Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Pages

Featured Posts

NECK :: Now Everyone Can Kurus

Passionate about wellness, your success is my business.

Online Business Mentor

Master Mohd Firdaus Mat Saad.

RODA KEHIDUPAN

Audit pencapaian anda dalam kehidupan. Adakah RODA KEHIDUPAN anda SEIMBANG?

MFMS:: The Most Fantastic Millionaires in Shaklee

Passionate about wellness, your success is my business.

ROWING IS MY PASSION

Where teamwork is all that matters

Sunday 20 September 2015

BAKAR LEMAK, BINA OTOT


Kebanyakan orang mendapat persepsi yang salah setiap kali berbicara tentang mengurangkan berat badan atau menurunkan peratusan lemak badan.
Saya tidak terkecuali.
Selama ini saya beranggapan berdiet adalah :


SKIP MAKAN – TERUTAMA SEKALI MAKAN MALAM!

JANGAN MAKAN NASI, NASI ITU MENGGEMUKKAN!

Saya fokus dalam mengurangkan saiz hidangan & kekerapan makan. Sekaligus mengurangkan pengambilan kadar kalori harian dalam pemakanan.

Sebab apa yang saya lihat & baca, hampir semua program diet yang konvensional menekankan perkara yang sama: Pengambilan kalori yang sangat-sangat rendah. Dan hampir semua program seperti ini berjaya menurunkan berat badan pada fasa pertama.

Namun begitu, saya tahu cara ini tidak boleh digunakan untuk jangka masa panjang.

Dalam tempoh sebulan sahaja, berat badan saya statik. Nombor-nombor yang tertera di atas mesin penimbang digital tidak menunjukkan tanda-tanda akan turun lagi. Apabila saya berkongsi situasi ini dalam group alumni di whatsapp , 100% rakan-rakan saya menjawab mereka tersangkut dalam fasa yang sama. Dan mereka telah lama berputus asa. Sudah lama mereka redha dan merelakan lemak menjajah tubuh mereka. Kata mereka,

“Asalkan sihat… selagi boleh makan, makan ajelah puas-puas.”

Namun saya bukan seorang yang senang berputus asa. Saya nekad berpuasa dan memotong lagi kadar kalori melalui pemakanan. Makan lauk pauk sahaja. Nasi pandang sebelah mata seolah-olah kabohidrat yang terkandung di dalam nasi adalah unsur yang sangat jahat pada tubuh saya.

Makan sekali sehari. Selalu skip makan pagi. Jadual makan saya tidak menentu.

Saya ikut jejak teman seperjuangan yang senasib, yang masih gigih meneruskan aktiviti berjoggingnya mengelilingi tasik selepas pulang dari pejabat setiap hari.

Hasilnya? Saya gembira apabila ada penurunan, walaupun sedikit. Orang kata, sikit-sikit lama-lama jadi bukit kan? Namun kusangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Sekali lagi saya berdepan masalah yang sama.

Berat badan saya statik. Tiada penurunan!

Ketika ini, memang saya campak tuala kecil yang digunakan untuk mengesat peluh ketika berjogging dan menggantung kasut.

Cukuplah! Buat apa menyeksa tubuh.

Makan sahajalah… sudah takdir aku gemok!

Kau ni memang mental. Cepat sangat putus asa! Gemuk!

Kau tengok… semua orang puji suami kau nampak muda.

Ini semua ayat-ayat yang sering berlegar-legar dalam minda, buat saya tak senang duduk.

Buat saya rasa sedih melihat tubuh saya di cermin.

Buat saya kesal kerana membiarkan lemak bertepek di punggung, dada, peha dan lengan.

Walaupun suami saya tidak pernah merungut, tetapi saya selalu rasa rendah hati bila kami keluar makan malam atau menghadiri majlis perkahwinan. Semua orang menegur suami saya lebih kurus dan nampak lebih muda. Walaupun mereka tidak komen apa-apa (jaga hati agaknya)

Nak dijadikan cerita, luka kekecewaan di hati saya ini ditabur garam. Dua tiga orang rakan sepejabat saya secara spontan bertanya, samada saya telah mengandung. Bila saya kata, tidak… masing-masing rasa bersalah dan cepat-cepat meminta maaf.

