Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Pages

Thursday 30 October 2014

Saya, Shaklee Independent Distributor di Klang, Shah Alam

Musleha Aidy,

Shaklee Independent Distributor,

COD Klang & Shah Alam

"Passionate about wellness; your success is my business"



ASSALAMUALAIKUM… W.B.T



Salam kejayaan untuk anda. Saya doakan anda kaya, diberikan kesihatan yang baik, kebahagiaan yang berkekalan dan dikurniakan kemuliaan hati untuk keluarga, sahabat serta insan2 yang memerlukan. Bersama kita jadikan nusantara kita ini lebih makmur, bermula dengan diri sendiri.



Seperti pengenalan di atas, saya adalah ejen Shaklee bagi kawasan Klang, Shah Alam.

Jika anda berminat untuk membeli produk Shaklee, COD termasuk juga kawasan Glenmarie, khususnya Persiaran Kerjaya.

Wednesday 22 October 2014

Tips blogging: jangan ragu-ragu nak berkongsi

Assalamualaikum w.b.t,

Alhamdulillah....saya mempelajari satu perkara penting hari ini. Jangan pandang enteng (ambil ringan) dan jangan menangguh perkara yang baik. Nak tahu apa yang saya terlepas semalam:-

1.       Perkongsian info tentang penjagaan kereta – secara specific : kerosakan drive shaft

2.       Perkongsian info tentang tempat-tempat menarik di sepanjang jalan Kuala Selangor

3.       Sepupu rapat kami telah membeli produk promosi Shaklee dari ejen lain


Kalau dulu, memang tidak terfikir perkara-perkara begini boleh dikongsikan. Orang berblogging, kita pun nak buat blog. Sudahnya blog bersawang berbulan-bulan. Akhirnya terbengkalai begitu sahaja. Selalu dengar blog boleh menjana pendapatan. Jadi kita pun belilah buku Irfan Khairi, percuma dengan CD software untuk membina laman web. Kemudian follow blog Rohaizad – usahawan internet. Ishhh… macam-macam ilmu dah ada ni. Tapi tak digunakan! Sudahnya, orang dah lama menuai. Kita dok belek-belek benih padi yang mana sesuai nak ditanam. Fuhh! Kesian kat saya.(pinjam sekejap tagline Encik Faizal)



Kisahnya, semalam saya berhasrat untuk menyudahkan penulisan bab 7. Rancangannya sarapan bersama keluarga di awal pagi dan kemudian ke bengkel kereta. Kereta Wira Aeroback kami tak berapa sihat.  Jadi tersadailah kami sekeluarga di bengkel kereta selama beberapa jam. Semasa mekanik membaiki kereta, suami saya dok panggil-panggil suruh keluar sebentar. Katanya nak tunjuk komponen yang rosak. Sambil-sambil tu saya dah agak, sure kena lecture punya. Boleh menanah telinga…. Nak tahu apa respon saya? Hmmm… geleng-geleng kepala je la. Suami saya pun dengan hampanya ikut geleng-geleng kepala….



Ciss! Kalaulah saya dengar cakap suami, hari ini saya dah ada bahan untuk blogging. Berapa ramai kaum-kaum ibu kat luar sana yang ambil enteng tentang penjagaan kereta? (termasuk saya la tu). Mentang-mentang ada suami boleh tolong pantau penyelenggaraan kereta. Ambil mudah ye! Ambil mudah! Nampak tak kerugian saya di situ?



1.       Saya tak dapat berkongsi tips-tips penjagaan kereta – secara spesifik – Drive Shaft

2.       Saya tak ada bahan penting untuk blogging minggu ini

3.       Saya tak dapat peluang menjana saham pahala untuk pencen kubur. Berkongsi ilmu bermanfaat, untung-untung digunapakai pulak oleh ramai orang. Tak ke berganda-ganda pahala tu? Ishhh.. ish… rugi..rugi. Cakap kat saya… kesiannnn….



