiannya, “Hey! Kau jangan cakap yang kau masuk Islam kerana aku. Aku dah pesan berkali-kali bukan? Jadi, tiada alasan untuk kau murtad kembali hanya kerana perpisahan kita.” Kali ini hati Marianna bagai dicantas terus dengan sebilah belati yang disapu dengan racun.

Semudah itu? Semudah dan serendah itu kau letak aku, Zain? Hatinya meraung tidak mampu diucap dengan lidah. Memang laju air matanya mengalir dengan sendu yang ditahan. Hatinya masih berteriak, meraung seolah-olah histeria. Raungan yang menumbuk-numbuk dadanya dari dalam rusuk. Sakit. Terlalu sakit! Lebih sakit dari rasa pedih gastrik yang menggigit dinding perutnya. Lebih seksa dari kelaparan yang ditempuhinya kerana tidak punya wang untuk membeli makanan. Wang yang ada berdikit-dikit digunakan untuk biaya sehari-hari sepanjang pengajiannya di UiTM Shah Alam.  Oleh itu, dia terpaksa melakukan pengorbanan kecil. Mencatu makan sehari sekali. Cukup-cukuplah dia membebankan ibubapanya sedangkan ada 7 lagi mulut untuk disuap di kampung sana. Sedangkan pada umurnya kini sepatutnya dia sudah bekerja membantu keluarga. Tetapi keinginan untuk menyambung pelajaran mengatasi segalagalanya. Keinginan yang kuat dan cita-cita yang tinggi membawanya ke tanah semenanjung.

Penolakan. Perpisahan. Kesempitan. Memaksanya memilih hanya satu jalan. Memohon pada tuhan.

Mujur sahaja ada kumpulan sokongan saudara-saudara baru. Jarang sekali dia berasa keseorangan. Sentiasa membantu. Pertemuan. Perjumpaan. Dan di sinilah dia mengenali istikharah. Bersama-sama teman-teman baru, dia mengecapi manisnya istikharah.

Kerana Engkau berkuasa dan tidak pula aku 
Engkau mengetahui juga tidak aku 
Maha mengetahui yang ghaib 

Hempasan bot yang mendaki ombak membawa Marianna kembali ke alam nyata. Kisah silam yang ditolak ketepi. Kini masa depan duduk di depannya. Sekejap-sekejap dia berjalan ke dek berbual-bual dengan pemandu bot. Kemudian berjalan pula ke ekor bot feri kecil yang cukup untuk memuatkan 20 penumpang menyelusuri Sungai Rejang sejak dua jam yang lalu. Pemuda yang mencintai alam ini benar-benar teruja dengan pengalaman baru. Matanya bersinar-sinat seperti kanak-kanak yang gembira mendapat permainan baru.

Seolah-olah baru semalam mereka bertemu buat pertama kali di garisan penamat sebuah perlumbaan marathon 20km. Pandangan pertama yang tanpa disangka mendatangkan damai di hati tetapi tidak terluah. Bagi Marianna, dia hanya mengadu pada-Nya. Sejak itu Marianna kerap terserempak dengannya dalam semua acara larian yang disertainya.

Teringat sebuah nota kecil yang dikirim kepada Marianna secara misteri bertulis, "Tudung labuh dan baju longgar langsung tidak menjejaskan lariankah? Awak sangat mengkagumkan!" Marianna hanya tertawa kecil.

“Anna, ingat lagi tak apa yang kakak cakap dulu? Allah simpan ganjaran yang terbaik utuk orang-orang yang bersabar. Nah, apa perasaan Anna sekarang?” Kejap genggaman kak Nasuha apabila mengatakan ini. Puas sudah Marianna berkongsi suka duka perjalanan hidupnya dengan temannya yang 5 tahun lebih tua itu. Marianna hanya mengangguk-angguk dengan senyuman yang paling manis.


“Sayang, kita dah sampai!” Sapaan mesra itu mematahkan semua cubaan mindanya untuk mengimbas kenangan lalu. Ketika dia bangkit, pinggangnya dipaut pantas dan ditarik rapat ke tubuh lelaki itu. Merona kemerah-merahan wajahnya menahan malu. “Hei, awak isteri saya lah sekarang. Sama-sama kita berlari hingga ke syurga. Jom... Saya tak sabar nak bertemu dengan mertua saya dan seluruh ahli keluarga awak di rumah panjang.”

Azri, suamiku yang hadirnya menjadi pelengkap dalam kembaraku mencari iman.

Tetapkan aku dengan kebaikan sebagaimana yang sepatutnya 
Kau jadikanku meredhainya…. 



Manisnya sebuah perjuangan

Buku biografi Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary sudah lama aku khatamkan. Baru kali ini aku siapkan entry untuknya. Untuk tatapan anda, aku nukilkan sedikit keistimewaan buku ini supaya dapat aku cungkil buat pembakar semangat kamu.



Keistimewaan buku ini pertama pada penulisnya. Aku jamin keseronokan tersendiri pembacaan buku ini kerana kita dapat lihat pandangan berbeza seorang bukan-melayu menulis kejayaan tokoh yang dikagumi ramai ini. Bahagian prolog sahaja sudah cukup membangkitkan rasa teruja. Si penulis, Premilla Mohanlal melahirkan rasa kagum dengan karakter yang sangat kuat dimiliki oleh beliau. Antaranya:-

 1. Temujanji secara tidak formal di lewat malam hingga awal pagi: beliau tidak mahu mengganggu waktu kerja para ketua pegawai eksekutif dan memulakan temujanji pada jam 10pm. Tada briefcase, sut pejabat dan tali leher. Hanya berpakaian kasual dan temujanji yang santai.

