Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Pages

Sunday 14 December 2014

SATE KEBAB – PRODUK HALAL SEJUK BEKU

Assalamualaikum w.b.t buat para pembaca budiman. Semoga diberikan ilham untuk mengembangkan bisnes dan berjaya memajukan perniagaan.

Saya selalu mendengar tips-tips motivasi dari Agen Perubahan Insan, Prof Muhaya dalam perjalanan pergi atau pulang dari kerja. Suka saya berkongsi saranan beliau supaya mendoakan orang lain dan juga selalulah meminta pada Allah supaya dijauhkan penyakit hati dan sentiasa rasa bahagia melihat kejayaan orang lain. Doa yang saya tanam pada diri sendiri juga, Insya Allah.

Kembali pada tajuk utama di atas, saya ingin memperkenalkan produk yang sedang hangat di pasaran sekarang.

Alhamdulillah… produk sate kebab ini adalah produk makanan sejuk beku keluaran muslim – bumiputera – Syarikat Akmal Food Industri. Diiktiraf halal oleh JAKIM.



Friday 12 December 2014

PROMOSI TERLAJAK LARIS: COLLAGEN SHAKLEE

Sedang asyik berdebat pasal kalori dengan tim MFMS, tiba-tiba masuk berita terkini!

Extravaganza!! Promosi Collagen Shaklee beli 3 kotak free 1

WOW! Entri blog sebelum ini cerita pasal promosi berganda (klik sini) Vitamin C Sustained Release 500mg & Vitamin E grapeseed extract with selenium (buy 6 free 1)
Begitu juga promosi 2 botol vitamin C atau Vitamin E dapat jimat 5%

Sekarang kita dihadiahkan pula dengan tawaran promosi ini!! :-)

CONFIRM PROMOSI SHAKLEE COLLAGEN POWDER BELI 3 FREE 1
Collagen bertaraf Premium di dunia iaitu COLLAGEN SHAKLEE sekarang sedang ada promosi terlajak larissss.....

 Beli 3 box Collagen Shaklee dapat :
  •  FREE 1 Kotak Collagen Shaklee (Jimat RM298)
  •  FREE KEAHLIAN SHAKLEE SEUMUR HIDUP (JIMAT RM75)
  •  CASH REBATE RM28 (Boleh makan Pasta Aglio Olio ni dengan RM28)

Apa udang di sebalik mee sehingga ada promosi collagen ini?

Sebenarnya, Kerajaan Malaysia telah memperkenalkan garis panduan untuk proses pendaftaran yang terbaru. Oleh itu, Shaklee Malaysia terpaksa menghentikan sementara penjualan collagen Shaklee ini bermula 1-Januari-2014.

Apa maksudnya?

Anda hanya ada masa sehingga 31-Disember-2014 untuk memiliki produk ini.

Selepas itu, anda hanya akan dapat membeli produk ini selepas 9 - 12 bulan. Sebab itu adalah tempoh pemprosesan pendaftaran baru yang diperlukan.

CEPAT!!! DAPATKAN STOK ANDA SEBELUM JUALAN DIHENTIKAN PADA 1-JANUARY-2014!!


Nilai secawan teh tarik

Salam hormat buat para pembaca blog. Semoga anda dirahmati selalu dan diberikan ilham untuk keluar dari kesusahan dan kesulitan yang mungkin anda hadapi sekarang.
 
Alhamdulillah… apabila saya susah hati, saya selalu berjaya keluar dari masalah atas sokongan dan kasih-sayang orang yang terdekat dan juga sahabat handai. Oleh itu penting bagi kita menjaga silaturrahim dan saling mengambil berat antara satu sama lain.
 
Cara menjaga silaturrahim? Hahaha... kaedah kegemaran saya dan keluarga, mestilah 'NGETEH'
 
JOM NGETEH!
 
Biasa dengar ungkapan ini? Jom ngeteh!
 
Ini adalah ungkapan biasa masyarakat jawa Malaysia yang telah mula viral di kalangan komuniti yang sarat dengan keturunan jawa. Ipar duai yang berkahwin dengan orang-orang jawa Selangor, jawa Johor dan Jawa Perak juga terkena tempias ini.
 
