Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Pages

Tuesday 23 September 2014

Solat Dhuha untuk wali-wali Allah sahaja?

Ya Allah! Jauhkan aku daripada sifat riak dan ujub. Niat aku berkongsi adalah supaya sesiapapun yang ada masalah yang sama, akan beroleh kesedaran yang aku dapat.

Alhamdulillah! Syukur yang amat. Nikmat yang orang lain selama ini duk kongsikan kini saya alami sendiri. Saya tak sangka mudah sangat solat sunat dhuha. Yang paling indah bila saya amalkan solat sunat ini, automatik solat wajib jadi mandatori. Sehinggakan jika saya tidak solat fardhu awal waktu, rasa bersalah akan mengejar sehinggalah saya bayar hutang tersebut. Apatah lagi jika terkantoi, memang rasa terhambat sampai saya berjaya qadak.


Dulu-dulu, sempitnya fikiran:
Beratnya saya nak mengaku, seumpama membuka pekung di dada tetapi saya rasa terpanggil hendak berkongsi. Niat saya supaya insan-insan yang senasib dapat faham kesedaran yang saya perolehi sekarang.

Dulu, saya pandang orang yang solat dhuha ni mcm wali. Hanya orang yang betul2 soleh saja yang mampu buat solat dhuha. Beberapa orang yang saya kenal di tempat kerja yang sgt istiqamah dlm ibadat memang warak. Siap dgn amalan puasa sunat Isnin Khamis. Ishhh... Jauh sangat kalau hendak dibandingkan dengan saya. Saya tak pernah nampak pulak rakan2 perempuan lain ada solat sunat dhuha ni. Jadi saya beranggapan lelaki saja yg rajin / sesuai solat sunat.

Kadang2 saya terdengar juga perbualan teman2 sekerja ni. Ada teguran dari pihak pengurusan tentang masa menunaikan solat sunat dhuha. Mengganggu waktu kerja. Hmmm.. Cepatlah saya buat anggapan, solat sunat tapi curi waktu kerja mana datang berkat? Lagilah jauh keinginan nk buat solat dhuha ni.

Besar kan pulau alasan saya?

Jujurnya, rasa kesal bila tergolong dalam orang2 yang lalai dan mengambil ringan solat fardhu tanpa rasa bersalah pun. Buat mana sempat. Lagi-lagi tuntutan waktu kerja yang sangat padat. Sejak 3 tahun yang lalu, setiap minggu saya dikehendaki bertugas luar daerah. Keluar rumah seawal jam 4 atau 5pagi, memandu sendirian melalui lebuhraya Bentong-Karak menempuh 4 jam perjalanan ke Pekan, Pahang. Sampai di Pekan, waktu kerja santak sampai ke lewat malam. Ada masa-masanya saya terpaksa bekerja 24jam. Belum lagi berdepan dengan kerenah operasi yang mahukan semua isu-isu berkaitan dengan sistem cepat diselesaikan. Tekanan, keletihan, kelesuan bersarang dalam tubuh dan kepala saya.

Kemudian pada hari Jumaat, saya bertolak balik ke Shah Alam dan tiba di rumah lewat malam. Dan rutin ini berulang pada minggu seterusnya.

Kesimpulannya? Hanya orang warak dan tinggi iman seperti wali sahaja mampu buat solat sunat secara istiqamah. Lagipun badan terasa penat sangat. Tak de masa. Kerja banyak. Sibuk sangat. Hmmmm.... Semuanya ini saya jadikan alasan.

Cahaya di hujung terowong:
Titik perubahan saya bermula apabila saya menyertai tim bisnes MFMS {The Most Happening Team in Malaysia}

Dalam pada menempuh segala badai di alam pekerjaan dan juga kehidupan, saya terdorong…. Terdorong? Sekejap, perkataan yang lebih tepat lagi ialah TERDESAK. Saya betul-betul TERDESAK untuk mengubah kehidupan ke arah yang lebih baik. Lebih cemerlang. Disebabkan itu, saya tercari-cari jalan keluar. Saya berdoa keras di dalam hati supaya diletakkan di landasan yang betul.

PERTAMA, saya mohon supaya diberikan pilihan kerjaya yang lebih baik.

KEDUA, saya mohon supaya didekatkan dengan tuhan dan kekal istiqamah.



Alhamdulillah, tiba-tiba saya ditemukan dengan tim MFMS ini secara tidak sengaja melalui sebuah e-book percuma.


Ebook; kisah motivasi. download di sini

Percaya atau tidak, tugasan pertama yang diberikan ketika menyertai pasukan ini adalah MASTER CHECKLIST.

Berkali-kali kami diingatkan, tak percaya tak apa. BUAT AJE! Ini adalah perkara-perkara yang dilakukan secara berterusan oleh usahawan & jutawan yang berjaya.

Mula-mula memang terasa susah. Tetapi entah atas dorongan yang mana satu, saya teruskan juga sehinggalah ibadat ini terasa ringan. Saya sedar, mengadu pada manusia tidak akan mengubah apa-apa. Jalan terbaik adalah mengadu pada Dia. Ketika itulah saya gunakan Solat Dhuha dan doa selepas sembahyang fardhu. Saya serah bulat-bulat pada Dia.

Hasilnya …. hanya tuhan sahaja yang menjadi saksi. Satu persatu kebaikan dan rezeki datang walaupun tidak semuanya dalam bentuk material.

Saya dapat lihat sendiri hasil perkongsian teman-teman dalam tim bisnes MFMS ini, mereka beroleh apa yang mereka hajatkan. Setiap masa kami saling ingat-mengingat, diberikan panduan dan bimbingan. Diekori rapat oleh MENTOR yang memang telah terbukti kejayaan. Satu demi satu ahli pasukan kami yang patuh (benar-benar buat apa yang disuruh) mendapat pulangan. Setiap masa kami berkongsi titik kejayaan.




Penting adanya MENTOR, supaya kami tidak langgar dinding setiap waktu. Buat bisnes dengan betul. Apabila kami gagal, MENTOR akan pandu kami kembali. Sahabat-sahabat dalam tim bisnes ini semuanya tidak lokek berkongsi ilmu.

EMPAT pesanan yang diberikan oleh MENTOR kami (ketika pertama kali saya mendengar, saya rasa sangat terkejut) ialah:

PERTAMA: JANGAN MENJUAL

KEDUA: JANGAN MENJUAL

KETIGA: JANGAN MENJUAL

……..

…..


Pelik? Macam mana nak berbisnes kalau tidak menjual? Kemudian, barulah saya faham…

Memang bukan senang jadi MENTOR kalau terpaksa ulang dan ulang sehingga anak-anak didiknya faham.

Ada lagi perkongsian lain yang ingin saya berikan. Perubahan-perubahan positif yang saya capai.

Tetapi cukuplah dulu buat masa ini, saya doakan dulu supaya anda beroleh kesedaran yang sama tidak kiralah apa bidang pun yang anda ceburi.

“SEMOGA ANDA KAYA DAN BERJAYA”




#N3M
#MFMSTheMostHappeningTeamInMalaysia





Musleha Aidy
Hp/sms/watsapp/telegram: 019-3887848


No comments:

Post a Comment

 

CONTACT ME

MUSLEHA :: 019-3887848
Your trusted supplement distributor

'Passionate about wellness, your success is my business'

Sample Text

Maju terus...

Sample Text

 
Blogger Templates