2. Sangat-sangat menghargai buku dan ilmu. Dia bukan sahaja memiliki kekayaan bahkan pengetahuan yang banyak menerusi pembacaannya. Penulis merakamkan bagaimana di hujung temujanji sebelum mereka berpisah, mata Tan Sri Syed Mokhtar bersinar-sinar bagai anak kecil yang mendapat permainan baru ketika menunjukkan buku-buku di dalam perpustakaan di Muzum Seni Islam Malaysia.

3. Semangat patriotik: Walaupun beliau mampu memiliki kereta mewah continental tetapi beliau memilih untuk memandu Proton Perdana.

4. Memetingkan keluarga: Beliau ada pilihan untuk terbang dengan jet mewah persendirian dan terbang ke mana-mana tempat eksotik di dunia untuk melancong. Tetapi beliau melilih untuk memandu ke Alor Setar setiap bulan untuk menemui ibunya.

5. Beliau tidak perlukan pen, kertas mahupun telefon pintar untuk merekod butiran penting. Beliau dikatakan mempunyai kemahiran photographic memori.

Seterusnya isi kandungan buku ini memetik secara terperinci perjalanan hidupnya. Tetapi secara ringkasnya aku dapat kumpulkan bahagian-bahagian menarik adalah:

1. Beliau datang dari keluarga yang susah. Bapanya selalu keluar berdagang meninggalkan keluarga. Dan setiap kali bapanya pulang lewat dari biasa dan ibunya kehabisan wang belanja, mereka terpaksa meminjam beras daripada jiran-jiran. Ketika itu jiran-jiran mereka terdiri dari pelbagai kaum India dan Cina. Namun setiap dari mereka sangat ringan tangan dan tidak raguragu memberikan pertolongan.

2. Sungguhpun datang dari keluarga yang susah, adik-beradik Syed Mokhtar dihantar ke sekolah Inggeris. Ibubapa Syed Mokhtar berusaha memberikan pendidikan terbaik.

3. Syed Mokhtar sangat meminati bidang perniagaan dari kecil. Zaman remajanya dihabiskan dengan membantu bapanya berniaga binatang ternakan seperti lembu dan kambing.

4. Ketika perniagaan bapanya jatuh teruk akibat binatang ternakan dilanda penyakit mulut dan kaki, keluarganya dalam keadaan tersepit. Apatah lagi abang dan kakaknya sedang melanjutkan pelajaran di kolej, Syed Mokhtar terpaksa melakukan pengorbanan besar. Dia terpaksa berhenti sekolah.

5. Ketika inilah Syed Mokthar bergerak solo dalam bidang perniagaan dan mula mengenali dunia luar, Kuala Lumpur dan kehidupan kota. Ada zaman gelap yang diceritakan di sini.

6. Bermula dengan syarikat pengangkutan, beliau berusaha memecahkan monopoli perniagaan beras demi melindungi harga pasaran dan bekerjasama dengan rakan-kongsi cina.

7. Pernah dipaksa melepaskan pegangan saham syarikat apabila rakan kongsinya bertindak menaikkan modal. Berjaya menggagalkan usaha itu atas bantuan kawan-kawannya yang sanggup memajakkan harta kerana percaya pada kekuatan beliau. Berikutan dengan itu, beliau mengambil tindakan drastik bagi mengelak cubaan yang sama di masa hadapan.

8. Beliau membeli saham syarikat-syarikat besar yang bernilai kebangsaan pada pandangannya melalui pihak ketiga. Beliau bertindak di belakang tabir sebelum akhirnya beliau dikenali umum.

9. Pernah kerugian lebih 1.8 bilion ringgit kerana mempertahankan saham-saham bumiputera dalam syarikat-syarikat yang dibelinya.

10. Pertemuan pertamanya dengan Tun Mahathir bertitik-tolak dari tohmahan banyak pihak tentang pemilikan syarikat di Johor yang dikaitkan dengan persahabatannya dengan seorang ahli politik tanahair yang terkenal. Beliau menceritakan detik-detik pertemuan dan reaksi Tun Mahathir ketika itu.

 Banyak lagi kisah menarik ada ditulis di dalam buku ini. Setiap satunya memberikan pengajaran berharga. BIla ditanya tentang persaingan dengan kaum cina, beliau mengatakan ‘bekerjasama dengan mereka lebih menguntungkan daripada menjadi musuh’.

Secara kesimpulannya, anda pasti tidak kecewa bahkan semangat juang Tan Sri Syed Mokhtar bertiup kencang ke dalam sanubari. Antara tokoh yang sangat wajar dicontohi.



Sunday 17 August 2014

Kisah tukang kebun dan kasutnya....


Perjalananku ke tempat kerja hari ini diiringi dengan awan mendung berarak lesu. Walaupun belum ada tanda-tanda hari akan hujan, tetapi kesuraman alam seolah-olah berjangkit pada hatiku. Angin prasangka dan bayu putus asa mula bertiup, berlegar-legar. Apakah bezanya kali ini dengan yang dulu?


Hanya setelah 3 suku perjalanan baru aku sedar, aku belum melakukan kelaziman yang aku amalkan sejak sebulan yang lalu. Kelaziman impak dari hijrahku yang kecil, membasahi bibir dan memberi santapan rohaniku dengan barisan zikir. Supaya masa yang terbuang kerana melayan trafik jem di atas jalan dapat dimanfaatkan. Sesungguhnya aku masih jauh dari mengecapi nikmat yang sebenar. Mujur ada sahabat dan kumpulan teman-teman yang saling ingat-mengingati.Memberi kekuatan agar dapat tiba puncak kejayaan.



Sebaik aku melabuhkan punggung di kerusi empuk di pejabat, bertalu-talu mesej menyerbu masuk ke dalam peti surat di telefon pintarku. Aku menerima pesanan bergambar berikut dari seorang sahabat.