Fuhhh…. Memang rasa pedih dan terkejut, rentung hati macam dipanah petir. Tetapi bolehkah saya menyalahkan mereka?

Akhirnya, saya luahkan kesedihan dan kekecewaan saya pada rakan baik yang akhirnya berkongsi maklumat penting tentang isu menurunkan berat badan. Ingat tak dalam artikel saya yang lepas berkenaan tips kejayaan? Jika hendak berjaya, kita mesti mencari mentor. Kita mesti ikut jejak langkah orang-orang yang telah terbukti berjaya sebelum ini. Rupa-rupanya rakan baik saya ini yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang sukan telah mengamalkan segala rahsia yang dikongsikan oleh Tom Venuto, seorang jurulatih bina badan bertaraf dunia.

Dan maklumat yang dikongsikan benar-benar membuka mata.

KORANG TAU TAK?

Sebenarnya, secara psikologi adalah MUSTAHIL untuk menurunkan berat badan dengan menahan lapar. Bahasa kasarnya.. KEBULURAN.  Tubuh manusia sangat-sangat “bijak” untuk tidak membenarkan perkara ini berlaku.

Mengapa?

Hakikatnya, apabila anda cuba menahan lapar bagi membuang lemak, anda juga membuatkan otot-otot kebuluran. Otot-otot anda kehilangan nutrien yang diperlukan untuk kekal ataupun membina. Apabila ini berlaku, metabolisma tubuh anda akan merundum jatuh kadar potensinya lalu memasuki fasa “KEBULURAN”.

KORANG TAU TAK, apa yang berlaku ketika tubuh anda “KEBULURAN”?

Apabila tubuh anda beralih dan beradaptasi dengan fasa KEBULURAN,  maka usaha membuang / mengurangkan lemak akan menjadi lebih sukar kerana tubuh anda melawan demi menyimpan tenaga yang ada. Oleh itu, bilamana sepatutnya tubuh membakar lemak sebaliknya tubuh memilih untuk menggunakan dahulu daging-daging licin iaitu otot.

Dan apabila berat anda statik di atas penimbang, enggan turun lagi maka anda akan berputus asa.

Ataupun dalam kes lain ada dikalangan kita terus bersemangat waja meneruskan usaha dengan memotong lebih banyak kalori pemakanan (walhal sebenarnya anda membuatkan tubuh anda merasa lebih LAPAR!). Lebih ekstrim, anda berpuasa dan selalu menjolok tekak supaya muntah demi mengeluarkan apa yang anda telah makan.

Kali ini, berat anda mungkin turun sedikit.

Tetapi anda kemudiannya melihat semula angka digital yang tertera di atas mesin penimbang kembali statik dan tidak bergerak-gerak lagi setelah sekian banyak usaha yang dibuat.

Sebenarnya, anda telah membuatkan kadar metabolisme anda semakin turun dan jatuh merundum. Dan usaha anda untuk menurunkan berat badan menjadi sia-sia. Anda pun mencampakkan tuala, kasut, tali skipping mahupun dumbell kerana mustahil anda dapat menurunkan lebih banyak kalori melalui pemakanan. Ini adalah situasi yang sangat jelas!

KORANG TAU TAK, anda tidak akan MENANG!

Selagi anda masih mengamalkan diet tidak sihat yang mencantas keperluan kalori anda sehingga tahap yang paling minima, di bawah paras keperluan kalori anda.

KORANG TAU TAK, anda tidak akan KURUS!

Selagi anda berusaha sendirian tanpa kumpulan sokongan dan juga dorongan keluarga. (Kes malu dan isytihar ‘saya sedang berusaha menurunkan berat badan’ & ‘I want to lose weight”.

KORANG TAU TAK, anda tidak akan BERJAYA!

Selagi anda bersikap EGO dan tidak mahu mencari MENTOR yang terbukti berjaya. MENTOR yang akan berkongsi dengan anda strategi kejayaan untuk anda ikut dan buat!



KORANG TAU TAK, anda tidak akan KEMANA-MANA!

Selagi anda berlagak pandai dan kononnya tahu semua benda.  Nak KURUS perlu ada ILMU & EMOSI. BIG WHY – faktor untuk terus berusaha.

