Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Pages

Friday 5 December 2014

Cuba hamil? Ketahui tahap kesedaran terhadap masalah kesuburan di Malaysia

“Satu-satunya halangan yang menyebabkan wanita tidak mendapatkan rawatan kesuburan ialah kos yang tinggi.”

Kenyataan di atas dipetik dari ulasan yang dibuat oleh Prof. Dr. Zainul Rashid Mohamad Razi, Timbalan Dekan (Siswazah dan Hubungan Antarabangsa) Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) kepada wartawan Utusan Malaysia dalam artikel yang bertarikh 11-Dec-2012. Klik sini untuk mbaca artikel tersebut.



Kali ini saya ingin kupas masalah kesuburan melalui pembacaan tentang kajian yang telah disahkan oleh Asia Pacific on Reproduction(ASPIRE) dan dijalankan di antara tahun 2011 hingga 2012. Kajian ini dibuat atas inisiatif untuk membantu para pengamal perubatan dan pembuat polisi di negara-negara yang terlibat dalam isu populasi dan kekeluargaan.

Berikut adalah rumusan daripada isi laporan dalam kajian yang dibuat berdasarkan kenyataan Prof. Dr. Zainul Rashid Mohamad Razi.

1. DAPATKAN BANTUAN: Pasangan yang berkahwin dan merancang untuk mendapatkan anak perlu mendapatkan bantuan terutama sekali bagi mereka yang bermasalah.

2.   TINGKAT KESEDARAN: Pendidikan umum diperlukan bagi menggalakkan kesedaran pada mereka yang mengalami masalah kesuburan

3. FAKTOR MASALAH KESUBURAN: Kematangan usia, masalah perubatan dan pilihan rawatan menyumbang pada masalah kesuburan

4.    KURANG PENGETAHUAN: Wanita Malaysia didapati kurang pengetahuan mengenai masalah kesuburan

5.       BERAPA LAMA: Pasangan dianggap tidak subur apabila gagal hamil setelah setahun mencuba

6.       PELUANG HAMIL: Wanita berusia 40-an lebih rendah peluang kehamilan berbanding wanita yang berusia 30-an

7.       LAMBAT RUJUK PAKAR: Gaya hidup yang sihat tidak semestinya menjamin kehamilan. Yang mana ini membawa kepada punca kelewatan pasangan untuk merujuk pada pakar bagi mendapatkan bantuan atau rawatan yang boleh membantu peluang mereka untuk hamil.

8.       TAKDIR & NASIB: Wanita meletakkan isu kesuburan sebagai takdir. 71 peratus anggap ketidaksuburan adalah takdir tuhan manakala selebihnya beranggapan bahawa mereka tidak bernasib baik.

9.       LELAKI MANDUL: Pengetahuan cetek tentang isu kesuburan kaum lelaki. 51 peratus wanita Malaysia tidak tahu lelaki mungkin tidak subur walaupun boleh berereksi. Manakala 49 peratus lagi tidak sedar lelaki mungkin tidak subur walaupun boleh mengeluarkan air mani atau sperma

10.   ENGGAN BERUSAHA: 30 peratus wanita Malaysia enggan mendapatkan bantuan walaupun mengesyaki ada masalah kesuburan

11.   TIDAK TAHU ADA PUSAT KESUBURAN BERHAMPIRAN: Walaupun mencuba untuk hamil dalam tempoh lebih enam bulan, 52 peratus wanita tidak mengetahui mana-mana pusat kesuburan yang berhampiran yang boleh mereka rujuk untuk bantuan.

Masalah kesuburan di kalangan penduduk negara membangun seperti Malaysia akan meningkatkan kebimbangan terhadap kemajuan ekonomi dan struktur social hampir semua bangsa dan kerajaan.

Pakar Obstetrik, Ginekologi dan Kesuburan, Dr Surinder Singh dalam artikel (Klik sini) yang membincangkan tentang masalah kesuburan yang masih rendah di Asia berkata ada beberapa ujian yang boleh dilakukan untuk mengenalpasti punca masalah kesuburan.




