Semoga para pembaca dilimpahi rahmat dan dibukakan pintu rezeki serta kebahagiaan dunia akhirat.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEikvqdLvc0kkPhXqQ-gyJvVHFw49jIIEdu1KNKVv0xh7K-fedikFQJHnx_nuRI0IPRuYMCXP6mKbfW9OR_5PoZFnAGE5F4hETq3zhqJ8vzlxHz6jwWRP7K_wGfN8q-spC9LaLqilK6ZH7U/s320/IMG_20140830_123303.jpg)
Ceria berposing sambil menikmati juadah
Tidak seperti majlis seumpamanya kemeriahan berhimpun begini lebih bermakna jika diraikan dengan anak-anak.
Sambil makan-makan, anak-anak dihiburkan dengan kehadiran badut. Ha... Meriah jadinya...
Program yang diatur dengan tersusun, diberi pengisian dengan ucapan para Master. Masing-masing berkongsi tips dan pengalaman dalam mencapai kejayaan.
Master Maria & Firdaus berkongsi tips berguna untuk menaikkan jualan dan juga peniup semangat.
Rindu awak 200%.... Hehehe.... Untuk lelaki budiman yang sentiasa menyokong isterinya.
Sempat mengambil kesempatan bergambar dengan Master. Ambil berkat. Sambil-sambil tu kena juga sebakul dua nasihat. Hahaha... Lapangkan dada demi mencapai Daniswara.
Untuk pengetahuan anda pembaca, inilah pertama kali kami bersua dan berkumpul. Selama ini kami aktif berinteraksi di telegram samada menuntut ilmu mahupun direct coaching. Tidak perlu hadir kelas malam dan by pulang lewat. Zaman digital dimanfaatkan sepenuhnya. Sebab itulah walaupun baru kenal tapi dah rasa macam keluarga.
Haaa... Ni mak didik aku. Jangan tak percaya. Muda belia tapi isi penuh di dada.
Ni mak bapak, aku ikut bapak darah jawa genetik daging banyak. Muahaha..
Ok. Yang ni adalah sebahagian kecil pasukan kami - Nadia Musa. Cucu2 Master Maria Firdaus.
Sebahagian dari keluarga besar Empayar Maria Firdaus.
Sedap kek tu. Muahaha.....
Satu lagi berita penting yang ingin dikongsi, kutipan untuk #SupportGaza pada hari itu berjaya mengumpulkan dana sebanyak RM15K. Alhamdulillah... Semoga manfaat ini dapat membantu kemenangan Palestin. Amin ya rabbal alamin.
Wahhh sedapnya kek ..... tengok saja ka tak potong? he he he
ReplyDeletemana boleh tak potong! Makan siap kena jeling ngan master lagi. Pandangan mata yang berkata, 'sila lari 4 pusingan untuk buang kalori tu balik ye.. 'hahahahah
Delete