Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Pages

Tuesday 9 September 2014

Tekanan kerja penyebab insomnia (susah tidur)

Assalamualaikum para pembaca budiman,

Semoga lorong-lorong rezeki terus dilapangkan untuk memudahkan anda menikmati dan berkongsi pemberian Allah SWT bersama-sama mereka yang berhak.

Pernah tak anda terbaring lama di atas katil sambil mata terkebil-kebil?

Puas tukar posisi baring siap peluk bantal busuk. Kejap-kejap tengok jam loceng kat atas meja kecil di sisi katil. Cuba pulak bayangkan kambing biri-biri melompat pagar sambil mengira … satu, dua, tiga… Pergghhh… mata tak mahu pulak terlelap. Kalau duduk kawasan perumahan, mulalah dengar anjing melolong kat luar.

Tengok semula jam loceng kat sebelah, berkeletik jarum saat tu bergerak satu-satu. Ishhhh…. Esok nak kerja. Ada pula yang tersengguk-sengguk depan laptop ni karangggg…..

Masalah insomnia ini terdetik apabila teman sepejabat (Zuhdi) duk merungut tentang masalah sukar tidur dalam group whatsapp. Rupa-rupanya si Zuhdi telah lama menghadapi masalah susah tidur sejak beberapa lama. Atau lebih spesifik, sejak beliau mula bertukar kerja 2 tahun lepas. Zuhdi selalu terjaga awal pagi dan rasa mengantuk sepanjang hari bekerja. Bagi menghalang rasa mengantuk, Zuhdi terpaksa minum kopi setiap hari. Malangnya secawan kopi tidak cukup kuat untuk melawan rasa mengantuk itu. Tetapi Zuhdi tidak dapat mengambil lebih dari secawan kopi kerana pengambilan yang berlebihan akan menyebabkan masalah lain padanya iaitu gastrik.

Masalah insomnia ini dikaitkan dengan paras ‘melatonin’ yang bertindak sebagai agen semulajadi di dalam tubuh kita dalam mengawal penuaan dan juga ‘body clock’. Jika paras ini menurunkan, kita boleh merujuk kepada doktor untuk preskripsi ubat bagi meningkatkan kembali paras melatonin ini.

Perasan tak, bila usia makin meningkat kawan-kawan kita ramai yang berkongsi masalah kesihatan termasuk susah tidur. Padahal masa kita belia muda remaja, ada yang tidur santak sampai tengahari kalau tiada orang kejut, alamat sampai ke petang. Dulu kita dok dengar sahaja orang-orang dewasa bercerita, sekarang kita pun mengalaminya.

Berbalik pada kisah si Zuhdi, beliau merupakan seorang pakar IT dan pengguna tegar computer, tablet, laptop dan segala macam gajet. Baru-baru ini ada kajian menyatakan pendedahan berterusan pada paras radiasi yang terhasil menerusi gajet-gajet ini akan merendahkan kadar pengeluaran melatonin dalam tubuh kita. Bukan itu sahaja, beban kerja yang bertambah dan setiap hari terpaksa melayan kerenah pengguna-pengguna IT menyumbang kepada tekanan kerja. Berkemungkinan besar faktor-faktor ini menyebabkan insomnia yang dihidapinya.

Masalah si Zuhdi ni buat saya ingin mengetahui lebih banyak tentang masalah insomnia. Tahu tak? Rupa-rupanya pengidap insomnia akan mengalami satu atau lebih dari simptom-simptom ini:-

·         Susah terlelap

·         Selalu terjaga di waktu malam dan sukar kembali tidur

·         Terjaga terlalu awal

·         Berasa sangat letih ketika bangun pagi



Punca-punca berlakunya insomnia termasuk:-

·         Tekanan hidup (kehilangan pekerjaan, kematian orang terdekat, penceraian dan banyk kes dicatatkan insomnia berlaku apabila seseorang berpindah rumah)

·         Penyakit

·         Emosi

·         Tubuh rasa sangat tidak selesa

·         Faktor persekitaran (bising, cahaya lampu yang sangat terang, suhu melampau sejuk/panas) yang mengganggu polar tidur.

·         Pengambilan ubat-ubatan (seperti ubat selsema, allergik, tekanan mental, tekanan darah tinggi dan asma)

·         Gangguan jadual tidur yang normal (jet lag atau pertukaran shift bekerja malam ke siang)

Dari aspek perubatan, insomnia terbahagi pada 2 jenis:-

Insomnia Primer : seseorang yang menghadapi masalah sukar tidur yang tidak berkaitan secara langsung dengan kondisi atay masalah kesihatan yang lain

Insomia sekunder: seseorang yang menghadapi masalah sukar tidur kerana masalah kesihatan (contohnya seperti tekanan perasaan, arthitis, kanser atau pedih hulu hati) ataupun disebabkan kondisi yang lain seperti kesakitan, ubat-ubatan yang diambil ataupun pengambilan alkohol.