OK, selesai membaiki kereta… kereta dah tip top, siang pulak masih panjang! Suami pun sibuk membentangkan pilihan-pilihan untuk mengisi masa cuti pada hari itu. Tiba-tiba teringat sepupu rapat! Apalagi, angkat talipon kasi pukul itu nombor. Dail punya dail, sepupu pun menjawab. Rupa-rupanya mereka sekeluarga ada di Pantai Remis, Jeram. Family outing berkonvoi 4 kereta! Apalagi… vrooommm kami ke sana. Jalan-jalan cari makan. Memang happening!

Borak punya borak, sepupu saya tiba-tiba bagitau! “Eh! Nak tahu tak kak, kawan saya kata ESP Shaklee ada promo! RM104 sahaja… murah! “

OK.. peluh dingin dah mengalir kat dahi aku dah ni. Kelu den nak tanya, macam dah tau je jawapan… ada yang sentap ni karang. Den pun tanya, “Jadi, ko dah beli ke?”

“Dah order dah. Esok dapat.” Selamba je sepupu aku menjawab. Arghhhh.. bagai dipanah petir hatiku ini.

Suami saya tolong bagi pengumuman, “Laaaa.. apasal ko tak beli dengan kakak ko ni? Dia kan jual Shaklee!”

“Ha?? Mana saya tahu?” kata sepupu yang comel, gebu gebas macam nak kena gigit je pipinya tu…..

Bertenang.. bertenang. Bukan salah sepupu saya ni. Saya tak salahkan dia. Salahkan diri sendiri. Cakap kat saya.. kesiannnn! Hahahaha… padan muka. Master Maria pesan banyak kali dah. Nak tanggal kuku kat jari dia menaip reminder bagi kat anak-cucu. Dah kata dah, tak percaya tak pe. Ikut je…

Nampak tak? Nampak tak kerugian saya di sini? Meh saya listkan….



1.       Sepupu rapat kami telah membeli produk promosi Shaklee dari ejen lain

2.       Perkongsian info tentang tempat-tempat menarik di sepanjang jalan Kuala Selangor


Sibuk berjalan-jalan. Sekeping gambar pun tak ambil. Nota pun tak tulis. Kalau tak dah boleh buat bahan untuk blog. Kau nak merepek apa entry minggu ni kalau tak de bahan. Orang berblogging sebab nak kongsi perkara-perkara bermanfaat. Informasi. Takkan nak copy paste? Nak jatuh ranking google, cubalah. Silap-silap kena penalize. Hahahaha….

Ciss! Padan muka aku.

Hmmm.. tenanglah wahai hati! Bawak-bawak berzikir. Ikut Master Checklist tu. Sedekah Al-fatihah banyak-banyak.

Nasib baiklah kau enroll dalam team MFMS. Pasukan Shaklee paling gempak and happening di Malaysia. Tak payah Master Maria Firdaus alone, adik beradik sepupu sepapat dalam team Shaklee punya dorongan dan semangat memang boleh bagi kau SENTAP. Memang RELOAD – RECHARGE dengan aura positif sepanjang masa.

Contohnya? Baca entry Encik Faizal je pagi2 ni saja sudah cukup [klik sini: tak payah makan supplement].


Satu, dia konsisten. Kedua, entri dia HEBAT! Ketiga, ORIGINAL – no copy paste sayang oiiii! Jadi jangan nak sentap sangatlah kalau banyak posting2 dia banyak yang dah viral.




Sudah-sudah lah layan biawak kat kepala tu Muslehaidy oiii.. banyak kali dah Kak June pesan tu. Marilah kita sama-sama menuju kejayaan. Sama-sama kaya dan berjaya. Sama-sama MEMBERI dan MEMBERI dan terus MEMBERI!!!


Wednesday 15 October 2014

6 TIPS KEWANGAN DARI LELAKI PALING KAYA DI DUNIA

Mari kita baca dengan teliti 6 tips kewangan dari Warren Buffett ini.