Pesanan yang membuatkan aku berulang-ulang kali bertanya pada diriku sendiri, apakah niat dan matlamatku? Adakah niat suci mulia itu sekadar ucapan di bibir sedangkan hati begitu mendambakan kekayaan? 

Mahukah teman-teman, jika hari ini aku ingin kongsikan sebuah kisah? Sebuah kisah yang tauladannya diharap dapat meluruskan yang bengkok, menjerihkan air yang keruh.

Kisah ini adalah untaian peristiwa seorang murabbi yang alim dan bijaksana meladeni anak-didiknya.

Kisah tukang kebun dan kasutnya...

Disebutkan, seorang guru di mana umurnya lebih setengah abad santai bersiar-siar bersama salah seorang anak asuhannya yang masih muda remaja. Mereka berjalan sambil berbual dan kadang kala diselangi dengan ketawa kecil. Walaupun beza usia antara keduanya sangat ketara, namun mereka kelihatan amat akrab sekali. Istimewa sungguh keikhlasan yang ditunjukkan oleh seorang murabbi.


Sewaktu mereka sedang asyik bersiar-siar, tiba-tiba remaja itu terjumpa dengan sepasang kasut yang sudah buruk, berjahit di sana sini dan hampir remput. Di samping kasut itu, ada juga beberapa barangan lain yang dikenalpasti milik seorang tukang kebun di taman itu.

Remaja itu berpaling ke arah gurunya dengan sinar mata bercahaya seolah-olah terfikirkan sesuatu. Pantas remaja itu mencadangkan, “Bagaimana jika kita usik tukang kebun ini? Kita sembunyikan kasutnya, kemudian kita berlindung di sebalik rimbunan pokok-pokok yang renek itu. Pasti dia akan rasa terkejut , cemas dan mula mencari-cari.” Ujarnya sambil menekup mulut menahan ketawa.

Namun, guru yang bijak itu menyarankan sesuatu, “Wahai anakku. Mahukah kamu jika aku ajarkan cara yang lebih menyeronokkan? Kamu orang senang, bukan? Cuba masukkan beberapa keping duit kertas ke dalam kasutnya. Kita lihat apa yang terjadi?”

Remaja itu terdiam mendengar saranan gurunya, kemudian mengangguk-angguk. Dia terus mengeluarkan beberapa keping duit kertas dari poketnya, dan dimasukkan ke dalam kasut tersebut. Kemudian mereka berdua terus berselindung di sebalik rimbunan pokok-pokok yang renek.

Ianya tidak mengambil masa yang panjang. Muncul seorang lelaki dewasa dalam usia 40-an dengan bajunya yang basah kuyup dengan peluh dan berkaki ayam. Sambil menepuk-nepuk kotoran yang melekat pada pakaiannya, dia berjalan menuju ke tempat barangnya ditinggalkan.

Ketika menyarungkan kakinya ke dalam kasut, lelaki itu tersentak lalu mengangkat kasutnya. Apabila dibelek, dia ternampak sesuatu lalu mengeluarkan kepingan-kepingan duit kertas itu. Mukanya berubah menjadi pucat dan tanpa disedari mulutnya ternganga kerana terlalu terkejut.

Cepat-cepat diambil sebelah lagi kasutnya! Masya’ Allah! Lebih banyak wang yang ditarik keluar. Berulang-ulangkali dia membelek dan memeriksa semua kepingan duit kertas itu seolah-olah tidak percaya.

Kemudian kepalanya pantas berpaling ke kiri dan ke kanan, mencari-cari jika ada orang lain di situ. Masih terkejut, dia mendapati dirinya keseorangan.

Tukang kebun itu memasukkan wang ke dalam sakunya dan terus jatuh melutut. Sambil menadah tangan dan memandang ke langit, lelaki itu menangis. Berteriak dengan suara yang kuat, seolah-olah berbicara terus dengan Allah Ar Razzaq.


“Aku bersyukur kepada-Mu, Ya Allah Ya Tuhanku. Kau yang Maha Mengetahui lagi Maha Mendengar. Isteriku jatuh sakit dan anak-anakku kelaparan. Malahan, mereka belum menjamah apa-apapun hari ini. Engkau telah menyelamatkan aku, isteri dan anak-anakku dari kesusahan ini, Ya Allah!”

Tukang kebun ini terus menangis dan menangis sambil tidak putus-putus memanjatkan rasa syukur atas kurniaan Allah S.W.T yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Remaja ini yang berlindung di sebalik rimbunan pepohon, tidak dapat membendung air matanya dari meleleh. Rasa keharuan betul-betul menyentak kesedaran di dalam dirinya.

Perlahan gurunya itu bersuara, “Nah! Bukankah sekarang kamu lebih bahagia jika dibandingkan keseronokan mempermainkan orang lain. Merasa lucu melihat orang kehilangan barang. Sedangkan orang itu sebenarnya dalam kesusahan yang amat.”

Dengan keinsafan yang membuak-buak di dalam dadanya, pemuda ini menjawab, “Hari ini aku mendapat pelajaran yang paling berharga. Barulah aku faham kalimah yang sering dikatakan orang. Erti hidup pada yang memberi, kerana kamu akan dapat lebih banyak kebahagiaan berbanding apa yang kamu ambil.”

Sambil menepuk-nepuk bahu remaja itu, gurunya menambah, “Nah! Mahukah kamu aku ajarkan bermacam-macam cara pemberian?”

“Ya, saya mahu.”

Guru itu berkata:

ü  Memaafkan kesalahan orang di saat kita mampu membalas dendam, adalah suatu pemberian.

ü  Mendo’akan teman dan saudaramu di belakangnya (tanpa pengetahuannya) adalah suatu pemberian.