UJIAN KESUBURAN KHUSUS UNTUK LELAKI:

1.       PEMERIKSAAN FIZIKAL : Semasa pemeriksaan fizikal, penting bagi doktor mengetahui riwayat perubatan pesakit, kondisi kesihatan, ketidak upayaan yang lain dan juga kegiatan seksual.

2.       UJIAN HORMON & AIR MANI : Ujian hormon dan air mani (semen) dijalankan bagi menganalisa kuantiti, warna dan mengenalpasti jika wujud sebarang unsur-unsur infeksi (jangkitan). Ujian ini membantu doktor mengetahui samada lelaki tersebut mampu mengeluarkan sperma yang sihat dan cukup banyak untuk aktiviti persenyawaan.





UJIAN KESUBURAN UNTUK WANITA:

1.  UJIAN OVULASI : ujian ovulasi bertujuan untuk mengetahui samada pesakit wanita masih menjalani kitaran ovulasi yang normal

2. UJIAN LAPAROSCOPY : Semasa ujian laparoscopy, pesakit diberikan bius am untuk prosedur pembedahan kecil dimana kamera dan tiub nipis dimasukkan melalui torehan kecil ke dalam abdomen. Prosedur ini penting untuk mengetahui jika pesakit mempunyai masalah patologi dengan mengkaji tahap tiub fallopian, ovary dan uterus. Ujian laparoscopy juga dapat mengenalpasti samada benih yang sihat masih dapat dihasilkan selain laluan reproduktifnya membenarkan telur dan sperma melintasi tiub fallopian.

3.     UJIAN HORMON : Ujian bagi mengenalpasti tahap hormon

4.       ULTRASOUND PELVIK : Ujian ultrasound pelvik adalah satu prosedur bagi mengesan radang pelvis dan masalah kesuburan yang lain. Ujian ini membolehkan pakar perubatan memeriksa dengan lebih jelas samada terdapat kehadiran lendir atau nanah atau kondisi tidak normal pada tiub fallopio seperti membesar/membengkak.

Melalui kaedah Persenyawaan dalam Vitro atau nama lainnya IVF ( In Vitro Fertilization), peratusan mendapatkan anak adalah lebih tinggi walaupun kos rawatannya sangat tinggi. Namun begitu, rawatan ini hanya sesuai jika pasangan mempunyai bilangan sperma yang normal.

Bagi pasangan lelaki yang mempunyai masalah kuantiti sperma yang tidak mencukupi, kaedah rawatan yang digunakan termasuk Intra Cyctoplasmatic Sperm Injection (ICSI).

Setelah memahami serba sedikit penerangan mengenai tahap kesedaran masyarakat tentang masalah kesuburan dan kaedah rawatan yang ditawarkan oleh pakar perubatan di Malaysia, masih terdapat alternatif atau pilihan lain untuk membantu meningkatkan peluang mendapatkan zuriat.

Memetik pendapat Dr. Zubaidi pula di dalam blognya, (klik sini untuk lebih lanjut)pasangan yang sedang mencuba untuk mendapatkan anak dan tidak menggunakan apa-apa alat pencegah kehamilan, harus segera mendapatkan rawatan apabila:-

· Isteri yang berumur bawah 35 tahun dan tidak hamil setelah berkahwin 12 bulan

·  Isteri yang berumur lebih 35 tahun dan tidak hamil setelah berkahwin 6  bulan

Apabila ditanya kekerapan melakukan hubungan kelamin bagi tujuan untuk mendapatkan anak, Dr. Zubaidi menyatakan sekurang-kurangnya adalah seminggu sekali. Lebih produktif jika dilakukan sebanyak 2-3 kali seminggu.