KORANG TAU TAK, anda tidak akan SLIM & SIHAT!

Selagi korang tidak ambil tindakan, kekal dengan sikap ‘TAK APA’ & ‘TAK KISAH’







 

Wednesday 29 April 2015

MAHU KURUS & SIHAT? JARAK KINI BUKAN PENGHALANG

DISTANCE IS NOT A FACTOR
========================

Anda tahu tak peserta N.E.C.K. (Now Everyone Can Kurus) datang dari seluruh negara! Termasuk Sabah & Sarawak...

Mereka juga datang dari segenap lapisan masyarakat...

Ada gadis remaja, ibu anak 8, abang-abang dan juga ayah...

Pelbagai latar belakang pekerjaan

Ada guru & ustazah, ada suri rumah, ada setiausaha parlimen, ada jururawat dan pengurus syarikat swasta

Mereka semua sibuk dan ada diantara mereka langsung tidak pernah bertemu dengan coach mahupun rakan peserta N.E.C.K yang lain.

Tapi apa yang buat mereka masih bersama-sama dalam satu medium jemaah ini?

Apa yang istimewanya?

= INSPIRASI =

Mereka dahagakan inspirasi. Cerita-cerita positif yang dikongsi secara LIVE oleh sahabat-sahabat N.E.C.K. Liku-liku kehidupan yang mereka lalui sebagai seorang yang gemuk, cerita2 kemenangan setiap hari...

Ada yang....

1) BERJAYA menurunkan tekanan darah tinggi kembali ke paras normal dalam masa 2 minggu setelah berbulan2 menanggung keresahan dan derita
2) BERJAYA pulih dari masalah slip disc dan doktor mengesahkan tidak perlu mendapatkan rawatan fisio lagi
3) BERJAYA mengubah imej 'Mak Cik Cleaner' kepada pegawai yang berpesonaliti anggun
4) BERJAYA menukar saiz baju daripada XXL kepada L/M
5) BERJAYA bebas dari masalah sakit lutut, sendi yang selalu menyerang akibat kurang bersenam

Dan bermacam-macam lagi cerita kemenangan! 

= LOGISTIK =

Mahu BERJAYA kita mesti dikelilingi oleh orang-orang yang BERJAYA, POSITIF dan SELALU BERKONGSI. Oleh itu, pastikan logistik kita (persekitaran, siapa kawan kita) sentiasa mendorong ke arah matlamat hidup yang kita inginkan.

CONTOH MATLAMAT N.E.C.K = SLIM & SIHAT

Para peserta N.E.C.K berkongsi hasrat yang sama! Mereka nak kurus & sihat! Mereka mahu menurunkan berat badan dengan berkesan. Mereka mahu istiqomah menjaga pemakanan dan juga bersenam. Mereka mahukan dorongan untuk mendapatkan berat badan yang ideal dan mengekalkan tahap kesihatan yang baik.

BAGAIMANA DENGAN ANDA?

Tanya diri sendiri. Jangan fikir anda bersendirian! Anda ada kami.... team N.E.C.K yang akan sentiasa di sisi anda. Kami perlukan anda sebagaimana anda perlukan kami.

#Tim N.E.C.K
#JomKurusDariRumah
#SihatSlim

#PassionateAboutWellness
#YourSuccessIsMyBusiness


Watsapp/Telegram : NECK<>019-3887848

Tuesday 28 April 2015

4 MAKANAN HARUS DIJAUHI KETIKA STRESS



Ahak! Ahak! Adakah anda dalam proses menurunkan berat badan?

Dalam tempoh nak kurus tu, apa anda buat bila tertekan?

Bila stress atau tertekan, anda disarankan mengelak dari bertemu, terserempak, ternampak, tergoogle atau seumpama dengannya 4 makanan ini:-

> COKLAT
> KEK
> GULA-GILA
> AIS KRIM

ini kategori 'HOT FOOD' 

setiap org 'HOT FOOD' berbeza

HOT FOOD : Bila start makan, jgn harap aku nak brenti!!! 

Hahahaha... saya rayu pada anda. Demi otot2 yang telah mula terbina, lemak-lemak tepu yang telah mencair dan peluh2 yang telah tumpah bersama muntah hijau....