ü  Berusaha utk berbaik sangka dan menghilangkan sangka buruk darinya juga satu pemberian.

ü  Menahan diri dari membicarakan aib saudaramu di belakangnya, adalah satu pemberian lagi.

Ini semua adalah pemberian dari Allah, supaya kesempatan memberi tidak hanya dibuat oleh orang-orang berada sahaja.

Kelebihan berharta
Manakala kelebihan orang yang lebih berharta dan berjaya, dapatlah mereka memberi lebih banyak. Sedari awal membina kejayaan, sudah dididik dengan sifat memberi.



Supaya kita dapat lebih berkongsi?

Supaya kita dapat membimbing lebih ramai lagi orang lain untuk berjaya?

Supaya lebih ramai orang yang kaya mulia wujud di muka bumi ini?

Bukankah kita dianjurkan berusaha dan berusaha? Kemudian disusuli pula dengan tawakkal…

Setiap orang ada titik kegagalan. Setiap masa ada saja yang terlanggar dinding. Setiap orang yang berjaya pasti banyak cerita kegagalan untuk dikongsi. Bagaimana jika orang yang berjaya ini berkongsi setiap jejak kejayaan mereka, supaya mudah diikut? Bagaimana jika orang yang berjaya ini menghulurkan tangan untuk sesiapa saja yang ingin menyambut? Siapa yang mahu ikut?







Friday 15 August 2014

Spoiler Medusa?



Setitik hujan yang besar, sebesar syiling sepuluh sen terhempas di atas dada cermin hadapan kereta. Kemudian setitik lagi. Rintik hujan menyusul semakin deras menghempas bertalu-talu. Tidak ubah seperti kata-kata tajam penuh nista yang pernah dilemparkan oleh Sandra kepada Raihana. Desakan soalan yang bertubi-tubi menukar lidah Sandra menjadi belati menoreh hati dan perasaan. Tidak berhenti setakat itu, Sandra menyimbah torehan luka dengan cuka. Jelingan penuh benci di wajah jelita Sandra serta-merta berubah menjadi jelmaan Medusa. Perempuan terkutuk berambut ular dengan dendamnya terhadap kaum adam. 


Alhamdulillah... sifu Az cukup mendorong. Cabaran meladeni kekangan masa untuk menulis aku tempuh jua. Bak kata sifu, redah saja. Tak sangka juga rupa-rupanya banyak penambahbaikan aku dapat buat dengan saranan sifu. Begitulah kata orang. Belajar biar berguru.

Jalan-jalan ke blog penulis, aku temukan tips-tips menarik:
  1.  Kesabaran dan ketabahan
  2. Khayalan dan sifat rasional mesti seimbang
  3. Bagaimana merangka plot, nama-nama watak, lokasi
 Bagi aku peluang untuk menghadami dan mengadun semua tips-tips ini. Perkara yang bagus tentang blogging, aku terpaksa melakukan kajian sebelum menulis artikel di blog. Kemudian, baru boleh dikongsi. 
Amin, semoga dipermudahkan.



 


Set Bersalin terbaik dari Shaklee

Salam dan selamat sejahtera.

Apa khabar semua? Semoga sihat walafiat hendaknya.

Hari ini saya nak kongsikan testimoni pengguna yang telah menggunakan Set Bersalin Shaklee. Menurut Maria produk ini sangat berkesan digunakan. Beliau telah menggunakan Set Bersalin Shaklee ketika beliau mengandungkan anak ke-2 beliau setelah diperkenalkan oleh biras nya, Ainul. Menurut Maria, beliau telah mula mencuba produk tersebut 2 minggu sebelum beliau bersalin.

Maria telah menceritakan pengalaman beliau mengandungkan anak pertama (without Shaklee) dan anak kedua (with Shaklee).

27 MAY 2009 KELAHIRAN PUTERA SULUNG , MUHAMMAD FAREES.





Menurut Maria, beliau bercita-cita tinggi untuk memberikan yang terbaik untuk anak yang bakal dilahirkan. Beliau tidak dapat mengambarkan perasaan beliau ketika mengandungkan putera sulung beliau. Maria telah membeli set pam Medele Freestyle  yang berharga RM1700 sebelum putera beliau lahir lagi. Maria menyangkakan bahawa breastfeeding akan datang secara semulajadi dan berazam untuk fully breastfeed baby sampai 2 tahun. Tetapi apa yang diharapkan tidak semudah itu.


KURANG ILMU PENYUSUAN

Menurut Maria, Farees telah selamat dilahirkan secara normal. Beliau terus mencuba untuk breastfeed Farees sebaik dilahirkan.

Disebabkan itu adalah pengalaman pertama beliau dengan baby,Maria tidak tahu cara yang sesuai untuk menyusukan. Hospital tempat Maria melahirkan pula bukan hospital yang menyokong pemberian susu badan.

Pada hari pertama saja,nurse terus mencadangkan untuk menggunakan susu formula kepada baby apabila Maria tidak dapat menyusukan baby beliau disebabkan susu badan langsung tidak keluar.

Maka makanan pertama yang masuk ke perut baby Farees adalah susu formula disebabkan Maria bersetuju dengan cadangan nurse tersebut ditambah dengan itu merupakan pengamalan beliau yang pertama.

Malang tidak berbau apabila anak beliau mengalami allergy kepada susu lembu dan menyebabkan anak beliau terkena ruam ketika dalam tempoh berpantang.

Disebabkan cara menyusu yang salah,anak beliau susah untuk terus breastfeed apabila telah mula menggunakan botol.

HIGH JAUNDICE LEVEL.

Maria telah membeli produk Set Bersalin A**** sebelum beliau bersalin. Di dalam set tersebut terdapat pelbagai jenis jamu yang perlu dimakan mengikut jadual yang telah ditetapkan. Namun Maria takut untuk makan set tersebut kerana bimbang anaknya akan terkena jaundice. Maria tidak mengambil sebarang supplement selepas dia bersalin.

