Assalamualaikum w.b.t.
Semoga anda semua bahagia dalam lindungan Allah, diberikan
kesihatan yang baik, rezeki yang melimpah ruah dan lancar perjalanan kehidupan
seharian.
Terima kasih kerana menjenguk blog yang baru sahaja
bertunas. Masih hijau. Insya' Allah, dengan langkah pertama ini, saya tekad
untuk memastikan tunas ini kembang mekar. Saya berniat untuk berkongsi
pengalaman saya menurunkan berat badan. Sekaligus, saya juga ingin membantu
sesiapa yang mempunyai niat yang sama. Mudah-mudahan kita sama-sama berjaya.
Kenapa 12 minggu?
Saya memilih 12 minggu setelah merujuk kepada program
penurunan berat badan telah direka khusus untuk wanita. Banyak yang ditawarkan
di alam maya ini dan saya memilih berdasarkan faktor berikut:
1.
Spesifik untuk wanita disebabkan oleh kadar
metabolisme yang berbeza mengikut jantina
2.
Mempunyai pelan lengkap protokol pemakanan dan
juga latihan ringkas 3 kali seminggu
3.
Praktikal untuk dilaksanakan di mana-mana sahaja
dan pada bila-bila waktu.
4.
Mempunyai kaedah ringkas tetapi berkesan bagi mengukur
tahap kemajuan program anda
Bagaimana caranya untuk menurunkan berat badan tanpa
sebarang kos atau makanan tambahan?
1.
Program 12 minggu ini mudah diikuti dengan
memahami perkara asas iaitu kalori dalam makanan, protokol pemakanan (deficit vs. maintenance day) dan
senaman.
2.
Jika konsep atas dipatuhi, anda tidak perlukan
mengeluarkan kos untuk makanan tambahan
Bilakah waktu yang sesuai untuk menurunkan berat badan?
Tiada peruntukan waktu tertentu atau bulan-bulan yang
sesuai. Usaha menurunkan berat badan harus dilakukan pada bila-bila masa. Jangan
bertangguh.
Namun begitu, keberkatan bulan Ramadhan yang semakin hampir tidak
sepatutnya disia-siakan. Apatah lagi berpuasa adalah salah satu elemen penting
dalam usaha memulihkan molekul utama yang mengawal kadar metabolisme dalam
tubuh iaitu leptin.
Ya! Betul. Berpuasa adalah salah satu elemen yang
diperkenalkan oleh John Barban seorang pakar dalam bidang nutrisi dan fisiologi
dari Kanada. Ini dibuktikan dalam kajiannya mencari penyelesaian terbaik
menurunkan berat badan.
Jadi anda sebagai seorang muslim pasti kagum dengan fadhilat
berpuasa, bukan? Sehinggakan non-muslim turut mengakuinya dan menggunakannya
dalam program penurunan berat badan.
Saya sendiri merasa takjub! Anda bagaimana?
:: Shaklee Independent Distributor :: Musleha (Shaklee ID
1154289) :: Perkongsian tips-tips kesihatan dan pemakanan. Serta maklumat
terkini tentang teknologi pemakanan tambahan dan isu-isu semasa berkaitan
pengguna. Objektif: Meningkatkan kesedaran pengguna dan berkongsi pengetahuan
tentang pemakanan tambahan.
No comments:
Post a Comment