Insomnia Akut vs. Insomnia Kronik

Masalah insomnia adalah pelbagai bergantung pada berapa lama ianya berlarutan dan sekerap mana ianya berulang. Boleh jadi ianya hanya untuk satu jangka masa yang pendek (Insomnia Akut) ataupun berpanjangan (Insomnia Kronik).

Insomnia Akut boleh terjadi untuk jangkamasa 1 malam hingga ke beberapa minggu.

Namun begitu, apabila seseorang mengalami masalah sukar tidur sekurang-kurangnya 3 malam dalam seminggu bagi tempoh sebulan atau lebih maka ia dipanggil Insomnia Kronik.

Punca-punca berlakunya Insomnia Kronik termasuk:-

·         Tekanan perasaan dan kegelisahan

·         Kesakitan atau rasa tidak selesa di waktu malam

Ciri-ciri pengidap insomnia:-

·         Mengantuk di siang hari

·         Keletihan

·         Masalah untuk fokus atau mengingati sesuatu (pelupa)

·         Cepat melenting/marah. Sangat sensitif.



Diagnosing Insomnia

Jika anda fikir anda menghidapi insomnia, berjumpalah dengan pakar kesihatan. Penilaian yang dibuat biasanya melibatkan pemeriksaan fizikal, sejarah kesihatan dan juga sejarah tidur. Anda mungkin diminta menyimpan diari untuk seminggu dua bagi mengesan corak tidur anda dan apa yang anda rasa di waktu siang.

Pakar kesihatan biasanya mahu bertemu dengan pasangan anda bagi mendapatkan maklumat berkaitan kuantiti dan kualiti tidur anda. Dalam kes-kes tertentu, ada pengidap yang dirujuk ke unit rawatan tidur bagi menjalani beberapa ujian khas.

Rawatan insomnia

Insomnia Akut biasanya tidak memerlukan rawatan. Ianya boleh dicegah atau dirawat dengan mengamalkan tabiat tidur yang baik.

Namun begitu, jika insomnia yang anda alami mula menyebabkan anda sukar menjalani hidup di waktu siang kerana terlalu mengantuk atau penat, doktor mungkin akan memberikan perskripsi ubat tidur untuk jangka masa yang ditetapkan.

AMARAN:

1.       Elakkan dari bergantung kepada pengambilan pil tidur untuk jangka masa panjang

2.       Jangan ambil ubat tidur dari kaunter farmasi. Dapatkan nasihat pakar terlebih dahulu

Nota:  Jika amaran ini tidak diendahkan, anda mungkin berdepan kesan sampingan yang tidak diingini dan pil-pil ini akan hilang keberkesanan ke atas individu pada masa-masa tertentu. Pengambilan ubat-ubatan yang memberikan kesan yang cepat, pada masa yang singkat boleh membantu anda mengelakkan kesan sampingan seperti mengantuk pada hari berikutnya.

Rawatan untuk insomnia kronik termasuklah terlebih dahulu merawat masalah kesihatan atau situasi yang menyebabkan insomnia. Jika ianya masih berterusan, pakar kesihatan biasanya akan mencadangkan terapi ‘behavioral’. Terapi ini akan fokus pada perubahan tingkahlaku yang menyebabkan masalah insomnia anda semakin parah. Di samping itu, pesakit akan diminta mempelajari tabiat-tabiat baru yang mendorong seseorang supaya dapat tidur. Pendekatan dan teknik seperti latihan ‘relexation’, terapi dan ‘reconditioning’ mungkin berguna.



Pilihan lain adalah pengambilan supplement semulajadi yang membantu memperbaiki sistem tubuh dengan cara selamat dan berkesan.

Supplement yang diambil pula mestilah berupaya untuk memberikan manfaat berikut: 
1) memberikan kesan ketenangan dengan merehatkan otot dan saraf
2) mengurangkan stress dan kegelisahan
3) mengelak despressi (melancholia)
4) meningkatkan tenaga

Diharap informasi ini berguna untuk anda. Sila kongsikan untuk manfaat ramai. 

Oleh itu, saya mencadangkan pengambilan supplement berikut:-


  • ESP
  • OSTEMATRIX
  • B-COMPLEX
  • VITA-C
  • OMEGA GUARD
Khidmat nasihat percuma dan jadual pemakanan akan diberi.

Hubungi saya untuk harga istimewa. 


Mohon SHARE jika posting ini dapat memberi manfaat kepada orang yang dekat dengan diri anda. Mudah-mudahan Allah berikan kita pahala agar dapat kita berkongsi saham untuk pencen kubur.
 
Selamat maju jaya, untuk kau dan aku....
 
#komiteddemikesejahteraanbersama
 
~Passionate about wellness, your success is my business
~whatsapp me @ 019-3887848




No comments:

Post a Comment

 

CONTACT ME

MUSLEHA :: 019-3887848
Your trusted supplement distributor

'Passionate about wellness, your success is my business'

Sample Text

Maju terus...

Sample Text

 
Blogger Templates