Pada hari ke-4 selepas Faress langsung tidak minum susu,jaundice level Farees meningkat mendadak dan menyebabkan Farees dimasukkan ke hospital. Mereka telah membuat keputusan untuk menghantar Farees ke hospital kerajaan di Parit Buntar yang berdekatan dengan rumah mereka. Suami Maria pula sedang sibuk dengan perniagaan  ayam. Maria terpaksa menjaga Farees sendirian kerana hospital tidak membenarkan orang lain untuk teman.

Ketika itu Maria kepenatan dan mengalami sakit kepala kerana tidak mendapat tidur yang cukup semenjak dia bersalin dan Farees pula meragam tidak mahu tidur. Duduk di hospital kerajaan menyebabkan Maria terpaksa menguruskan babynya sendiri dalam keadaan die yang belum sembuh dari luka bersalin yang terpaksa turun naik katil untuk membancuh susu bagi anaknya. Pelbagai kesulitan yang Maria hadapi ketika di hospital.

Namun, kesulitan itu berakhir pada hari ke-6 apabila Farees dibenarkan keluar dari hospital. Maria telah belajar tentang ilmu penyusuan melalui Internet. Selepas 3 minggu mengamalkan teknik-teknik penyusuan yang betul, Maria Berjaya memberhentikan susu formula secara berperingkat dan berjaya mengamalkan fully breastfeed kepada Farees sehingga umur Farees 2 tahun.


8 SEPTEMBER 2012 KELAHIRAN PUTERA KEDUA MARIA, MUHAMMAD FATEH




Pengalaman bersalin anak pertama memberi pengajaran kepada Maria untuk mendalami ilmu penyusuan bagi menghadapi pengalaman yang seterusnya. Maria bertekad untuk memberi susu ibu sahaja kepada Fateh tanpa mengambil kira pandangan masyarakat sekeliling.

Maria yakin setiap bayi yang dilahirkan Allah telah sediakan rezeki untuk mereka iaitu susu ibu. Setelah mendengar testimoni dari biras Maria,Ainul yang bersalin 2 bulan lebih awal dari Maria,Maria terbuka hati untuk mencuba produk Shaklee. Maria telah mengamalkan produk tersebut 2 minggu sebelum bersalin.

 LEBIH BERTENAGA

Menurut Maria,dia berasa lebih sihat dan bertenaga sebelum, semasa dan selepas proses kelahiran. Maria juga dapat melalui saat-saat contraction dengan tenang. Maria telah berjaya menyusukan Fateh sebaik sahaja Fateh lahir. Perut bayi yang sebesar guli menyebabkan bayi hanya memerlukan sedikit sahaja susu.

Fateh mengalami kurang tidur pada waktu malam kerana bayi yang baru lahir mudah menghadam susu ibu menyebabkan dia cepat berasa lapar dan perkara ini merupakan perkara normal yang berlaku. Walaupun Maria terpaksa bangun setengah jam sekali untuk breastfeed Fateh, Maria tetap rasa cergas dan tidak mudah penat.

JAUNDICE BABY DALAM KAWALAN.

Jaundice Fateh agak terkawal berkat khasiat susu ibu sepenuhnya. Apabila dibawa untuk pemeriksaan, jaundice masih terkawal dan tidak perlu dimasukkan ke hospital. Hal ini membuatkan Maria merasa lebih gembira,tenang dan tidak stress sepanjang tempoh berpantang. Maria terpaksa keluar bekerja dan berjauhan dengan Fateh selama 12 jam setiap hari 7pagi-7malam ketika dia bekerja sebagai Engineer dahulu. Namun,Maria mampu untuk menyediakan stok susu yang cukup untuk Fateh. Produk Shaklee banyak membantu Maria.

Maria telah mengambil keputusan untuk berhenti kerja sebagai Engineer dan menumpukan perhatian kepada keluarga pada usia Fateh 6bulan (April 2013). Menurut Maria,kini dia telah bergelar Working-At-Home-Mum (WAHM) dan dapat menjalankan business Shaklee secara sepenuh masa dari rumah.

BELAJAR ILMU PENYUSUAN

Maria menggalakkan setiap ibu yang mengandung supaya belajar ilmu breastfeeding sebelum bersalin because ia tidak datang secara semulajadi. Konsep Supplu vs Demand amat penting dalam breastfeeding. Konsep asas Supply and Demand ialah direct feeding ketika bersama baby, kerap pam apabila berjauhan, ibu makan makanan yang berkhasiat dan minum air kosong 3 liter sehari untuk memastikan breastfeeding berjalan lancer.

Vitamin Shaklee bertindak sebagai milk booster dan memenuhi keperluan nutrient agar ibu sebagai Supply dapat menampung Demand dari baby. Hal ini untuk memastikan badan IBU sentiasa sihat dan cergas bagi memudahkan penghasilan susu ibu.

Menurut Maria jika para ibu menghadapi sebarang masalah dalam breastfeeding,mereka perlulah mendapatkan bantuan dan sokongan dari orang yang berpengalaman. Setiap masalah ada jalan penyelesaian.

SET BERSALIN SHAKLEE mempunyai khasiat yang lengkap untuk keperluan ibu dan bayi.


Paparan merupakan Set Bersalin Shaklee yang Maria telah gunakan. Maria telah merasa kebaikan produk ini dan menyarankan ibu-ibu mengandung untuk mencuba produk tersebut supaya bayi dapat merasa manfaat susu ibu sepenuhnya.


Ingin mendapatkan pendapat dan nasihat yang terbaik untuk pemakanan tambahan bagi masalah kesihatan anda. Hubungi saya.

