Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Pages

Monday 23 June 2014

Cabaran menurunkan berat badan dalam masa 12 minggu.

Assalamualaikum w.b.t.
Semoga anda semua bahagia dalam lindungan Allah, diberikan kesihatan yang baik, rezeki yang melimpah ruah dan lancar perjalanan kehidupan seharian.
Terima kasih kerana menjenguk blog yang baru sahaja bertunas. Masih hijau. Insya' Allah, dengan langkah pertama ini, saya tekad untuk memastikan tunas ini kembang mekar. Saya berniat untuk berkongsi pengalaman saya menurunkan berat badan. Sekaligus, saya juga ingin membantu sesiapa yang mempunyai niat yang sama. Mudah-mudahan kita sama-sama berjaya.
Kenapa 12 minggu?
Saya memilih 12 minggu setelah merujuk kepada program penurunan berat badan telah direka khusus untuk wanita. Banyak yang ditawarkan di alam maya ini dan saya memilih berdasarkan faktor berikut:
1.       Spesifik untuk wanita disebabkan oleh kadar metabolisme yang berbeza mengikut jantina
2.       Mempunyai pelan lengkap protokol pemakanan dan juga latihan ringkas 3 kali seminggu
3.       Praktikal untuk dilaksanakan di mana-mana sahaja dan pada bila-bila waktu.
4.       Mempunyai kaedah ringkas tetapi berkesan bagi mengukur tahap kemajuan program anda
Bagaimana caranya untuk menurunkan berat badan tanpa sebarang kos atau makanan tambahan?
1.       Program 12 minggu ini mudah diikuti dengan memahami perkara asas iaitu kalori dalam makanan, protokol pemakanan (deficit vs. maintenance day) dan senaman.
2.       Jika konsep atas dipatuhi, anda tidak perlukan mengeluarkan kos untuk makanan tambahan
Bilakah waktu yang sesuai untuk menurunkan berat badan?
Tiada peruntukan waktu tertentu atau bulan-bulan yang sesuai. Usaha menurunkan berat badan harus dilakukan pada bila-bila masa. Jangan bertangguh.
Namun begitu, keberkatan bulan Ramadhan yang semakin hampir tidak sepatutnya disia-siakan. Apatah lagi berpuasa adalah salah satu elemen penting dalam usaha memulihkan molekul utama yang mengawal kadar metabolisme dalam tubuh iaitu leptin.
Ya! Betul. Berpuasa adalah salah satu elemen yang diperkenalkan oleh John Barban seorang pakar dalam bidang nutrisi dan fisiologi dari Kanada. Ini dibuktikan dalam kajiannya mencari penyelesaian terbaik menurunkan berat badan.
Jadi anda sebagai seorang muslim pasti kagum dengan fadhilat berpuasa, bukan? Sehinggakan non-muslim turut mengakuinya dan menggunakannya dalam program penurunan berat badan.
Saya sendiri merasa takjub! Anda bagaimana?
:: Shaklee Independent Distributor :: Musleha (Shaklee ID 1154289) :: Perkongsian tips-tips kesihatan dan pemakanan. Serta maklumat terkini tentang teknologi pemakanan tambahan dan isu-isu semasa berkaitan pengguna. Objektif: Meningkatkan kesedaran pengguna dan berkongsi pengetahuan tentang pemakanan tambahan.
 

 

CONTACT ME

MUSLEHA :: 019-3887848
Your trusted supplement distributor

'Passionate about wellness, your success is my business'

Sample Text

Maju terus...

Sample Text

 
Blogger Templates