Harga secawan teh tarik adalah RM1.50
 
Harga secawan teh tarik bersama nenek, mak, pakcik, adik, ipar duai dan sepupu sepapat = tidak ternilai
 
 
SET PELENGKAP SECAWAN TEH TARIK
 
TEH TARIK tidak lengkap tanpa hidangan sampingan. Jika di kedai mamak, pasti lah roti canai, tosei ataupun mee goreng mamak.
 
Jika di rumah, TEH TARIK bersama jemput-jemput ataupun pengat pisang. Memang PERGHHHH..... POWER!
 
Sekejap..sekejap! Bukan nak potong stim... tapi mari kita wat kira-kira sikit:-
 
Secawan teh tarik = RM1.50
Roti canai sekeping = RM1.40
(cukup ke sekeping?? hehehehe....)
Total = RM2.90
 
Sejumlah RM2.90 telah anda belanjakan untuk keperluan sarapan anda. Atau minum petang. Atau sebagai snek selepas makan malam. Oleh kerana ianya sudah menjadi tabiat, anda tidak merasakan jumlah itu adalah mahal.
 
SEHARI SELEMBAR BENANG, LAMA-LAMA MENJADI KAIN
 
Cuba bandingkan dengan KFC. Set Dinner Plate kini berharga lebih kurang RM12. Sama dengan 4 kali hidangan Teh Tarik bersama Roti Canai.
 
Itu adalah rumusan kecil tentang perbelanjaan harian kebanyakan rakyat Malaysia.
 
Saya pernah mencadangkan kepada sahabat saya makanan tambahan Sustained Release Vitamin C Shaklee yang bernilai RM7X.XX.
 
 
 
Dengan mata bulat, spontan saja komen beliau, “Mahalnyaaaaaaaaaaaaaaa…” Tu dia 4 harkat dia panjangnya dia tarik.
 
Itulah.. kebanyakan orang melihat pada harga sebelum nilai sesuatu barang.
 
TAHUKAH ANDA! Sebenarnya anda hanya perlu membelanjakan RM0.50 untuk 1 tablet Sustained Release Vitamin C Shaklee?
 
TAHUKAH ANDA! Sebenarnya dalam 1 tablet ia mengandungi Vitamin C yang terkandung dalam 7 biji oren.
 
Cuba anda bandingkan dengan nilai secawan Teh Tarik tadi?
 
TIADA BAJET UNTUK KESIHATAN
 
Fakta bukan auta, kebanyakan rakyat Malaysia tidak mempunyai bajet Kesihatan untuk diri dan keluarganya. Samada bergantung pada manfaat perubatan yang diberikan oleh syarikat mahupun manfaat dari insuran yang diambil.
 
Saya percaya anda semua sedar, makanan tambahan tidak termasuk di dalam perlindungan dan manfaat ini.
 
Manfaat perubatan ini adalah untuk melindungi anda ketika anda sakit, bukan mencegah daripada jatuh sakit.
 
Cuba baca artikel sebelum ini yang berkait rapat dengan isu dilemma bajet.RM2500, PENDAPATAN PERMULAAN SISWAZAH .
 
MASA UNTUK MEMILIH
 
Isu penjimatan bukan mudah. Namun harus diingat penjimatan paling besar adalah mencegah sebelum ia berlaku. Banyak kajian telah membuktikan pengambilan makanan tambahan dapat mengurangkan risiko kesihatan.
 
Oleh itu, pilihlah nilai berbanding harga yang terpamer. Tanya dulu apa yang dapat ditawarkan kepada anda?
 
 7  manfaat utama Sustained Release Vitamin C Shaklee iaitu :
 
  • Merangsang pembentukan kolagen - Kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Oleh itu, ianya mampu mengurangkan kedut dan menghalang otot jadi lembik.
  • Memperbaiki simptom pendarahan - Kekurangan Vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam di kulit, pemulihan kecederaan yang lambat, kulit kering, ruam dan kulit kasar.
  • Peningkatan sistem imun badan - Mengukuhkan sistem imun, mempertingkatkan alergi hidung dan kulit serta asma, juga menyingkatkan waktu pemulihan dan mengurangkan simptom flu dan selsema.
  • Memerangi kanser - Ia adalah satu satunya anti oksidan yang berkuasa, mampu meningkatkan interferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-Cells untuk melawan sel sel kanser.
  • Mencantikkan kulit - Ambil Vitamin C setiap hari untuk kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan, dan menyekat pembentukkan pigmen yang menyebabkan kejadian jeragat.
  • Memperbaiki insomnia serta masalah stres yang berkaitan mental seperti keresahan.
  • Mengekalkan kolesterol sihat - Mampu mengurangkan kolesterol dan tekanan darah serta menghalang pendarahan dalaman, hidung berdarah dan skurvi.
   
