Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Pages

Monday 7 July 2014

Minggu ke-2 dalam cabaran menurunkan berat badan

Salam hormat untuk anda,

Rekod hari ini dicatat sebagai minggu ke-dua dalam cabaran menurunkan berat badan dalam masa 12 minggu. Jika menurut teori venus factor, program 12 minggu ini sudah cukup untuk memberikan kesan ketara asalkan prinsip asas formula diikut. Jadi, sebaik mungkin saya cuba memenuhinya.

Selain kumpulan 'cabaran ideal weight' bersama Shaklee di bawah empayar Maria Firdaus, saya juga mengikuti dengan rapat kumpulan watsapp yang lain iaitu 'workout geng'.

Kumpulan ini terdiri daripada adik-adik sepejabat dari syarikat lama tempat saya bekerja. Jika berpeluang, saya akan mengambil gambar kami bertiga. Saya pasti anda pandai mentafsir tahap hubungan kami bertiga berdasarkan gambar itu nanti.

Hari ini saya cuba mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman saya dalam bidang sukan bersama dengan ilmu berdasarkan kajian yang saya perolehi. Adalah penting untuk saya memahami respon tubuh terhadap pemakanan, senaman dan juga gaya hidup. Khusus untuk wanita terutamanya.

Saya cuba berkongsi dengan ahli kumpulan 'workout geng' tentang leptin yang bertindak sebagai 'master hormon' serta kepentingan menjaga tahap pengambilan kalori minima. Namun tidak semua gembira dengan kaedah mengira kalori pemakanan. Leceh dan memeningkan kepala.

Saya mendapatkan bantuan di http://www.myfitnesspal.com/food/diary/

Di sini saya menyimpan rekod pemakanan seharian bagi memastikan saya memenuhi keperluan minimum tubuh bagi mengelakkan 'crash diet'. Percayalah! Diet yang berlebihan akan memudaratkan dan memusnahkan impian anda.

Fahami tubuh anda terlebih dahulu. Faham keperluannya dan kenalpasti cara terbaik, cara selamat untuk menurunkan berat badan. Penting untuk persiapan psikologi (kekuatan mental) anda  juga.

Jika kandungan kalori dalam pengambilan makanan anda terlalu sedikit, anda bakal berdepan halangan berikut:
  1. Kurang nutrien berkhasiat untuk tubuh
  2. Meletakkan tubuh anda dalam tahap 'kelaparan'
  3. Apabila tubuh memberikan isyarat 'lapar', secara automatik metabolisma anda turun
  4. Apabila metabolisma turun, usaha menurunkan berat badan menjadi lebih sukar
Oleh itu, kita perlu sentiasa memastikan minimum kalori dalam makanan kita di paras 1200 cal.


Namun dalam program venus factor, kiraan yang dibuat berdasarkan ketinggian, berat badan dan umur mencadangkan minimum kalori sebanyak 1000 cal.

Saya menggunakan diari ini hanya untuk merekodkan pengambilan kalori dalam pemakanan. Tetapi berpegang pada program dan protokol venus factor. Ini disebabkan program ini sudah direka khusus untuk wanita.

Jangan lupa pada elemen ke 3 bagi meningkatkan tahap sensitiviti master hormon 'leptin' iaitu pengambilan makanan tambahan semula jadi khusus untuk meningkatkan tahap sensitiviti leptin - OMEGA Guard Shaklee.

Jadi, kita bakal ketahui hasilnya di minggu ke-12.

Semoga saya dan kawan-kawan dapat mengekalkan momentum, istiqamah dalam perjalanan ini.

Terima kasih!!


:: Shaklee Independent Distributor :: Musleha (Shaklee ID 1154289) :: Perkongsian tips-tips kesihatan dan pemakanan. Serta maklumat terkini tentang teknologi pemakanan tambahan dan isu-isu semasa berkaitan pengguna. Objektif: Meningkatkan kesedaran pengguna dan berkongsi pengetahuan tentang pemakanan tambahan.




No comments:

Post a Comment

 

CONTACT ME

MUSLEHA :: 019-3887848
Your trusted supplement distributor

'Passionate about wellness, your success is my business'

Sample Text

Maju terus...

Sample Text

 
Blogger Templates