Mohon like dan share artikel ini jika anda berpendapat ianya akan mendatangkan manfaat buat orang-orang yang terdekat.


TERBAIK DARI ALAM, TERBAIK DARI SAINS DAN TEKNOLOGI. PRODUK SHAKLEE YANG DIJAMIN BERKESAN, MENGGUNAKAN SUMBER ALAM SEMULAJADI DAN SELAMAT.

Hubungi kami, Musleha Aidy untuk khidmat nasihat cara pemakanan terbaik dan juga peluang menambah pendapatan.

Hp / Watsapp / Telegram: 019-3887848

Sudah tiba masanya untuk memboikot Shaklee pula?

Assalamualaikum w.b.t.
  
Semoga anda maju jaya dalam perniagaan mahupun pekerjaan dengan  rezeki yang melimpah ruah, diberikan petunjuk yang jelas dan dihindari daripada keraguan.
  
Hari ini sudah hari ke 15 di dalam bulan syawal. Rata-rata masih dilamun suasana raya dengan jamuan rumah terbuka di sana-sini bagi meraikan yang jauh dan dekat. Sambil-sambil tu merapatkan kembali silaturrahim.
  
Biasalah, bila jamuan hidangan macam-macam. Kaya dengan khasiat. Tetapi bila pengambilan melebihi muatan, mulalah terdengar keluhan berat makin naik, kolestrol mula tinggi, bacaan kencing manis bertambah-tambah nombornya. Naik gerun jadinya. Namun begitu, langit mendung pasti berarak. Jika hujan, pasti reda. Alhamdullilah, ramai yang telah berikhtiar dengan Shaklee. Ramai juga yang mengakui keberkesanan produk-produk Shaklee seperti vivix, phytocol, omegaguard, lecithin, alfalfa dan cqhealth. Lebih menggembirakan, banyak testimony yang mengakui mereka tidak lagi bergantung kepada ubat-ubatan. Mereka rasa lebih sihat selepas mengamalkan pengambilan makanan tambahan dari Shaklee.
 
Namun demikian, siapa kata hujan tidak turun di tengahari. Dengan sekian banyak testimony dan pengakuan, masih ada yang mempertikaikan Shaklee. Lagi-lagi apabila produk ini bukan buatan Malaysia. Ada satu masa, isu BOIKOT dikaitkan dengan isu produk Shaklee adalah dari USA. Pendapat mula disebarkan bahawa kita wajib memboikot Shaklee kerana usaha ini dapat menyekat ekonomi USA, negara yang menjadi sahabat karib kepada ISRAEL yang seenak-enaknya membantai GAZA tanpa henti.
 
Baiklah, setelah merujuk kepada Master-Master di dalam Shaklee kita disarankan mengambil petikan dari Aqsa Syarif berkaitan isu BOIKOT. Ini bersandarkan pendapat bahawa Aqsa Syarif adalah satu-satunya NGO yang menyarankan pomboikotan berlandaskan fakta dan disiplin ilmu fiqh beserta bukti yang benar dan jelas.
  
Sila rujuk link ini : dialog Antara Aqsa Syarif dan McD untuk mendapatkan petikan dialog tersebut
  
Pengurusan MCD Malaysia juga bertanya mengapa tidak boikot syarikat Amerika yang lain. Kata Prof Madya Dr Hafidzi, kita boikot bukan atas asas ia syarikat Amerika, bahkan Aqsa Syarif tidak boikot syarikat Yahudi kerana ia milik orang yahudi. Aqsa Syarif boikot mana-mana syarikat yang membantu kewangan Israel- sebuah regim yang zalim-tanpa mengira itu milik umat Islam.
 
Dalam isu boikot juga, kami (Pengedar / SID Shaklee) memilih untuk bersandarkan kepada artikel Ustaz Zahiruddin yang ditulis oleh beliau sendiri. Ini kerana, umum mengakui Ustaz Zahiruddin adalah alim dan arif dalam bab ini. Saya kongsikan di bawah isi-isi penting yang ditulis oleh beliau. PENTING: Apabila kita mahu memutuskan atau meletak hukum ke atas satu-satu perkara, kita MESTI keseluruhan isi. Dari atas ke bawah. Satu persatu. JANGAN baca sikit-sikit, terjah sana sini terus buat kesimpulan. MOHON sangat-sangat. Itu bukanlah caranya.
 
Master Ira & Hafizan ada mengupas secara terperinci berkenaan isu ini. ( Klik sini: BLOG MASTER IRA & HAFIZAN
 
Sebagai rujukan, kita petik sedikit info dari BLOG USTAZ ZAHIRUDDIN BERKAITAN BOIKOT.
 
Syeikh Dr. Yusof Al-Qardawi memberi kenyataan, BOIKOT bertujuan mengenakan tekanan pada peniaga dan pengusaha yang bekerjasama dengan kumpulan penyerang (dari aspek ini kita tujukan pada Negara ISRAEL) agar mereka dapat mendesak pemerintah / kerajaan penindas ini kea rah keamanan. Sekaligus mereka akan mengutuk, membenci tindakan penindasan dan kekejaman (serta rakan seagama) yang dilakukan keatas umat Islam.
 
Kesan dari BOIKOT ini dijangka akan dapat menggugat ekonomi negara ISRAEL sekaligus membantutkan cita-cita mereka untuk meneruskan kekejaman dan serangan terhadap ISLAM.
 