 

BULAN PROMOSI
 
Untuk berita yang pastinya lebih menggembirakan anda, bulan promosi kali ini (Disember 2014) menawarkan pembelian 6 botol percuma satu untuk dua produk iaitu Shaklee Vitamin C 500mg Sustained Release dan Shaklee Vitamin E 400 i.u (with selenium and grapeseed)
 
DUA promosi Shaklee bulan ni ialah :
 
1) Beli 6 Vitamin C dapat 1 botol lagi Vitamin C percuma!
2) Beli 6 botol Vitamin E Shaklee dapat 1 botol Vitamin E percuma

Lagi jimat  ialah jika beli Vitamin E 6 botol, bukan saja dapat percuma 1 botol. Kita juga akan dapat :
 
a) Free membership seumur hidup – keahlian percuma sepanjang hayat, jimat RM75
b) dapat cashback dalam RM30 / cash rebate atau pulangan tunai RM30

bagi yang rasa belum nak beli 6 botol terus, maybe nak beli sikit je tapi still nak dapat harga murah dan jimat dari Shaklee, promosi ke seterusnya ialah :
 
3) Beli 2 botol Vitamin C dapat diskaun 5%
4) Beli 2 botol Vitamin E dapat diskaun 5 % jugak
 
Berminat untuk menjadi ahli di bawah Empayar Maria Firdaus? Hubungi saya seperti di bawah:
 
~ Musleha Aidy @ 019-3887848
~Passionate about wellness, your success is my business
 
#MFMS, The Most Fantastic Millionaires Shaklee Team in Malaysia
 
 

Friday 5 December 2014

Cuba hamil? Ketahui tahap kesedaran terhadap masalah kesuburan di Malaysia

“Satu-satunya halangan yang menyebabkan wanita tidak mendapatkan rawatan kesuburan ialah kos yang tinggi.”

Kenyataan di atas dipetik dari ulasan yang dibuat oleh Prof. Dr. Zainul Rashid Mohamad Razi, Timbalan Dekan (Siswazah dan Hubungan Antarabangsa) Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) kepada wartawan Utusan Malaysia dalam artikel yang bertarikh 11-Dec-2012. Klik sini untuk mbaca artikel tersebut.



Kali ini saya ingin kupas masalah kesuburan melalui pembacaan tentang kajian yang telah disahkan oleh Asia Pacific on Reproduction(ASPIRE) dan dijalankan di antara tahun 2011 hingga 2012. Kajian ini dibuat atas inisiatif untuk membantu para pengamal perubatan dan pembuat polisi di negara-negara yang terlibat dalam isu populasi dan kekeluargaan.

Berikut adalah rumusan daripada isi laporan dalam kajian yang dibuat berdasarkan kenyataan Prof. Dr. Zainul Rashid Mohamad Razi.

1. DAPATKAN BANTUAN: Pasangan yang berkahwin dan merancang untuk mendapatkan anak perlu mendapatkan bantuan terutama sekali bagi mereka yang bermasalah.

2.   TINGKAT KESEDARAN: Pendidikan umum diperlukan bagi menggalakkan kesedaran pada mereka yang mengalami masalah kesuburan

3. FAKTOR MASALAH KESUBURAN: Kematangan usia, masalah perubatan dan pilihan rawatan menyumbang pada masalah kesuburan

4.    KURANG PENGETAHUAN: Wanita Malaysia didapati kurang pengetahuan mengenai masalah kesuburan

5.       BERAPA LAMA: Pasangan dianggap tidak subur apabila gagal hamil setelah setahun mencuba

6.       PELUANG HAMIL: Wanita berusia 40-an lebih rendah peluang kehamilan berbanding wanita yang berusia 30-an

7.       LAMBAT RUJUK PAKAR: Gaya hidup yang sihat tidak semestinya menjamin kehamilan. Yang mana ini membawa kepada punca kelewatan pasangan untuk merujuk pada pakar bagi mendapatkan bantuan atau rawatan yang boleh membantu peluang mereka untuk hamil.

