Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Pages

Tuesday 18 November 2014

Kisah kegagalan seorang Master Shaklee

Hari ini saya nak kongsikan dengan anda cerita benar sahabat baik saya, seorang pengusaha ternakan ayam yang berjaya bangkit setelah 2 tahun menjalankan perniagaan tanpa untung.

Betul! 2 tahun berniaga langsung tak ada UNTUNG! Tidak ada lebihan untuk beli perabot baru, pakaian baru mahupun untuk simpanan. Kasihan betul! Cukup-cukup makan.

Cerita beliau secara peribadi kepada saya duit jualan ayam yang dia dapat, bulat-bulat digunakan semula untuk menjana kos operasi.

Sehinggalah pada satu-satu masa, dia terpaksa memanjat tangga bank memohon pinjaman. Aliran tunai sudah tercekik! Dia terpaksa membuat pinjaman sebanyak RM25 ribu sebagai suntikan modal. Harapannya, supaya dia dapat lepas bebas dari cengkaman kos yang membebankan.

Sebelum saya bercerita lebih lanjut, mari saya kongsikan sedikit tentang latar belakang sahabat saya ini.

PELAJAR CEMERLANG MEMILIH UNTUK MENTERNAK AYAM SEBAGAI KERJAYA SELEPAS MENJADI GRADUAN

PERCAYA atau TIDAK, sahabat saya ini berkelulusan luar negeri dari sebuah universiti terkemuka di United Kingdom sana. Haaaa… jauh tak? Jauh kan… Bukan setakat itu, beliau adalah pelajar paling top dalam kelasnya, FIRST CLASS!!! Sudah lah paling pintar, sibuk pulak ke sana ke mari aktif dalam persatuan, sehingga memegang jawatan Presiden Pelajar Malaysia di university. Hebat tak hebat?

Akak pun aktif juga bersukan, persatuan masa zaman kampus dulu… hmmm.. nyaris2 akak gagal masa semester kedua! Hehehehe… tapi lepas tu akak insaf dan belajar menguruskan masa. Takut oooo kena balik kampong sebab gagal! Kesian kat mak bapak kita.

Berbalik pada cerita sahabat saya ni. Biasalah, budak bijak belajar tinggi-tinggi mestilah nak kerja makan gaji, ye tak? Kelulusan hebat macam ni mesti boleh dapat pangkat tinggi, jawatan tinggi cepat pulak naik gaji! Hai, bahagia anak bini… senang-senang goyang kaki. Bulan-bulan boleh hantar duit ribu-riban kat mak bapak buat elaun sara diri. Tak ke sejuk perut ibu yang mengandung sembilan bulan sampai bengkak-bengkak kaki.

Masalahnya sahabat saya ni pelik perangai! Mana tak pelik, orang sibuk cari kerja makan gaji, dia pergi buat bisnes. Ternak ayam pulak tu. Korang rasa kalau orang lain mesti dok fikir, kurang kerja apa budak ni?  Apa kelassss ternak ayam. Tak de kerjaya lebih glamour kah? Ternak rusa ke? Burung Ostrich ke? Ikan arapaima gigas ke?

Tak payah kita lah yang tak de kena mengena sedarah sedaging ni nak rasa pelik. Ketika sahabat saya menyuarakan hasrat murni pada mak bapak dia pun, berbakul-bakul nasihat diberi. Nampak benar mereka kurang yakin dan tidak bersetuju. 

Sampaikan tiang dah tegak, dinding reban pun dah dipaku boleh pulak bapak dia bagi kata-kata azimat, "Daus, kalau Daus nak tarik diri sekarang abah rasa masih belum terlambat ni nak!”

Husshh! Kalau akak yang dapat nasihat camni, boleh sentap baling badan atas katil nangis tekup-tekup bantal! Betul-betul menggugat kesungguhan! Boleh give up!

BERANI GAGAL!

Kagum sekejap kat sahabat saya ni. Dia tarik nafas dalam-dalam, dia pasak niat kuat-kuat dalam hati. Dia dok ulang-ulang keazaman dan tekad. Dia pun kata dia nak teruskan jugak! Apa nak jadi, jadilah! Jalan terus, jangan pandang belakang!

Memang nampak kesungguhannya di situ. Apa orang kata? Berani gagal? Ya betul! Berani gagal. Beranilah sangat!

Tak salah kalau kita berani gagal! Tapi bila dah gagal tu, janganlah pula gagal toleh ke belakang dan tengok kesilapan sendiri. Kalau tidak, apa akan jadi?

Kata sahabat saya, kalau dia tidak cepat-cepat sedar, mungkin masalah cash flow dia akan berlarutan bertahun-tahun lamanya.

KEAJAIBAN MENJEMPUT REZEKI

Ketika inilah sahabat saya menceritakan tentang keajaiban yang berlaku pada dirinya. Keajaiban yang merubah hidupnya 360 darjah. Keajaiban yang tidak disangka-sangka menjemput limpahan rezeki bertandang tak putus-putus.

Apa kata orang? Ada hikmah pd setiap perkara yang berlaku. Kegagalan ini mendorong sahabat saya berfikir dan berfikir dan terus berfikir sampailah muka pun nampak tua, berkedut pula dahinya. Dek kerana kerungsingan yg jelas terpancar di wajah sahabat saya ini, disedari oleh salah seorang jemaah surau dalam kariahnya. Maka, hamba Allah ini tergerak untuk bertanya sebab musabab yang membuatkan hati sahabat saya ini gundah gulana.