Tips yang mudah tetapi sangat senang difahami! Betul tak?


Warren Buffet: Kisah Inspirasi



Kita hidup di dunia yang sarat dengan manusia dengan jurang yang berbeza. Ada yang kaya. Ada yang miskin. Ada yang KAYA RAYA… ada juga yang PAPA KEDANA. Ramai juga yang beranggapan bahawa orang-orang kaya di dunia ini mewarisi kekayaan dari keluarga dan nenek moyang. Anggapan yang salah sama sekali. Jika kita ambil kira 100 orang yang kaya di bumi Allah ini, sebenarnya hanya 23% sahaja yang memiliki harta warisan keluarga. Selebihnya beroleh kekayaan dengan usaha mereka sendiri

Siapa Warren Buffett?


Warren Edward Buffett anak lelaki tunggal Ahli Kongres Howard Buffett dilahirkan di Omaha, Amerika Syarikat pada 30 August 1930 disebut-sebut sebagai MAGNET KEKAYAAN, PELABUR GENIUS dan DERMAWAN. Individu paling berpengaruh di dunia ini adalah seorang pengerusi, CEO dan pemegang saham paling besar syarikat Berkshire Hathaway dan secara konsisten berada dalam ranking teratas lelaki paling kaya di dunia.


Kisah Kejayaan


Warren Buffett adalah antara BILIONNAIRE yang berjaya atas usaha beliau sendiri. Beliau kini berada dalam ranking ke-3 lelaki paling kaya di dunia oleh Majalah Forbes. Paling menarik sejak 5 tahun lepas, namanya sentiasa di dalam ranking 5 dan ke atas. Warren Buffett adalah bilionnaire paling konsisten di dunia!


Warren Buffet tidak dilahirkan dalam keluarga yang kaya dalam kediaman yang mewah tetapi datang dari keluarga kelas pertengahan (lower middle class family). Namun dia mempunyai kemahuan dan tekad untuk menempa kejayaan dan kekayaan yang luar biasa. Pertama kali membeli saham pada usianya 11 tahun beliau dikatakan pernah mengeluh kerana tidak bermula lebih awal. Kemudian, beliau membeli sebidang kebun pada umurnya 14 tahun menggunakan wang keuntungan yang diperolehi daripada perkhidmatan mengedarkan surat khabar di kampungnya.



Gaya hidup seorang bilionnaire!

Di sebalik kekayaan dan kejayaan yang menggunung di belakangnya, Warren Buffett sebenarnya menjalani hidup yang sangat simple. Dia masih tinggal di dalam rumah yang telah didiami sejak 50 tahun lepas di tempat kelahirannya, Omaha. Apabila ditanya, beliau hanya menjawab rumah ini ada segalanya yang dia perlukan.


Percaya atau tidak, Warren Buffett memandu sendiri keretanya. Beliau adalah seorang dermawan yang telah mendermakan lebih 85% kekayaannya (lebih kurang 18 billion USD) kepada badan-badan kebajikan.  Dia tidak pernah menggunakan jet peribadi untuk terbang ke mana-mana sedangkan beliau adalah pemilik syarikat jet peribadi yang terbesar.


Apabila di temuramah tentang rahsia kejayaannya, dia berkata dia hanya memberikan 2 peraturan sahaja kepada semua CEO dalam syarikat yang dimilikinya:-



PERTAMA: Jangan sesekali kehilangan duit pelanggan/pemegang saham


KEDUA: Jangan lupakan peraturan PERTAMA tadi.


Bill Gates pernah berkongsi pengalamannya bertemu dengan Warren Buffet. Sangkanya Warren Buffet seorang yang sangat sibuk, jadi Bill Gates menjadualkan pertemuan selama satu jam setengah sahaja. Tetapi setelah berjumpa dengannya, Bill Gates sangat kagum apabila pertemuan mereka berlarutan sehingga 10jam.