8.       TAKDIR & NASIB: Wanita meletakkan isu kesuburan sebagai takdir. 71 peratus anggap ketidaksuburan adalah takdir tuhan manakala selebihnya beranggapan bahawa mereka tidak bernasib baik.

9.       LELAKI MANDUL: Pengetahuan cetek tentang isu kesuburan kaum lelaki. 51 peratus wanita Malaysia tidak tahu lelaki mungkin tidak subur walaupun boleh berereksi. Manakala 49 peratus lagi tidak sedar lelaki mungkin tidak subur walaupun boleh mengeluarkan air mani atau sperma

10.   ENGGAN BERUSAHA: 30 peratus wanita Malaysia enggan mendapatkan bantuan walaupun mengesyaki ada masalah kesuburan

11.   TIDAK TAHU ADA PUSAT KESUBURAN BERHAMPIRAN: Walaupun mencuba untuk hamil dalam tempoh lebih enam bulan, 52 peratus wanita tidak mengetahui mana-mana pusat kesuburan yang berhampiran yang boleh mereka rujuk untuk bantuan.

Masalah kesuburan di kalangan penduduk negara membangun seperti Malaysia akan meningkatkan kebimbangan terhadap kemajuan ekonomi dan struktur social hampir semua bangsa dan kerajaan.

Pakar Obstetrik, Ginekologi dan Kesuburan, Dr Surinder Singh dalam artikel (Klik sini) yang membincangkan tentang masalah kesuburan yang masih rendah di Asia berkata ada beberapa ujian yang boleh dilakukan untuk mengenalpasti punca masalah kesuburan.




UJIAN KESUBURAN KHUSUS UNTUK LELAKI:

1.       PEMERIKSAAN FIZIKAL : Semasa pemeriksaan fizikal, penting bagi doktor mengetahui riwayat perubatan pesakit, kondisi kesihatan, ketidak upayaan yang lain dan juga kegiatan seksual.

2.       UJIAN HORMON & AIR MANI : Ujian hormon dan air mani (semen) dijalankan bagi menganalisa kuantiti, warna dan mengenalpasti jika wujud sebarang unsur-unsur infeksi (jangkitan). Ujian ini membantu doktor mengetahui samada lelaki tersebut mampu mengeluarkan sperma yang sihat dan cukup banyak untuk aktiviti persenyawaan.





UJIAN KESUBURAN UNTUK WANITA:

1.  UJIAN OVULASI : ujian ovulasi bertujuan untuk mengetahui samada pesakit wanita masih menjalani kitaran ovulasi yang normal

2. UJIAN LAPAROSCOPY : Semasa ujian laparoscopy, pesakit diberikan bius am untuk prosedur pembedahan kecil dimana kamera dan tiub nipis dimasukkan melalui torehan kecil ke dalam abdomen. Prosedur ini penting untuk mengetahui jika pesakit mempunyai masalah patologi dengan mengkaji tahap tiub fallopian, ovary dan uterus. Ujian laparoscopy juga dapat mengenalpasti samada benih yang sihat masih dapat dihasilkan selain laluan reproduktifnya membenarkan telur dan sperma melintasi tiub fallopian.

3.     UJIAN HORMON : Ujian bagi mengenalpasti tahap hormon

4.       ULTRASOUND PELVIK : Ujian ultrasound pelvik adalah satu prosedur bagi mengesan radang pelvis dan masalah kesuburan yang lain. Ujian ini membolehkan pakar perubatan memeriksa dengan lebih jelas samada terdapat kehadiran lendir atau nanah atau kondisi tidak normal pada tiub fallopio seperti membesar/membengkak.

Melalui kaedah Persenyawaan dalam Vitro atau nama lainnya IVF ( In Vitro Fertilization), peratusan mendapatkan anak adalah lebih tinggi walaupun kos rawatannya sangat tinggi. Namun begitu, rawatan ini hanya sesuai jika pasangan mempunyai bilangan sperma yang normal.