SET KESUBURAN SHAKLEE : KOMBINASI GLA + ZINC COMPLEX


Sebagai SID (Shaklee Independent Distributor) kami diberikan pendidikan tentang Human Reproductive System yang berkaitan dgn kesuburan.  Pertama sekali kami ditekankan dengan kefahaman bahawa kesuburan wanita adalah sangat rumit dan kompleks. Oleh itu, GLA sangat penting untuk membantu mewujudkan persekitaran rahim yang mesra sperma serta penghasilan horman yang cukup dan seimbang.

Apakah bahan yang terkandung di dalam GLA ini sehingga memberi manfaat pada kesuburan wanita?



Manakala isu kesuburan kaum Adam seperti yang telah dihuraikan oleh Prof. Dr. Zainul Rashid Mohamad Razi dapat disokong dengan pengambilan  makanan tambahan yang membantu pembentukan hormon testosterone.

Makanan tambahan yang dicadangkan untuk membantu pembentukan hormon testosterone.

adalah Zinc Complex. Dalam masa yang sama, Zinc Complex dapat membantu penghasilan sperma yang lebih aktif dan bertenaga untuk berenang menuju ke ovum selain berperanan dalam pembentukan DNA.



SET KESUBURAN OPTIMUM SHAKLEE : KOMBINASI GLA + ZINC COMPLEX & PENJAGAAN KESIHATAN SECARA TOTAL

Itu  bicara tentang set kesuburan khusus / asas untuk lelaki dan wanita. Secara keseluruhannya, penjagaan kesihatan adalah penting untuk kemaslahatan hubungan suami isteri dan juga persediaan fizikal untuk memulakan keluarga. Kerana itu saya mencadangkan SET OPTIMUM KESUBURAN SHAKLEE.


UNTUK LELAKI : ZINC + VITA-E

Selain khasiat Zinc Complex yang telah diterangkan di atas, makanan tambahan Vita-E dicadangkan bersama.

VITA-E: Menyuburkan sel-sel dan organ re-produksi lelaki serta melancarkan saluran darah.



UNTUK WANITA: GLA + VITALEA + B-COMPLEX + ALFALFA

Bagi wanita, GLA harus dilengkapi dengan makanan-makanan tambahan berikut sebagai persediaan kesihatan & kekuatan demi bayi yang bakal dilahirkan. Oleh itu, makanan tambahan berikut dicadangkan bersama:-

VITALEA: Fahami kepentingan Vitalea iaitu untuk wanita yang tidak mendapat zat besi yang mencukupi akan mempunyai risiko masalah anovulasi (masalah pengeluaran/penghasilan telur) dan masalah telur kurang berkualiti. Ia juga mampu menjejaskan masalah kesuburan sehingga 60% berbanding mereka yang mempunyai aras zat besi yang mencukupi. VItalea membantu mengatasi masalah ini dan meningkatkan tahap kesuburan wanita apabila digandingkan dengan GLA.

ESP : Membantu membentuk tisu rahim serta sel ovum dan sel sperma yang sihat dan sempurna. Memulihkan tisu kulit wajah dan mengembalikan kelembapan kulit.

B-COMPLEX: mengandungi folic asid iaitu unsur yang sangat penting dalam membantu menghindarkan kecacatan bayi yang lebih dikenali sebagai Neural Tube Defect

ALFALFA : Membantu mengatasi keputihan, masalah haid yang tidak teratur atau sakit senggugut yang melampau ketika didatangi haid. Sebagai bonus, alfalfa dapat bertindak seperti kacip Fatimah yang menghangatkan hubungan suami isteri.

Kalau berminat boleh bgtau saya yer. Tqvm. ๐Ÿ˜Š

~ MUSLEHA AIDY ~
~ passionate about wellness, ur success is my business

contact me @ 019-3887848
email: muslehaidy@gmail.com

No comments:

Post a Comment

 

CONTACT ME

MUSLEHA :: 019-3887848
Your trusted supplement distributor

'Passionate about wellness, your success is my business'

Sample Text

Maju terus...

Sample Text

 
Blogger Templates