Dalam satu lagi temuramah, Warren Buffet diminta memberikan nasihat untuk anak-anak muda yang mahu membina kekayaan. Katanya, “Jangan pernah gunakan KAD KREDIT. Kalau anda tetap juga mahu membuat pelaburan, lebih baik anda melabur untuk diri sendiri.”


"ERTI BAHAGIA PADA YG MEMBERI"

#N3M
#MFMSTheMostHappeningTeamInMalaysia

Musleha Aidy
watsapp/telegram: 019-3887848
Email: muslehaidy@gmail.com




Tuesday 14 October 2014

JANGAN LETAK SEMUA TELUR DI DALAM SATU BAKUL


Pernah dengar tips kewangan ini? Baca Warren Buffett


Tidak tergambar rasa gembira bertemu seorang sahabat lama sejak dari zaman kampus 13 tahun yang lalu. Asalnya mahu menghantar barangan yang dipesan – kambing perap sejuk beku dan sebungkus sate kebab. Terdetik pula rasa ingin bersembang. Akhirnya pertemuan yang disangka hanya 10 minit berlarutan sehingga 2 jam. Mujur sahaja suami masing-masing sudah menelefon bertanya bila akan pulang, kalau tidak pasti kami masih duduk berbual sehingga lewat malam. Terlalu banyak cerita yang ingin dikongsi. Terlalu panjang kisah yang ingin diselusuri.

Sebenarnya, sudah tiga tahun kami bekerja dalam kawasan yang sama. Padahal jika kami ingin bertemu jaraknya hanya memakan masa 5 minit perjalanan. Tetapi bak kata orang, tiada jodoh agaknya. Hatta jika berlaga hidung sekalipun, jika Allah tidak izinkan maka kami tidak akan bertemu.

Kali terakhir kami berkongsi khabar berita adalah melalui status yang dikemaskini di dinding facebook. Wani (bukan nama sebenar) nampak begitu ceria di dalam foto bersama suami bercuti di Jepun. Iskandar suaminya di puncak kejayaan di dalam bidang insuran yang sudah sekian lama diceburinya. Komisyen, bonus, elaun kereta dan trip melancong memang sudah acapkali diterima daripada syarikat insuran tersebut.

Masya’Allah! Siapa sangka wajah ceria yang terpamer di hadapanku ini sebenarnya terkandung duka?

Sejak beberapa tahun yang lalu Iskandar mula mengalami kemerosotan dari hasil jualan insuran. Banyak pelanggan menarik diri. Dan antara faktor kemerosotan tersebut adalah kerana syarikatnya tidak menawarkan produk takaful. Iskandar mengambil tindakan untuk bertukar syarikat setelah mengambil kira bahawa ramai yang telah mendapat kesedaran untuk mengutamakan urusniaga islam dalam kehidupan. Malangnya, risiko bertukar syarikat adalah Iskandar terpaksa bermula sekali lagi daripada bawah dan bersaing dengan ejen-ejen insuran yang lain. Pun begitu, ianya tidak menjadi halangan. Namun yang membuatkan Iskandar tawar hati adalah kerenah birokrasi yang lambat dan kadar komisyen yang kurang lumayan.

Oleh itu, apabila seorang teman mencadangkan sebuah pelan perniagaan baru berbentuk sewa beli hartanah, Iskandar tidak membuang masa dengan menandatangani kontrak dan menyuntik pelaburan. Hampir kesemua wang simpanan yang dikumpul berdikit-dikit sejak beberapa tahun dipertaruhkan.