Jangan... jangan... jangan sia-siakan usaha anda.

Tips berguna jika anda tidak dapat mengelak situasi di atas;-

4 cara mengurangkan stress

> TENGOK WAYANG CITER KARTUN
> MAIN FUTSAL / BOWLING
> PANJAT BUKIT BROGA
> KARAOKE JAMBAN

Sila pilih mengikut kecenderungan anda....

Lebih molek dan afdhal, ambillah wuduk dan baca Al-Quran. Pahala dapat, sejuk mak yang mengandungkan korang!

Lepas baca Al-Quran, silakan submit doa...

Ya Allah! Permudahkan lah urusan ku untuk menurunkan berat badan. Berikan aku kesihatan dan berat badan ideal 60kg sebelum 30-Jun-2015. Aminnnn.....

Pilihan anda menentukan siapa anda 100hari mendatang!!!

Tim N.E.C.K
#JomKurusDariRumah 
#noweveryonecankurus 

BUAH PINGGANG ROSAK?

Assalamualaikum pembaca budiman...

Sekadar berkongsi pengalaman sendiri...

Bulan lalu, aku mendapat panggilan dari ibuku. Panggilan dari bonda selalunya ceria. Sibuk itu ini bertanya khabar. Riuh mahu tahu kepandaian cucu-cucunya....

Tapi kali ini ada getar resah pada nada suaranya.  Bila ditanya, rupa-rupanya Bonda dinasihatkan oleh doktor supaya membuat pemeriksaan susulan. Ujian air kencingnya menunjukkan simptom2 jelas dan dikhuatiri buah pinggangnya rosak!!!

Gugur jantungku apabila mendengarnya....

Ibuku... bondaku... usia memanjat, kesihatannya mulai merosot. Tempoh hari paras bacaan kolestrol, kali ini doktor mengesyaki buah pinggangnya bermasalah...

Ligat otak ku berputar, semua kemungkinan terbayang! Aduh! Dialisis & transplant!!!  Rasa lemah dan tidak berdaya.

Pemeriksaan susulan di hospital & ujian darah dijadual dalam masa 2 minggu lagi. Cepat-cepat aku belikan ibu tonik ungu.... tidak mahu berharap, tetapi aku berdoa keras mudah-mudahan asbab usaha ini membantu memulihkan buah pinggang ibuku.

Minggu pertama, tiap2 malam aku telefon. Ingatkan ibuku supaya mengambil tonik ungu itu sesudu kecil sebelum tidur. Kadang2 dia terlupa juga...



Dan apabila tiba hari penentuan.... temujanji untuk memaklumkan keputusan ujian darah.

Syukur.... syukur yang amat!!!  Doktor mengesahkan buah pinggang ibuku sihat sepenuhnya....

Masya' Allah.... syukur Ya Allah kau berikan kesihatan yang baik untuk ibuku....

Gembira benar ibuku.... hilang rasa walang, resah gelisah yang menghimpit dadanya...

Asbab tonik ungu ini membantu memulihkan kesihatan ibuku dengan izin-Nya... Alhamdulillah!!



Selama ini hanya membaca testimoni orang lain tentang keajaiban tonik ungu ini, hari ini aku berkongsi testimoni pula.

Alhamdulillah.... Alhamdulillah....
 
Namun begitu, terlintas juga di fikiran. Apakah yang terkandung di dalam tonik ajaib ini sehingga ianya begitu berkesan?
 
KANDUNGAN VIVIX
Shaklee memperkenalkan Vivix™ sebagai revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. Sejenis minuman campuran botani yang kaya dengan bahan-bahan berikut:-

> campuran unik botani Polygonum Cuspidatum
> Anggur Muscadine
> Elderberi Eropah
> Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol
 
Apa itu Polifenol?
Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.
 
SEBOTOL VIVIX TAHAN BERAPA LAMA?
 
Oleh kerana tonik ungu ini adalah super-pekat maka kadar pengambilannya cukup sekadar 1 sudu teh sahaja sebelum tidur.
 
