Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Pages

Friday 12 September 2014

Kisah pencen kubur

Assalamualaikum wbt...

Sebuah kisah dikongsi buat peringatan untuk diri saya dan juga sahabat yang ingin mengambil iktibar..



Ayuh klik dan kongsikan di dinding facebook anda.

Seorang anak yang telah kematian ibu dan ayahnya di dalam kemalangan jalanraya sejak beberapa hari yang lalu, tiba-tiba telah didatangi mimpi.

Di dalam mimpinya, datang ayahandanya dalam pakaian putih bersih, wajah yang bercahaya dengan rekah senyuman yang tenang dan ceria. Di samping ayahnya, bondanya turut hadir dengan senyuman manis di sisi.

Kesedihan atas kehilangan ibubapanya masih berbekas lalu menangislah si anak dalam kerinduan yang menghimpit dada. Dalam sesak nafas dan esak tangis, anaknya berkata, “ Ya Allah! Wajah ayah sungguh berseri-seri. Saya sangat rindukan ibu dan ayah!.”

Ayah: "La Tahzan anakku. Sesungguhnya ayah baik-baik saja di sini. Jangan risau. Teruskan hidupmu dengan tabah. Jadilah anak yang soleh, kerana solehmu itulah yang meringankan dan membantu kami di alam barzakh."



Anak: "Insya-Allah, ayah. Ayah, bagaimana ayah nampak ceria sekali? Bukankah alam barzakh itu begitu seram dan menakutkan?"



Ayah: "Iya nak. Alam kubur sangat mengerikan. Namun, amal jariah yang banyak memberi kemudahan pada ayah di sini. Berkat menjadi guru dan ilmu yang bermanfaat yang ayah ajar di sekolah pada anak-anak murid, itulah yang membantu ayah berdepan dengan alam barzakh."

Anak: "Ayah, itu sahajakah?"

Ayah: "Tentulah tidak, anakku. Semua ini juga kerana jasa ibumu."

Anak: "Jasa ibu? Apakah jasa ibu, ayah?”

Ayah: "Ada dua jasa besar ibu yang ayah tak pernah ceritakan pada anak-anak sebelum dan selama ni."

Anak: "Apa dia?"

Ayah: "Pertama, ibumu mu taat cakap ayah tidak pernah membantah atau meninggi suara. Ibumu juga sangat setia, tidak suka bercakap dengan lelaki lain walaupun ayah tidak kongkong ibu begitu. Jika ibumu mahu bercakap, terlebih dahulu ibu akan minta izin dengan ayah. Ibumu menahan diri dari bergaul rapat dengan jiran-jiran jika tiada urusan penting bagi menghindari umpat keji. Ibu juga menjaga harta ayah dan tidak guna sewenangnya kecuali untuk keluarga semata-mata. Dan ibumu tidak pernah meminta sesuatu yang tak mampu ayah tunaikan seperti cincin emas dan permata."

Anak: "Alhamdulillah. Apa yang kedua, ayah?"

Ayah: "Yang kedua adalah aurat. Hatta ipar sendiri tidak pernah melihat aurat ibumu. Ibumu tidak berpurdah, namun pandai menjaga aurat. Bagi ayah, ibumu bukan wanita yang sempurna segala sudut, namun melengkapi hidup ayah. Ibumu menutupi kekurangan ayah dengan kelebihannya, dan begitu juga ayah pada ibumu."



Anak: "Masya-Allah tabarakallah.. Nampak kecil dan remeh, namun besar dunia jasanya pada ayah..Allah..Allah.."

Ayah: "Jadi, pesanlah pada adik-adik perempuanmu. Sebagai abang yang sulung, bantulah mereka sekurang-kurangnya ikut jejak langkah ibu. Jadikan Saidatina Khadijah atau Aisyah r.a. sebagai muslimah contoh, kerana itu lebih baik. Banyakkan berselawat pada Nabi s.a.w. Banyakkan baca al-Quran. Semua ini menolong di dalam kubur kelak. Bacalah Surah al-Mulk sebelum tidur. Istighfar setiap masa."



Ayah dan ibunya kemudian datang memeluk erat si anak.

Seketika, si anak tersedar dari mimpi.

Linangan air mata hangat mengalir di pipi.

Rindu tetap bersemi. Walaupun jasad tiada lagi di sisi.

Nasihat ayah bonda kekal di hati.




Ayuh klik dan kongsikan di dinding facebook anda.


No comments:

Post a Comment

 

CONTACT ME

MUSLEHA :: 019-3887848
Your trusted supplement distributor

'Passionate about wellness, your success is my business'

Sample Text

Maju terus...

Sample Text

 
Blogger Templates