Maka, sahabat saya bercerita dari A-Z tentang masalah perniagaannya.

 Selesai bercerita, hamba Allah ini bertanya. "Anak ada bayar zakat tak?"

Terpempan sebentar sahabat saya yang kemudiannya menjawab, "Macam mana nak bayar zakat, pak cik? Perniagaan saya tidak ada untung untuk dizakatkan. Habis semua hasil jualan saya gunakan untuk menampung kos operasi!"

Hamba Allah itu hanya tersenyum sambil mengulangi kata-katanya lagi, "Bayar zakat nak!"


DEK KERANA IKUT PESANAN MENTOR, LANGGAR DINDING BERKALI-KALI


Hmmm... Termenung sekejap sahabat saya mendengar nasihat yg ringkas tapi dalammmm menusuk ke kalbu itu.

Agak-agak para pembaca sekelian, apa yang dia buat seterusnya? Tak percaya tak apa, buat aja. Maka, sahabat saya ini pun membayar zakat sebaik sahaja dia menerima pembayaran hasil jualan seterusnya.

Nak tahu apa yang terjadi? Inilah yang sahabat saya ingin kongsikan sebagai keajaiban.

Terdetik ilham pada benak sanubarinya. Terbit soalan yang tidak pernah dia terfikirkan, “Aku dah lama ikut Boon Siew (bukan nama sebenar) jadi mentor aku. Dah 2 tahun! Apa yang dia suruh buat, aku buat. Tapi aku tak untung-untung. Mungkin aku kena cari tok guru lain kot?”

Berulang-ulang kali sahabat saya ini meyakinkan saya, bahawa beliau memang tidak pernah terfikir tentang hal mentor ini. Beliau juga sangat yakin bahawa Allah telah memberikan Ilham ini berkat bayaran zakat yang dilunaskan. Beliau menyedari selama ini sudah banyak kali melanggar dinding dan tersilap langkah dalam menguruskan perusahaan ternakan ayamnya, tetapi tiada sesiapapun yang boleh menegur mahupun memberi tunjuk ajar supaya dia kembali ke jalan yang benar.

Maka, dia pun mengambil keputusan merujuk hal perniagaannya kepada orang yang dia percaya punya pengalaman, track record kejayaan dan boleh membimbing. Hampir 4-5 jam masanya dihabiskan bertemu individu ini untuk menuntut ilmu.

Agak-agak anda… apa hasil yang dia dapat? Ya BETUL! Dia gunakan ilmu baru, tips2 baru yang diajar dan berjaya keluar dari kepompong kesulitan aliran tunai yang tercekik. Beliau berjaya mencatat keuntungan RM50 ribu bersih pada hasil jualan ternakan ayam yang seterusnya!!

Bagus ke bagus? Alhamdulillah.. dengan duit itu sahabat saya dapat melunaskan hutang bank secara tunai dan selebihnya digunakan untuk manfaat lain.

Namun, anda rasa sahabat saya akan berhenti setakat itu sahaja kah?

JANGAN TAKUT GAGAL! TAMBAH ILMU BERNIAGA…

TIDAK! Sahabat saya ini tetap meneruskan perjuangan dalam dunia keusahawanan dengan menghadiri majlis-majlis ilmu. Berpuluh ribu ringgit dan berhari-hari masanya dilaburkan untuk mendapatkan ilmu itu secara eksklusif dari pakar pemasaran.

Setelah beliau selesai menghadam dan menulis nota tentang ilmu-ilmu tersebut, beliau menghadapi satu lagi dilemma.

ADA ILMU, MACAM MANA NAK GUNA?

Jika para pembaca ingin mengetahui lebih lanjut kisah sahabat saya ini, molek kiranya saya mencadangkan anda memuat turun e-book ini. Banyak tips-tips rahsia yang dikongsi yang pastinya anda tidak sangka ianya sebegitu mudah.

Kisah ini saya kongsikan kepada anda bersempena kejayaan sahabat saya dan pasangannya yang diraikan pada 16 November 2014 di Hotel Pullman Lakeside, Presint 6, Putrajaya.  Tontonlah klip video yang disediakan khusus merakamkan kejayaan beliau.
 

Sahabat saya inilah MENTOR perniagaan online saya sekarang bersama-sama ahli pasukannya yang hebat. Mereka tidak putus-putus membimbing dan mendorong supaya lebih ramai dapat mencipta kejayaan yang sama.

Akhir kata, saya mendoakan MARIA FIRDAUS beroleh lebih banyak kejayaan yang telah dilakar dalam 101++ IMPIAN KEJAYAN. Begitu juga para sahabat seperjuangan  yang bernaung di bawah empayar MARIA FIRDAUS  - THE MOST FANTASTIC MULTI-MILIONAIRE SHAKLEE IN MALAYSIA.

Salam kejayaan juga buat para sahabat-sahabat lain yang berjuang atas landasan yang sama, produk yang berbeza.

Amin ya rabbal alamin…

3 comments:

 

CONTACT ME

MUSLEHA :: 019-3887848
Your trusted supplement distributor

'Passionate about wellness, your success is my business'

Sample Text

Maju terus...

Sample Text

 
Blogger Templates