Perniagaan itu pada mulanya nampak begitu memberangsangkan sehingga meraih pendapatan sebanyak RM60K sebulan. Namun pada bulan keempat, masalah mula timbul. Dan demi melindungi pelaburan yang telah dibuat, Iskandar dan Wani mengepam lebih banyak wang daripada baki simpanan mereka. Tidak cukup dengan itu, mereka mengadap adik-beradik masing-masing dan ahli keluarga merayu bantuan dan berhutang dengan mereka sehingga berpuluh-puluh ribu ringgit. Namun begitu, semua suntikan modal seolah-olah dicurah ke dalam sungai. Pelaburan setengah juta ringgit dan suntikan modal beratus ribu ringgit tidak memberikan apa-apa kesan.

Subhanallah! Cekalnya hati sahabatku ini ketika berkongsi pengalaman yang sangat mahal harganya. Tidak setitis pun air matanya mengalir. Katanya dia sudah puas berendam air mata, kolam pun sudah kering kontang. Ada suatu ketika, Wani terpaksa berpuasa kerana ketiadaan wang untuk membeli makanan. Tekanan perasaan yang ditanggung hampir-hampir membuatkan mereka suami isteri hilang pertimbangan. Mujur Allah masih memegang hati mereka dengan kuat. Tidak diizinkan berputus harap.


Wani berkongsi lagi, katanya ujian ini memang benar-benar memberi keinsafan. Puas dia meneliti entah dimana silap yang dilakukan. Sedangkan tiang agama teguh dipelihara, bahkan sedekah tidak dilupa. Puas diingat-ingat, rupa-rupanya ada satu tuntutan yang mereka belum penuhi iaitu kewajipan menunaikan zakat pendapatan.

Menyedari hal itu Wani berusaha menunaikan kewajipan membayar zakat dan tidak putus-putus memanjatkan doa. Wani juga mula istiqamah melaksanakan solat dhuha.


Akhirnya, ribut meteorit yang sarat mengitari orbit kehidupan mereka mula berarak pergi.

Entah bagaimana, Allah dorong mereka untuk menceburi bidang perniagaan online yang sedang galak bercambah-biak. Bidang yang mendapat tentangan kuat dari Iskandar pada mulanya. Melihat kesungguhan Wani, ibu Iskandar yang mempunyai pengalaman luas di zaman mudanya dalam bidang jualan langsung menawarkan diri untuk turut serta. Langsung tidak kekok menyinsing lengan membantu Wani mendapatkan pelanggan secara offline.

Pada masa yang sama Wani masih tidak putus asa memujuk, mendorong dan meyakinkan suaminya supaya bangkit semula sehingga berjaya membuatkan hati Iskandar mulai lembut. Wani sedar Iskandar memang mempunyai bakat jurujual yang semulajadi yang diwarisi dari ibunya dan juga berdasarkan pengalamannya menjadi ejen insuran sebelum ini. Oleh itu, Wani mahu memanfaatkan kemahiran Iskandar sepenuhnya.

Alhamdulillah, berkat kegigihan mereka pada bulan kedua sahaja mereka sudah meraih pendapatan 4 angka secara offline. Kini mereka gigih menyusun strategi dan menggandakan usaha untuk mengembangkan sayap. Bergerak secara offline tiada masalah buat mereka, tetapi menyedari potensi online Wani giat membuat penyelidikan sendiri.

BAGAIMANA MAHU MEMULAKAN BISNES ONLINE?

Wani sudah memulakan langkah pertama iaitu menjual produk orang lain. Langkah seterusnya adalah strategi menjual secara online. Tetapi bagaimanakah caranya membuat pemasaran produk dengan betul terutama sekali apabila pemasaran produk melalui facebook berdepan dengan pelbagai cabaran.



Dan adakah facebook sahaja pilihan sebagai medium pemasaran?

Alhamdulillah, saya bersyukur kerana dibimbing dalam menjalankan bisnes secara online oleh team MFMS. Jadi saya kongsikan dengan Wani sebahagian daripada ilmu yang telah diturunkan. Oleh itu, saranan saya pada Wani adalah formula Dr Azizan ~ MESTI!

