#PrayForGaza
#PrayForPalestine
Assalamualaikum & Selamat
Sejahtera,
Semoga anda sekeluarga aman
terpelihara dalam lindungan Allah S.W.T, diberikan jalan untuk mendapat rezeki
yang melimpah ruah, diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan urusan.
Amin.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgRK_ox-_h51vHUm-qHUBgISEIAceWMtW0LynsV7lA6EHDBI-75GD2Lo2-FxQXvPV8cbPFBZTfUT3jKpmltz0C1BUQurJWjbc5VlzSfd1emW0yfpPNCj0yTqLVCJbdbFpGroZO-7ROyB1k/s1600/palestin.png)
Berbalik kepada isu Palestin diratah hidup-hidup oleh tentera Zionist, ramai yang menyatakan sokongan dalam segala bentuk. Derma, BOIKOT dan juga berkongsi maklumat. Alhamdulillah, masing-masing takut dipersoal oleh Allah SWT di padang Mashyar nanti apabila ditanya, ‘Umat Islam dibantai di Palestin. Apakah yang kamu lakukan untuk menghalangnya?’.
Saya teringat kisah di Zaman Nabi
Ibrahim. Seekor burung kecil terbang berulang-alik membawa air di dalam
paruhnya untuk memadamkan api yang dipasang untuk membakar Nabi Ibrahim oleh
kaumnya. Apabila ditanya kenapa dia menyusahkan diri berbuat sedemikian
sedangkan dia tahu usahanya itu tidak dapat memadamkan walau sedikitpun api
yang besar dan marak itu. Burung itu berkata, “Aku takut ditanya oleh tuhanku
nanti, apa yang telah aku lakukan untuk menghalang perbuatan orang-orang yang
zalim ini.”
BOIKOT PRODUK-PRODUK
ISRAEL-ZIONIST DAN JUGA PENYUMBANGNYA.
SHAKLEE PENYUMBANG DANA
ISRAEL-ZIONIST?
Saya baru saja menyertai keluarga
besar Shaklee di bawah empayar Maria-Firdaus. Oleh itu, saya tidak ketinggalan
menerima soalan dan kecaman-kecaman berkaitan isu Shaklee sebagai penyumbang
dana Israel-Zionist. Sahabat dan keluarga bertalu-talu menghantar mesej dan
juga men’tag’ saya dalam poster-poster boikot. Malahan ada juga yang daring dan
lebih berani, mencabar saya supaya berhenti menjual barang-barang Shaklee.
Seolah-olah tangan saya akan dilumuri darah anak-anak Palestin yang tewas.
Boleh hilang akal dibuatnya….
Berikut adalah posting-posting
yang dihantar kepada saya:
Dan-dan itu juga saya bertindak. Kelam-kabut
saya menghubungi Nadia Musa dan Master Maria meminta penjelasan.
Oh! Nasib baik. Sungguh-sungguh
saya merasa lega. Rupa-rupanya ini bukan kali pertama Shaklee dilontarkan
dengan tuduhan ini. Sejak dari tahun 2012, sudah ada yang coba-coba memalitkan
isu ini. Kali ini, pihak pengurusan Shaklee memberikan jawapan rasmi.
SHAKLEE BUKAN PENYUMBANG DANA ISRAEL-ZIONIST
Ini gara-gara logo Shaklee muncul
di dalam laman web Keneseth Israel (KI). Kemudian disebarkan secara meluas
dalam media sosial. Atas rasa tanggungjawab untuk meleraikan kekeliruan,
Master-Master Koordinator mengambil inisiatif dengan berdepan dengan pihak
pengurusan. Setelah turun-naik ke pejabat pengurusan meminta penjelasan dan
menulis kepada ibu pejabat bagi menyuarakan kebimbangan, akhirnya punca perkara
diketahui.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj5t02YcFYw2TN9iDS-tZAEsCe8UlICe4SCZsE0hy8uq5Va6BZCVT1Ez-PXsdh3VscMsV1xFlRWmvlE7QM6rRNKkLQ3IgOOYIcR3AmkaelAXtNFJWD3dw_hS1h4xxzHA6-4sMsI4a4sPrA/s1600/KI-SID.png)
Sila rujuk pengumuman di bawah:
Namun begitu, saya mengambil positif atas insiden
ini.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhtKeopNVaKU-QVx4e2345PAmVOgDJsimirqdj9r-0uUJRuWuu7zjwbh8haDNbS6R9u5nZKbuGiKaXXzflBDTxQe21OoXJBZ-UCQPy3Pw_-EXPBoODrTdkds9Y31Jd8QhPGeHx3wS72pHc/s1600/Screenshot_2014-07-15-11-24-43.png)
KEDUA, ianya menambah keyakinan
atas sikap prihatin dan sensitiviti yang ditunjukkan oleh Pihak Shaklee
Corporation. Pihak pengurusan mengambil berat tentang kebimbangan komuniti dan
masyarakat keseluruhannya.
KETIGA, kami SID bertambah yakin
untuk berkongsi kebaikan produk yang terbaik demi kesejahteraan anda dan
keluarga. Saya juga lebih yakin untuk berkongsi dengan anda peluang dan ruang
yang dapat membawa anda ke destinasi “FINANCIAL FREEDOM”
Salam Takzim. Terima kasih.
:: Shaklee Independent Distributor :: Musleha (Shaklee ID 1154289) :: Perkongsian tips-tips kesihatan dan pemakanan. Serta maklumat terkini tentang teknologi pemakanan tambahan dan isu-isu semasa berkaitan pengguna. Objektif: Meningkatkan kesedaran pengguna dan berkongsi pengetahuan tentang pemakanan tambahan. Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, silakan Like & Share artikel ini di dinding facebook anda. Terima kasih!
:: Shaklee Independent Distributor :: Musleha (Shaklee ID 1154289) :: Perkongsian tips-tips kesihatan dan pemakanan. Serta maklumat terkini tentang teknologi pemakanan tambahan dan isu-isu semasa berkaitan pengguna. Objektif: Meningkatkan kesedaran pengguna dan berkongsi pengetahuan tentang pemakanan tambahan. Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, silakan Like & Share artikel ini di dinding facebook anda. Terima kasih!
No comments:
Post a Comment