Bagi pasangan lelaki yang mempunyai masalah kuantiti sperma yang tidak mencukupi, kaedah rawatan yang digunakan termasuk Intra Cyctoplasmatic Sperm Injection (ICSI).

Setelah memahami serba sedikit penerangan mengenai tahap kesedaran masyarakat tentang masalah kesuburan dan kaedah rawatan yang ditawarkan oleh pakar perubatan di Malaysia, masih terdapat alternatif atau pilihan lain untuk membantu meningkatkan peluang mendapatkan zuriat.

Memetik pendapat Dr. Zubaidi pula di dalam blognya, (klik sini untuk lebih lanjut)pasangan yang sedang mencuba untuk mendapatkan anak dan tidak menggunakan apa-apa alat pencegah kehamilan, harus segera mendapatkan rawatan apabila:-

· Isteri yang berumur bawah 35 tahun dan tidak hamil setelah berkahwin 12 bulan

·  Isteri yang berumur lebih 35 tahun dan tidak hamil setelah berkahwin 6  bulan

Apabila ditanya kekerapan melakukan hubungan kelamin bagi tujuan untuk mendapatkan anak, Dr. Zubaidi menyatakan sekurang-kurangnya adalah seminggu sekali. Lebih produktif jika dilakukan sebanyak 2-3 kali seminggu.



SET KESUBURAN SHAKLEE : KOMBINASI GLA + ZINC COMPLEX


Sebagai SID (Shaklee Independent Distributor) kami diberikan pendidikan tentang Human Reproductive System yang berkaitan dgn kesuburan.  Pertama sekali kami ditekankan dengan kefahaman bahawa kesuburan wanita adalah sangat rumit dan kompleks. Oleh itu, GLA sangat penting untuk membantu mewujudkan persekitaran rahim yang mesra sperma serta penghasilan horman yang cukup dan seimbang.

Apakah bahan yang terkandung di dalam GLA ini sehingga memberi manfaat pada kesuburan wanita?



Manakala isu kesuburan kaum Adam seperti yang telah dihuraikan oleh Prof. Dr. Zainul Rashid Mohamad Razi dapat disokong dengan pengambilan  makanan tambahan yang membantu pembentukan hormon testosterone.

Makanan tambahan yang dicadangkan untuk membantu pembentukan hormon testosterone.

adalah Zinc Complex. Dalam masa yang sama, Zinc Complex dapat membantu penghasilan sperma yang lebih aktif dan bertenaga untuk berenang menuju ke ovum selain berperanan dalam pembentukan DNA.



SET KESUBURAN OPTIMUM SHAKLEE : KOMBINASI GLA + ZINC COMPLEX & PENJAGAAN KESIHATAN SECARA TOTAL

Itu  bicara tentang set kesuburan khusus / asas untuk lelaki dan wanita. Secara keseluruhannya, penjagaan kesihatan adalah penting untuk kemaslahatan hubungan suami isteri dan juga persediaan fizikal untuk memulakan keluarga. Kerana itu saya mencadangkan SET OPTIMUM KESUBURAN SHAKLEE.


UNTUK LELAKI : ZINC + VITA-E

Selain khasiat Zinc Complex yang telah diterangkan di atas, makanan tambahan Vita-E dicadangkan bersama.

VITA-E: Menyuburkan sel-sel dan organ re-produksi lelaki serta melancarkan saluran darah.



UNTUK WANITA: GLA + VITALEA + B-COMPLEX + ALFALFA

Bagi wanita, GLA harus dilengkapi dengan makanan-makanan tambahan berikut sebagai persediaan kesihatan & kekuatan demi bayi yang bakal dilahirkan. Oleh itu, makanan tambahan berikut dicadangkan bersama:-

VITALEA: Fahami kepentingan Vitalea iaitu untuk wanita yang tidak mendapat zat besi yang mencukupi akan mempunyai risiko masalah anovulasi (masalah pengeluaran/penghasilan telur) dan masalah telur kurang berkualiti. Ia juga mampu menjejaskan masalah kesuburan sehingga 60% berbanding mereka yang mempunyai aras zat besi yang mencukupi. VItalea membantu mengatasi masalah ini dan meningkatkan tahap kesuburan wanita apabila digandingkan dengan GLA.