  • M- Minat, mentor, matlamat.
  • E – Elmu, ilmu tentang emosi diri dan memahami emosi diri serta ilmu untuk bertindak.
  • S – Sistem dan strategi.
  • T -Tindakan luar biasa, terus-terusan untuk tolong orang lain.
  • I – Intention (Niat) dan impian yang jelas dunia akhirat.
Jadi saya berikan Wani dua pilihan, samada dia menghadiri kursus yang dianjurkan oleh Dr. Azizan atau cari mentor.

Tanpa mentor, Wani perlu mencipta sendiri sistem & strategi sebagai jejak yang boleh ditinggalkan untuk tribe atau pasukan yang sedang dibina. Sebelum dapat mencipta formula atau sistem yang terbaik, Wani perlu menimba ilmu melalui kursus dan membuat penyelidikan sendiri. Wani mesti bersedia untuk menghadapi kegagalan dan bangkit semula. Atau bahasa lainnya, kena langgar dinding dulu.

 Sebaliknya, jika Wani memilih mentor yang sesuai maka Wani hanya perlu ikut sahaja. Tak percaya tak apa, buat saja. Insya'Allah.

Akhir sekali, cara terbaik untuk membuat pilihan ialah solat istikharah. Mintalah petunjuk dari Dia yang Maha Mengetahui segala yang ghaib. Dialah sahaja yang mampu menetapkan kebaikan pada agama, natijah dan kehidupan seseorang.

Wallahualam.... 


"ERTI BAHAGIA PADA YG MEMBERI"

#N3M
#MFMSTheMostHappeningTeamInMalaysia

Musleha Aidy
watsapp/telegram: 019-3887848
Email: muslehaidy@gmail.com



Saturday 4 October 2014

PRODUK HALAL SEJUK BEKU


[MEAT BALL.....]


Alhamdulillah, ada produk terbaru - keluaran muslim yang boleh dibeli.

Dulu pilihan produk muslim sangat terhad di supermarket. Yang melambak dan bermacam2 brand tapi kita tau ada brand yg ali baba ( nama macam melayu, macam islam tp sebenarnya bukan). Ada logo halal, tp masih was-was.

Sekarang, lebih byk usahawan melayu & Islam yg lahir dan memahami dilema umat islam. Hatinies kitchen adalah salah satu drpdnya. Kita kenal pengusahanya , kita yakin dgn status halal.

Marilah cuba.








Kari Kambing 40 Hari

[NGENCESS..... KARI KAMBING 40 HARI]

Nek balik kampung Johor, nek ora merene loro sak awak....
(Kalau balik kampung di Johor, kalau tak singgah di sini memang tak sah)

Padahal isuk-isuk bojo ne wes masak bee hoon goreng gawe sarapan.
(Padahal, isteri dah siap masak sarapan bee hoon goreng)

Senyap2 dia bisik kat biras, ajak gi makan kambing.

Pekena menu baru, MEE REBUS GEAR BOX KAMBING...

Perghhh... ngencesss..... (meleleh air liur)

Dulu, memang takut nak makan sesuka hati macam ni. Kuat pantang! Cuma sampai sekarang kalau malam menjelang, nasi tak sentuh. Semua benda kalau makan berlebihan memang mendatangkan penyakit. Setuju tak?

Mujur ada VIVIX, penyelesaian untuk 101 masalah. Bukankah mencegah lebih baik dari mengubati. Kita berusaha dulu, selebihnya serah pada DIA.

Favourite spot: Memang inilah destinasi makan wajib bagi si jejaka tampan berkaca mata ini.


Menu baru: Mee rebus gear box kambing

Inilah tauke restoren. Memang selalu turun padang! Hj Anuar adalah bekas Chef berkelayakan.


APA? LOKASI?
Senang aje. Ambil jalan lama Yong Peng - Air Hitam. Menuju ke Batu 5. Tanya je penduduk kampung di situ.