Ikut pengalaman ku yang sudah-sudah berdasarkan kadar pengambilan satu sudu kecil setiap hari, ianya boleh bertahan semala 2 bulan seorang. Jika suami isteri, maka ianya mungkin cuma mampu bertahan selama sebulan sahaja.
 
BERAPA HARGANYA?
 
Kos sehari lebih kurang RM8.30.
 
Sebotol dijual pada harga RM475.
 
BANDINGKAN NILAI & HARGA
 
Cuba bandingkan harga ini dengan senyuman yang dikongsi bekas pesakit kanser di atas bersama vivix. Biasa dengar bidalan, "biar kalah membeli tetapi menang memakai."
 
 
#tonikungu
#PassionateAboutWellness
#YourSuccessIsMyBusiness


Wednesday 18 March 2015

#2 : Tips untuk kurus

Tahukah Anda?
============

Jika anda nak turunkan berat badan, anda perlu minum air sekurang kurangnya 3 Liter Sehari.

Isu ramai orang, mereka tak ambil air yang cukup.

Bila kita tanya, betul ke mereka minum banyak air?

Mereka jawab...

Banyak minum..

Ada sukat tak?

Jawapannya tak.

Jujur saya katakan, kalau nak turunkan berat badan. Pastikan anda minum air yang cukup.

Bila saya cakap air, bukan air manis yer. Tapi AIR Kosong.

So, jom kita perbanyakkan minum air kosong.



Saya doakan.

Anda Kurus dan Sihat.

Now Everyone Can Kurus
"Jom Kurus Dari Rumah"

#1: Tips mudah kurus.

Assalamualaikum pembaca budiman....

Alhamdulillah... cabaran kurus 100 hari sudah masuk hari ke-48 bagi batch pertama yang bermula pada 1-Feb.

Ada 52 hari sebelum tarikh tutup pertandingan.

Tahukah anda?

Salah satu tips untuk turunkan berat badan adalah dengan memastikan tidur yang cukup.

Namun berapa jam tidur yang diperlukan?
Minimum 6-7 jam satu malam.

Kalau tidur tak cukup ia akan menyebabkan kelesuan dan mengganggu usaha kita untuk meningkatkan tahap metabolisma.

Pendek kata, dandang yang beroperasi membakar lemak kita selama ini secara aktif akan merosot. Makin lama makin sejuk.
Silap-silap haribulan terpadam terus.

Sia-sia kita bersenam dan mengawal makan, lemak makin naik bertimpa-timpa. Otak hantar signal yang salah kerana masalah tidak cukup rehat disebabkan kurang tidur.

Akibatnya, berat badan kita naik secara perlahan lahan.


Oleh itu, kalau nak turunkan berat badan.. Pastikan kita tidur dengan cukup yer.

Saya doakan anda kurus dan sihat.

p/s: Syukur ada tim dan mentor yang tidak putus-putus berkongsi tip-tip yang berguna. Lebih bagus lagi, mentor hantar reminder samada secara terbuka mahupun personal (pm) dengan para peserta NECK.

-Musleha-
"N.E.C.K"
"Now Everyone Can Kurus"

Wednesday 11 February 2015

Solusi menyental kekotoran untuk ibu bekerja

[KUASA PENYENTAL YG HEBAT]

Apa hak kita nak menghalang kreativiti anak-anak?



Tapi apa solusi untuk menyedapkan mata memandang?

Baru-baru ini sahabat saya pening kepala. Rumah dah macam galeri seni. Anak-anak yang sedang membesar tengah buas, langsung tidak boleh dihalang.

Pantang kata jangan!!! Confirm dia buat jugak...

Sudahnya, habis dinding kena conteng! Asal ada yang kosong, pandai pulak dia carik krayon dan pensil. Puas kita sembunyikan, panjang akal dia mencari.

Mujur ada solusi.



Tak sangka spray sikit dan gosok, kesan contengan hilang serta merta. Memang terbaik...

Apa lagi, mata mula lah meliar cari sasaran lain. Banyak rupanya dinding yang kotor....

Memang puas hati!!

Nak cuba? whatsapp 019-3887848


 

CONTACT ME

MUSLEHA :: 019-3887848
Your trusted supplement distributor

'Passionate about wellness, your success is my business'

Sample Text

Maju terus...

Sample Text

 
Blogger Templates