ESP : Membantu membentuk tisu rahim serta sel ovum dan sel sperma yang sihat dan sempurna. Memulihkan tisu kulit wajah dan mengembalikan kelembapan kulit.

B-COMPLEX: mengandungi folic asid iaitu unsur yang sangat penting dalam membantu menghindarkan kecacatan bayi yang lebih dikenali sebagai Neural Tube Defect

ALFALFA : Membantu mengatasi keputihan, masalah haid yang tidak teratur atau sakit senggugut yang melampau ketika didatangi haid. Sebagai bonus, alfalfa dapat bertindak seperti kacip Fatimah yang menghangatkan hubungan suami isteri.

Kalau berminat boleh bgtau saya yer. Tqvm. 😊

~ MUSLEHA AIDY ~
~ passionate about wellness, ur success is my business

contact me @ 019-3887848
email: muslehaidy@gmail.com

Wednesday 3 December 2014

#TripSepupuSepapat : Jalan-jalan cari makan di Melaka

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

JALAN-JALAN CARI MAKAN

Perkongsian kali ini berkisar tentang trip perjalanan berkonvoi yang dianjurkan oleh sepupu-sepapat keluarga kami ke Melaka pada 28-Nov sehinggalah 30hb Nov 2014.

Trip 3 hari 2 malam ini dimeriahkan dengan 5 kenderaan dengan jumlah rombongan seramai 15 orang dewasa dan 7 orang kanak-kanak. Perhentian R&R Dengkil menjadi pusat pertemuan kami sebelum memulakan perjalanan ke Melaka. Target, makan tengahari di Bukit Katil. Restoran Hjh Rahmah Asam Pedas Melaka.



Perghhh.. memang terbaik. Tak payah cerita pasal menu utama penambat selera Si Asam Pedas. Sambal Melaka memang terbaik tak kira lah sambal belacan ke, sambal tumis petai…. Memang pemangkin untuk tambah nasi berganda-ganda.

Meh.. aku belanja gambar sikit.


Tu dia sambung 4 meja. Lauk bersusun dari hujung ke hujung. Masakan istimewa mestilah asam pedas ikan dan kari ikan. Jemput.. jemput tengok.


Selesai makan, bil pun datang. Alhamdulillah.. harganya sedang-sedang aja. Sesuai dan berpatutan. Mujur kami dah buat kutipan tabung dana sejak 3 bulan lepas, jadi apalagi bendahari JJCM Melaka kali ini dengan senang hati mengeluarkan peruntukan untuk membayar harga makanan.


Check in di Homestay Kuala Sungai Baru.


Selesai makan, kembali ke destinasi utama. Kami berlima kereta berkonvoi gerak ke arah Masjid Tanah untuk ke Kuala Sungai Baru. Masing-masing tak tahu jalan jadi salah seorang sepupu sukarela jadi marshall dengan berpandukan applikasi waze.

Aduhhh! Jauhnya nak tiba ke destinasi. Dari Bukit Katil kami berpatah balik masuk ke Jalan Air Keroh menuju ke Bukit Beruang dan Batu Berendam. Semasa tiba di satu simpang, sempatlah aku intai google map. Pulak dia duk suggest amik kanan, ikut jalan Durian Tunggal. Masa tulah baru aku nak teringat, aku pernah guna jalan tu untuk ke Pengkalan Balak.

Tapi dah terlambat, 3 buah kenderaan dalam rombongan cik kiah dah melepasi lampu isyarat. Jadi aku dan suami ambil keputusan, kami ikut sahaja rombongan cik Kiah a.k.a. kepala marshall untuk perjalanan kali ini.


Kalau dari Kuala Lumpur, nak exit mana?

Aku sarankan korang exit ke Pedas Linggi dan tuju ke arah Masjid Tanah. Tapi ikutlah signboard ke Kuala Sungai Baru untuk sampai ke sini.

Kalau dari Johor, sama je. Nak jalan-jalan exit ke Ayer Keroh pun ok.


Taklimat keselamatan dan peraturan asas homestay:

Setelah puas aku duk terlentok tidur dalam kereta sedangkan suami aku berhempas pulas memandu dalam kekenyangan (uisshhh! Gigih dia menahan ngantuk!) akhirnya kami tiba juga di Homestay Kuala Sungai Baru, Melaka.


