Posting sebelum ini berkongsi tentang rungutan betapa lecehnya mengira kalori. Biasa dengar 'HENDAK SERIBU DAYA, TAK HENDAK SERIBU DALIH' bukan? Jangan cepat putus asa. Ada cara mudah untuk mengira kalori. Boleh dilakukan hanya di hujung jari. Tidak perlu kira. Tidak perlu kalkulator. Pilih sahaja makanan yang telah ambil, masukkan kuantiti e.g. 1 cawan, 1 mangkuk, 2 pinggan etc. Klik 'UPDATE'.
Lebih baik dari itu, anda boleh menyimpan rekod pemakanan anda. Applikasi ini juga dapat memberitahu tahap pengambilan kalori anda samada kurang atau sebaliknya. Ianya juga memberikan jangka waktu dan jumlah penurunan berat badan berdasarkan pemakanan semasa yang anda ambil.
UPDATE DI MANA SAJA, TIDAK KIRA MASA:
Anda telah komited untuk menurunkan berat badan. Gajet di tangan anda paling sesuai. Update applikasinya! Klik di sini: http://www.myfitnesspal.com/
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjPt1lavDXKzWlgMBE7D0eKAGajWENPJTMGJa0veSQKuU8AJPo9WOPEThf97KAYI3KU7ipo_38y1l_Aqyny3SFEjnvQ-s4GhqjDaL9Y7DYNrvigRKwLrCBW-UOB2m-raxXQ4XYiyWMeNwg/s1600/Screenshot_2014-07-08-09-11-14.png)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj9p0o14C_vmG3LBoAy7RmQVX7c6XjLbMyt6JDs7fq9o142CoOSNwVN8L2B8GUtLMPetcB2xh1MOWV0RznPN6ZY5LckZp5Ia8BjKHER0XYEls1q9WOh8DBYN9x71pv8hyphenhypheneyeynYuCUSAVk/s1600/Screenshot_2014-07-08-09-11-24.png)
Selain dari rekod pemakanan, applikasi ini juga membantu anda merekodkan aktiviti dan latihan yang telah anda lakukan.
:: Shaklee Independent Distributor :: Musleha (Shaklee ID 1154289) :: Perkongsian tips-tips kesihatan dan pemakanan. Serta maklumat terkini tentang teknologi pemakanan tambahan dan isu-isu semasa berkaitan pengguna. Objektif: Meningkatkan kesedaran pengguna dan berkongsi pengetahuan tentang pemakanan tambahan.
No comments:
Post a Comment