Namun begitu, persoalan yang timbul adalah….  ADAKAH KITA PERLU MEMBOIKOT SEMUA YAHUDI SELURUH DUNIA tanpa mengira samada mereka membantu serangan terhadap umat islam? Secara langsung atau tidak? Dan bukankah akhir-akhir ini kita dengar saranan, BOIKOTLAH DENGAN AKAL…
 
Kita disarankan untuk membezakan antara keutamaan (afdhaliyah) dan hukum. Penjelasan mudah, hukum berurusan dengan mereka sentiasa halal selagi tidak terlibat secara langsung dengan peperangan. Lebih afdhal ialah tidak berurusan ketika Islam sedang hebat dibantai oleh bangsa mereka. Bagi lebih pemahaman, sila rujuk hujah yang diberikan oleh Master Ira & Hafizan. Anda dinasihatkan untuk perhalusi isinya sehingga akhir. Berikut adalah perkara yang perlu dilihat:-
 
Selagi transaksi yang dibuat menurut syarat jual beli dalam Islam, maka hukum asal berurusniaga dengan non-muslim (Yahudi dan semua syarikatnya) adalah HALAL

Kewujudan syarikat-syarikat ini di negara Yahudi dan MoU perniagaannya di negara Yahudi tidak boleh dianggap sebagai membantu kerja keganasan Yahudi. Justeru, sebarang pembuktian seperti ini tidak kuat untuk mensabitkan bantuan 'secara terus' kepada kerja jahat Yahudi atau lain

Hukum asal ini hanya akan bertukar kepada haram berurusniaga atau wajib memboikot mereka jika :-

  • Pemerintah Islam tertinggi iaitu Khalifah bagi seluruh dunia Islam mengarahkan boikot demi mencapai maslahat tertentu untuk Islam. Ia adalah kerana Allah SWT memerintahkan umat Islam agar mentaati pemerintah dalam hal ehwal yang tidak bercanggah dengan Islam. Peirntah ini tercatat di dalam Al-Quran.
  • HARAM berurus niaga atau WAJIB memboikot apabila syarikat tersebut membuat dan menghebahkan kenyataan rasmi mengesahkan mereka telah/akan memperuntukkan sebahagian keuntungan mereka bagi menyokong serangan Yahudi-Zionis ke atas Negara umat Islam.
Malangnya di ketika ini tiada seorang khalifah yang bertanggung jawab bagi seluruh umat islam, jadi  sukar untuk menggunakan peruntukan kewajiban ini. Sekadar fatwa ulama besar seperti Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi masih tidak mampu menjadikan hukum boikot sebagai wajib buat setiap individu umat Islam. Ia masih berada dalam lingkungan 'afdhal' atau 'elok' sahaja dan tidak wajib untuk boikot dan tidak haram untuk terus berurusniaga
.
  
JIKA TIADA KHALIFAH ISLAM, BAGAIMANA?
 
Pada ketika Khalifah teringgi Islam sedunia itu tiada, menurut Prof. Dr Syeikh Muhammad 'Uqlah El-Ibrahim (Prof Fiqh di Jordan), tugas 'ulil amri' itu jatuh kepada kerajaan umat Islam di negara masing-masing. Oleh yang demikian, wakil urusan tersebut di Malaysia adalah Sultan, Perdana Menteri atau JAKIM. Sekiranya pihak-pihak ini mengeluarkan kenyataan rasmi atas keperluan memboikot, maka WAJIB ke atas setiap umat islam di Malaysia untuk menyahut seruan BOIKOT ini. Tanpa arahan / kenyataan rasmi ini, Master Ira & Hafizan menerangkan, adalah sukar didapati sebarang nas yang khusus lagi tepat cara pendalilannya bagi menjatuhkan hukuman wajib ke atas setiap umat Islam secara individu.
 
Oleh yang demikian, tanpa arahan rasmi dari pucuk pimpinan sesebuah kerajaan umat Islam, maka tindakan BOIKOT digolongkan sebagai tindakan ‘yang digalakkan’. Sesiapa yang melakukannya dengan niat yang betul akan mendapat pahala. Berniatlah untuk mengutamakan peniaga Islam dan barangan buatan umat Islam, dalam masa yang sama ‘mendenda’syarikat milik Yahudi-Zionis.
 
Banyak kali juga dinyatakan, bahawa makan di KFC, Pizza Hut, McDonald dan membeli barangan harian dari kedai dan pasaraya milk non-muslim dari sudut hokum TIDAK HARAM selagi mana ianya mempunyai pengiktirafan dari JAKIM dengan sijil ‘HALAL’ yang belum tamat tempoh.
 
HARAM berurus niaga atau WAJIB memboikot apabila...
 
Syarikat tersebut membuat dan menghebahkan kenyataan rasmi mengesahkan mereka telah/akan memperuntukkan sebahagian keuntungan mereka bagi menyokong serangan Yahudi-Zionis ke atas Negara umat Islam
 
Kenyataan yang dihebahkan itu pula bukan khabar-khabar angin, mesti JELAS dan HITAM PUTIH. Jika sahih, maka ia termasuk dalam hukum menjual senjata kepada tentera musuh yang menyerang Islam seperti yang disebut oleh Imam An-Nawawi di dalam kitan al-Majmu sebagai HARAM secara sepakat ulama.
 
Kesimpulan umum di bawah disalin 100% dari BLOG USTAZ ZAHIRUDDIN BERKAITAN BOIKOT  :

Harus jual beli, guna khidmat dan makan di McDonald, KFC, TESCO, JUSCO, MAXIS, INTEL dan lain-lain produk walauapun berasal dari Yahudi atau Non-Muslim selagi mana : -

a) produk mereka disahkan bersih dan halal oleh JAKIM ( jika di Malaysia)  serta tempoh lesen masih hidup,
b) cara transaksi dan urusniaga yang dibuat adalah bertepatan dengan Islam,
c) tiada sebarang perintah oleh kerajaan yang berwajib untuk memboikot mereka bagi mencapai sesuatu maslahat kebaikan untuk Islam,
d) tiada sebarang bukti secara bertulis dan penghebahan rasmi syarikat bahawa mereka membantu dan menyumbang khas kepada serangan ke atas Islam, yang mana ia dibuat atas nama syarikat dan bukan salah seorang individu dalam syarikat sahaja.