Belanja gambar lagi…..





Homestay ini memang beraromakan suasana kampong. Tuan rumah mengekalkan keunikan rumah tradisional Melaka yang dinamakan rumah ibu, rumah anak dan rumah limas.



Aktiviti malam pertama:

Tahlil dan bacaan Yassin:
Demi kasih pada insan yang tiada, walaupun hidup diteruskan namun kiriman doa tetap menjadi tanda ingatan.

Alunan ayat suci gemersik berkumandang diiringi dengan bacaan dari makmum.

Alhamdulillah...  semoga dilapangkan ruang mereka di alam barzakh sementara menanti hati akhirat kelak.



Barbeque!!!

Enaknya hidangan yang disediakan. Meh, jemput-jemput tengok gambar nih!







Aktiviti hari kedua:

Permainan ULAR: 
Sebelum turun air, kami pun sempat main permainan yang memerlukan tahap kerjasama sepasukan yang tinggi... Aktiviti ini memerlukan pasukan mencari barang dengan mata yang tertutup dan berkomunikasi tanpa suara. Hanya menggunakan sentuhan mengikut kreativiti ahli.

Caranya - kumpulan dibahagi dua dengan 5 orang anggota dalam satu kumpulan. Ahli yang berdiri di belakang sekali menjadi ekor dan bertindak sebagai mata ular. Satu-satunya ahli yg tidak memakai penutup mata.

Manakala ahli yg berdiri di hadapan sekali sebagai kepala ular perlu bergerak mengikut arahan yang disampaikan oleh ekor ular kepada ahli yang kedua, ketiga, keempat dan seterusnya ahli kelima iaitu kepala ular.

Contoh: Jika arahan tepuk bahu ke kanan bermakna ahli mesti bergerak ke kanan.

Tengok... habis kena sakat dengan tukang kacau!!! Main permainan ni memang buat gelak habis!

Cara menentukan kemenangan: pasukan pertama berjaya mencari barang dan meletakkan barang itu ke dalam besen/baldi yang disediakan dikira menang!

MENCARI KEPAH::
Keunikan homestay ini adalah pada keseronokan mencari kepah.

Hasil pencarian di hari pertama.



Hasil berganda-ganda di hari kedua.


Otai-otai yang duduk tepi pantai melihat anak menantu mencari kepah. Hmmm.. lama-lama mereka pun tak tahan tengok aje.


Memasak hasil tangkapan...



Aktiviti hari ketiga: Jalan-jalan cari makan di Port Dickson

Bersiap-siap untuk pulang!!!




Makan tengahari di Restoren Mak Mah, Port Dickson. Terbaik hidangannnya….




Singgah bergambar di Bagan Lalang, Morib Gold Course.



Perjalan pulang kami ke Klang melencong sebentar ke Kilang Kerepek Banting untuk membeli kudap-kudapan.

Alang-alang sudah berada di Banting, kami singgah ke Homestay Orkid, Banting. Tuan punya Homestay ini sahabat keluarga kami. Terpegun sebentar melihat landskap orkid yang menghijau di sekeliling rumah.

Mampu memuatkan 40 tetamu dalam satu-satu masa, tuan rumah sangat peramah dan begitu gembira bertemu kami.

Last pit stop krew Jalan-Jalan Cari Makan berakhir di Restoren Khulafa, Seksyen 7, Shah Alam.

Besoknya, masing-masing hantar laporan di watsapp. Ada yang keletihan, ada yang ambik MC. Letih gile. Letih tapi puas!!

Aku punya kes, aku dah apply cuti setengah hari. Tapi, bila tengok sistem aduiii… boss tak approve lagi. Berat gilaaaa makcik nak bangun pagi dengan mengantuk tak hilang sakit badan lagi. Gara-gara kepah! Gigihlah makcik memandu ke ofis walaupun mengantuk giler cadbury!!!


 

CONTACT ME

MUSLEHA :: 019-3887848
Your trusted supplement distributor

'Passionate about wellness, your success is my business'

Sample Text

Maju terus...

Sample Text

 
Blogger Templates