Alamat:
215, Batu 5 1/2, Jalan Yong Peng, 
Kampung Haji Ghaffar,
83730 Batu Pahat ,
Johor Darul Takzim

Musleha Aidy
sms/watsapp: 019-3887848 | 019-3529848
"ERTI BAHAGIA PADA YANG SUDI BERKONGSI"


Friday 3 October 2014

Apa kata mereka bila minyak naik harga

Masa ni ramai lah tiba2 muncul jadi ahli politik. Yg membangkang, yang menyokong... Hehehe.... Segala pantun puisi sajak pun keluar...

Paling aku suka talkin nih haa... Kreatif

TALKIN KENAIKAN HARGA
wahai si kedana binti si papa
hari ini engkau telah ditentukan
dengar sini baik-baik
Ingat...!!
kenaikan harga minyak itu benar
kenaikan kadar tol itu benar
kenaikan tarif letrik itu benar
kelulusan GST itu benar
kenaikan cukai pintu itu benar
kenaikan tambang lrt itu benar
kenaikan kadar tambang bas itu benar
kenaikan bil yuran astro itu benar..
maka ingatlah,
jika datang kpd kamu & bertanya apa kamu nak buat..???
maka kamu jawablah dengan tenang..
kami akan sentiasa tenang
kami akan sentiasa syukur
kami akan sentiasa redha
kami akan sentiasa ikat perut
kami akan sentiasa pilih-pilih makan
kami akan tambah jam kerja kami
kami akan sentiasa hindar utk lalu lebuh raya
kami akan kayuh basikal supaya jimat minyak
kami akan cari pelita utk jimatkn letrik
kami akan tanam ubi kayu drpd makan ayam
kami akan tolak minuman tin
Dan berkatalah....
kami tak kacau sapa-sapa..
kami redha tanda syukur..
kami tak resah..
kami tenang..
kami tak risau..
kami akan cari alternatif


Oopppsss.... Tunggu! Jgn cepat2 tuduh aku pembangkang. Ketahuilah!! Aku sedari dulu bila mengundi aku baca mentera ni...

"Lillahitaala... Aku mengundi kerana-Mu. Oleh itu, aku serahkan bulat2 pada-Mu, berikanlah kemenangan pada pihak yg benar dan adil."

Tak kira lah aku undi calon dacing ke bulan ke roket ke, aku yakin sepenuh hati Allah akan makbulkan doa aku! Bak kata omputeh, 'everything happened for a reason', so kalau calon yg aku undi itu kalah makanya ko fikir sendirilah....

Hahaha... Aku tujukan pada orang yg melatah tak tentu pasal ni. Menyampah aku tgk LOUDSPEAKER....

Oppss... Berbalik pada topik di atas. Cakap pasal politikus ni mmg buat org menyampah...

Sesungguhnya wahai sahabat rakan taulan sepupu sepapat sekalian... Lumrahlah! Minyak naik, harga barang ikut naik!

Sementara tu sempat lah si eddi rabun pegi interbiu masyarakat setempat dari pelbagai lapisan berkenaan isu minyak ini. Inilah mana2 yang sempat dia kongsikan dengan aku.

Komen 1: -

"Pak Cik ni pekebun kecil je. Apabila pakcik pencen askar 15 tahun lepas, pakcik guna duit tu beli kebun kelapa sawit 5 ekar. Masih murah sbb blum ada geran pun. Pastu pak cik beli jugak lembu 10 ekor. Alhamdulillah, skrg kebun dah kluar hasil dapat beli lg kebun  10 ekar. Ternakan lembu pun dah kembang biak. Anak2 sekolah kampung. Setakat duit minyak naik 20 sen, boleh lah lagi pakcik tanggung. Pakcik naik motor je. Hilux pakcik tu pun x de jalan jauhnya de. Lagipun jarang pakcik makan luar, mak cik ko rajin masak. Nak kata terkesan inflasi tu, insya Allah tak de." Begitulah komen Pak Miswan apabila si Eddi ajak sembang di sebuah kedai kopi di kampung Bonagong, selatan tanah air.