Walaubagaimanapun, mendapat pahala bagi sesiapa yang melakukan boikot terhadap mana-mana barangan atau syarikat didasari oleh keyakinannya terhadap hasil kajiannya sendiri yang mendapati penglibatan yang tidak sihat tadi itu ada pada syarikat atau mana-mana pengeluar barangan. Tatkala itu, boikot adalah wajib ke atas dirinya sahaja dan digalakkan bagi sesiapa yang yakin dengan info yang dikeluarkannya.
 
 Kupasan Khas untuk SHAKLEE pula berdasarkan kesimpulan umum di atas;
a) Shaklee memiliki sijil halal dan lessen yang SAH dari ISA (Islamic Service Of America). Pertubuhan Islam di Amerika yang memberikan pengiktirafan dan sijil halal untuk produk dari USA.

b) Shaklee patuh pada syariah. Penerangan lanjut sila klik: Adakah Shaklee Patuh Syariah?
c) Tiada arahan / kenyataan berkaitan yang rasmi dari kerajaan untuk memboikot Shaklee
d) Shaklee telah mengeluarkan kenyataan penafian dan tiada kaitan dengan ISRAEL
 
Penerangan di atas menunjukkan Shaklee memenuhi ketiga-tiga kesimpulan umum yang dinyatakan di atas. Jadi Shaklee tidak perlu diboikot.

Tiba-tiba sehari dua ini isu BOIKOT SHAKLEE menjadi viral gara-gara persoalan yang dilontarkan kembali oleh Ustaz Zaharuddin di dinding facebook beliau.


Sudah sampai masakah untuk memBOIKOT SHAKLEE? Atau TIADA KAITAN antara keduanya?


Tiba-tiba sehari dua ini isu BOIKOT SHAKLEE menjadi viral gara-gara persoalan yang dilontarkan kembali oleh Ustaz Zaharuddin di dinding facebook beliau

Bagi mengelakkan salah faham berterusan, Master Hafizan bertindak menghubungi Ustaz Zaharuddin. Berikut adalah komunikasi mereka.
 
Perhatikan dan baca respon dari Ustaz Zahiruddin.
 
 
Daripada maklum balas Ustaz Zahiruddin, sebenarnya beliau berniat lain tetapi lain pula yang difahami oleh khalayak. Ustaz tidak menyatakan di mana-mana bahawa Shaklee mesti diboikot, namun warga internet mentafsir yang sebaliknya. Menyedari salah faham ini, Ustaz akhirnya mengedit post itu bagi mengelakkan kekeliruan dan mencetuskan kontroversi.
 
Status Ustaz Zaharudin #2
Dari sini kita dapat lihat bagaimana pembaca memberikan lebih banyak komen-komen yang lebih pedas. Komen yang berlandaskan emosi tanpa fakta ilmu. Kebanyakkannya memutuskan tanpa merujuk kembali petikan tulisan Ustaz Zahirudin sendiri seperti di bahagian atas post.
 
Status Ustaz Zaharudin #3

 
Fahami ayat terakhir dalam status ini…. "Maksud status ini, masing-masing buatlah kajian lanjut dan kemudian bolehlah menentukan sikap yang paling tepat"

 
JAUH SEKALI dengan kefahaman kebanyakan warga internet yang memberikan komen pada posting Ustaz Zahiruddin di dinding facebooknya.. iaitu BOIKOT SHAKLEE.

 
Oleh itu, setiap orang berhak memilih. Malahan adab menyatakan sesuatu itu juga perlu dijaga dengan teliti. Keputusan BOIKOT kita mestilah bersandarkan disiplim ilmu fiqh yang betul dalam memutuskan sesuatu sepertimana tulisan Ustaz Zahiruddin sendiri pada tahun 2007 yang saya telah kongsikan di atas. Jika ingin membaca lagi, klik sini: BLOG USTAZ ZAHARUDDIN BERKAITAN BOIKOT


Kami SID diberi peringatan supaya sentiasa memelihara adab perbincangan, kawal emosi dan berhujah dengan ilmu dan fakta yang betul. Lebih-lebih lagi dengan seorang yang arif dalam bidangnya seperti ustaz. INGAT! Akhlak kita akan menjadi SIMBOLIK sebagai seorang muslim terutamanya.
Jika ada rasa tersinggung (warga Shaklee terutamanya) dengan cara teman dan sahabat handai memberikan komen di facebook atau pun blog, nilai dan pandang-pandang dari sudut yang positif. Kita masih ada MASTER-MASTER di dalam family SID yang akan berusaha mencari penyelesaian. Orang putih kata, one step at a time. Lebih-lebih lagi apabila langkah penyelesaian ini diambil bersama-sama Shaklee Corporation.

Mohon kefahaman dan pengertian semua. Tujuan artikel ini ditulis bukanlah mahu mempertahan siapa yang salah dan siapa yang betul. Tetapi kami ingin menjelaskan pendirian kami sebagai Shaklee Independent Distributor. Sekaligus menerangkan situasi sebenar daripada isu yang berlaku. Ini sangat PENTING bagi menghindari salah faham mahupun dakwaan tidak berasas yang berleluasa di kalangan komuniti pengguna.
 
Mohon like dan share artikel ini jika anda berpendapat ianya akan mendatangkan manfaat buat orang-orang yang terdekat.
Hp / Watsapp / Telegram: 019-3887848

 

CONTACT ME

MUSLEHA :: 019-3887848
Your trusted supplement distributor

'Passionate about wellness, your success is my business'

Sample Text

Maju terus...

Sample Text

 
Blogger Templates