Komen 2:-

"Ohhh! Pasal minyak naik ke? Saya mengajar kat Sekolah Menengah kat Perlis nuuu... Alhamdulillah! X de la terkesan sgt. Kantin sekolah jual makanan murah2 je. Nasi Campur masih RM3. Air Nescafe Ais RM1.50. Air kosong free, sama je kat kedai luar pun." Jelas Cikgu Umi yang tersenyum-senyum simpul. Kadang2 dikenyitnya Eddi rabun tu. Tersentak si Eddi sampai nk jatuh cermin mata yang bertenggek kat hidung.

Komen 3:-

"Mana ada mahal bang!!!! Saya ni meniaga, abang kena fikir saya nak ke pasar beli sayur, beli bawang. Memasak lg. Amik pekerja. Hantar katering ke majlis kahwin. Tu semua bergerak guna minyak bang.... Saya kena masukkan dalam kos operasi. Setakat lima belas ringgit sekepala, abang nak mintak murah lagi? Abang masak sendirilah!" Tauke katering yang bernama Zizi Fahruhrazi tiba2 melenting sambil mencampakkan alas meja apabila Eddi rabun cuba ikut berunding harga katering untuk majlis kahwin pakciknya kali kedua.

Komen 4:-

"Wow, bestlah sapa duduk Perlis ye! Aku ok je minyak naik 20 sen... tp aku risau harga brg yg bakal naik disebabkan kenaikan kos pengangkutan.. punahhh... Ini semua kesan berantai, kau tahu. Sekarang nescafe ais RM1.80, besok2 naik RM2.00." Kata Encik Eruan, seorang pengurus sebuah syarikat swasta di bandaraya Johor Bharu.

Komen 5:-

"Nescafe ais kat Jalan Masjid India, ko tahu berapa harga? Sekarang dah RM2.80. Maggi goreng RM5.50. Aku tahulah sebab baru 2 hari lepas aku lepak ngeteh dengan geng-geng superbike aku. Ko bayangkan la impak kenaikan harga minyak! Tak patut betul! Macam ni aku nak balik jenguk mak aku kat kampung pun jadi berat. Tapi nak buat macam mana, dah tanggungjawab." Roy meluahkan rasa kecewa ketika sibuk beratur di stesen minyak, sambil menyorong HONDA CBR900cc yang kosong tangkinya di malam kenaikan harga minyak diumumkan.

Komen 6:-

"Entahnya... Harga minyak naik, berat badan aku ikut naik! Cisss....." Ujar Moli dengan penuh kekesalan sambil menumbuk tiang telefon.

Nota: Sebenarnya komen dibawah dipetik dan adaptasi dari perbualan sebenar group watsapp kawan2 sekolah yang dah ikut haluan masing2... Bertebaran mencari rezeki di bumi semenanjung emas ini.

Jadi apa pengajaran dari posting di atas?

Jangan fikir dalam2 sangat. Yang kita boleh ubah adalah perkara di dalam kawalan kita.

Kalau tak faham maksud aku, cer baca ebook ni.. Kuikuikui....


DOWNLOAD EBOOK PERCUMA. KLIK SAJA!




Mohon SHARE jika posting ini dapat memberi manfaat kepada orang yang dekat dengan diri anda. Mudah-mudahan Allah berikan kita pahala agar dapat kita berkongsi saham untuk pencen kubur.
 
Selamat maju jaya, untuk kau dan aku....
 
#komiteddemikesejahteraanbersama
 
~Passionate about wellness, your success is my business
~whatsapp me @ 019-3887848



 

CONTACT ME

MUSLEHA :: 019-3887848
Your trusted supplement distributor

'Passionate about wellness, your success is my business'

Sample Text

Maju terus...

Sample Text

 
Blogger Templates